Nasib seseorang berbeza beza. Org miskin disuruh menjaga
kesihatan mengikut SOP... tapi bila PKP bagaimana, mahu membeli 'mask' pun
mereka tidak mampu. Sebab itu ketua keluarga mereka memohon dibenarkan mereka
berniaga dan bekerja utk mencari RM 20-30. Mereka bukan mahu menjadi kaya tapi
mereka sekadar mahu membeli makanan untuk anak-anak mereka keesokan harinya.
Jika kita menutup ekonomi yang berniaga kecil kecilan hilang
sumber pendapatan. Yang bekerja di warung-warung sebagai pencuci pinggan tiada sudah pekerjaan.
Jadi bagaimana mereka ingin menjaga kesihatan sedangkan tiada apa yang hendak
dimakan. Ingat ... mereka ini lebih rela mati kerana sakit daripada mati
kelaparan.
Kalian yang menutup ekonomi ini gaji puluhan ribu. Side income
barangkali puluhan juta. Tutup tidak tutup ekonomi kalian tetap ada makanan untuk
50 tahun lagi hingga ke anak cucu. Kalian masih boleh bercuti ke luar negara
dan shopping sana sini. Anak-anak kalian masih boleh menunjuk nunjuk kemewahan
di IG atau Tik Tok.
Jadi kepada kawan-kawan kalau bukan untuk diri kita... tulislah
dan pejuangkanlah nasib orang-orang miskin kerana itu juga yang dituntut agama.
Orang-orang kaya tidak perlu dibela...
Jika kita diam mereka yang susah ini mungkin ada yang mati kelaparan. Jiwailah
keperitan kehidupan org lain.
Semoga penulisan kalian membela orang-orang yang dalam kesusahan
akan mendapat pahala sedekah di sana nanti. Ameen. Jgn asyik mendongak ke
langit dan asyik mengejar dunia ini...Utk menginsafi dan rasa bersyukur lihat
org yg susah... jangan selalu duduk dengan orang-orang yang kaya sahaja takut
nanti kita terlupa ada anak-anak kecil yang kelaparan.