SIAPA YANG ANDA PERCAYA OT95 ATAU TOMMY THOMAS?



    • Dr M minta saya letak jawatan sehari selepas lantikan, kata Tommy Thomas |  Free Malaysia Today (FMT)


Tepat seperti saya duga yang OT95 akan muncul menjawab dakwaan Tommy Thomas dalam memoirnya; My

story: Justic in the Wildernes tanpa sedikit ralat pun atau kata orang Kelantan berkerut kening.

OT95 seorang yang mempunyai jiwa dan semangat yang utuh. Bagi mereka tidak mengenali dan faham dengan cara bekas PM ini akan mudah terjerut dalam jeratnya.

Dalam apa juga keadaan, OT95 sebelum dia terus ke mauduk yang hendak diperkatakan dia akan psypho dahulu orang agar ralik dalam jebakan. OT95 seorang pemikat biawak yang handal.

Biawak dikenali binatang reptilia yang mudah dijinak dengan cara yang meralikannya. Kalau anda ingat tangkap biawak jangan kejar dulu sebaliknya berjalan perlahan-lahan dan kelilingkan dia. Dua kali mengelilingkannya dia akan jadi ralik dan leka, nah.. ketika itu anda tangkap atau pukulnya.

Nah begitu dengan cara OT95 dalam melekakan orang ramai agar tidur dan percaya kepadanya.

Dalam menjawab dakwaan Tommy Thomas mengenai sikap tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab OT95 sehingga jatuhnya kerajaan PH, dia terlebih dahulu menjinakkan pembaca menceritakan salsilah dia dengan Tommy. Kononnya Tommy seorang yang membencinya tetapi, toh begitu akhirnya dia lantik juga Tommy sebagai Peguam Negara. Dia kata Tommy datang ke pejabatnya.

Apa yang OT95 hendak ceritakan di sini bahawa dia seorang baik, bersifat terbuka dan rasional. Kelicitan beliau dalam psychology inilah menyebabkan beberapa pemimpin daripada parti Amanah yang dahulu musuh agungnya tetapi menjadi sahabat yang membela.

Saya tidak mahu menyebut ulang apa yang ditulis sebagai menjawab Tommy itu. Apa yang Tommy cerita adalah cerita, begitu juga dengan apa yang OT95 jawab adalah cerita. Cerita yang semua kita sudah ketahui sebelum ini.

Persoalan kita kepada umum, antara OT95 dengan Tommy Thomas siapa yang lebih dipercayai. Siapa yang lebih bercakap atas fakta. Dan siapa yang lebih bercakap bernuansakan politik? Itu sahaja.

Mengenai dakwa dakwi mereka jangan peduli. Titik benarnya tidak boleh disimpulkan kerana kita tidak tahu apa didakwa itu benar atau tidak. Tetapi yang boleh diukur ialah kepada sejarah masa lampau yang pernah terjadi. Itulah ukuran yang boleh dijadikan bahan untuk analisa.

Dengan menyimpulkan bahawa OT95 lakukan semua itu seperti didakwa Tomyy, sama ada benar atau tidak, tetapi satu saja ia ada motif OT95 tidak mahu Anwar jadi perdana menteri. Bila kita sedar hakikat ini, maka kita boleh menghukum siapa yang benar dan tidak antara kedua mereka.

Kalau tanya saya, tentulah saya menjawab yang tidak benar, yang putar fakta adalah OT95 ini berdasarkan kepada sejarah lampau dan apa yang saya hadapi dengannya. Saya sudah kata OT95 memiliki dua wajah, malam bersifat demokratik malam diktator. Cukup. Trims.

MSO