UMRAH, HAJI PAKEJ VVIP


Kak Ida Abdullah

Dulu-dulu  jemaah Malaysia ke Mekah naik kapal mau lebih sebulan baru sampai. Kain kapan dibawa jika masih hidup setelah selesai mengerjakan haji, dibawa pulang pula sebagai persiapan jika meninggal dan dilaut dikebumikan.


Begitu payah mengerjakan haji, sehingga tak pernah terdengar orang Melayu pergi mengerjakan umrah. Tiada pengurusan melalui Tabung Haji dan tiada tabung pun untuk dirompak! Makcik, pakcik, atok-atok simpan duit dalam tin, dijahit dalam tilam.


Sekarang orang berduit. Nak p haji pun tak lepas sebab kuota. Ada yang pergi umrah setiap tahun berkali-kali tanpa mahu mengerjakan haji. Ada yang pergi haji berkali-kali sebab perjalanannya 8 jam berbanding dahulu lebih sebulan dilambung ombak.


Hukum haji 1 kali seumur hidup pada yang mampu. Tapi yang mampu pergi, umrah berkali-kali mengikut trend agar dapat shopping dan selfie, haji ditangguh dulu.


Dulu orang buat ibadah haji menyempurnakan rukun Islam takut mati Yahudi atau Nasrani, sekarang orang buat haji kerana ikut pakej VIP dan VVIP. 


Semakin banyak duit seseorang semakin pelbagai gelaran pakej Haji oleh Ustad2 yang kuda tunggangan mereka Mercedes dan Velfire menggantikan unta merah zaman jahiliyah!


Sehingga belajar agama untuk jadi ustad supaya boleh ke Mekah buat pakej haji dan umrah. Tak ada dah belajar agama kerana ingin kenal Tuhan, ramai yang belajar agama kerana nak berdagang dengan Tuhan!


Apa nak buat, ini akhir zaman. Ada mata lihat, telinga dengar dan jadikan iktibar. Ada mulut berdoalah agar diri keluarga dan keturunan diselamatkan dari ujian keimanan.