𝗝𝗔𝗟𝗔𝗟 𝗚𝗜𝗚𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗕, 𝗧𝗘𝗥'𝗖𝗛𝗘𝗖𝗞𝗠𝗔𝗧𝗘' 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜

 

Ahmad Mursi


Langkah Jalal untuk jadi MB gagal, Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan.
‘Blunder’ yang Jalal buat akhirnya ‘checkmate’ diri sendiri.
UMNO Pusat terpaksa buat ‘damage control’ untuk stabilkan kerajaan dan minta supaya berunding.
Ini sikap win-win, iaitu menyokong UMNO N9 dan menyokong kekalnya Kerajaan Perpaduan.
Bila UMNO Pusat nak Kerajaan Perpaduan N9 kekal, maksudnya UMNO tolak kerjasama dengan PN kerana enggan dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali.
Sebaliknya, bila Jalal dakwa dia ada majoriti untuk tebuk atap dengan sokongan ADUN PN, itu menzahirkan sifat gelojoh dan tamak kuasa yang sama seperti sebelum ini.
Alasan Jalal kononnya untuk mempertahankan adat, tetapi ironinya dilakukan dengan cara yang menimbulkan persepsi campur tangan terhadap institusi dan berpihak.
Tidak dinafikan institusi adat sedang berkrisis. Siapa sahaja jadi MB akan tersepit kerana institusi itu perlu dihormati.
Jalal dan beberapa ADUN dari kumpulannya tidak sepatutnya lagi kekal dengan jawatan EXCO jika hilang kepercayaan kepada MB.
Namun, MB masih mempunyai pilihan untuk menggantikan mereka dengan ADUN lain yang lebih selari dengan pendirian UMNO Pusat yang menyokong Kerajaan Perpaduan.



Rumah hijau pekat pun kami bantu dan tolong di Pendang semalam


Bencana ni takda masa nak berpolitik
Pakat pakat bantu all out.
PMX Anwar Ibrahim dan DS Saifuddin Nasution Ismail minta tlg semua.
Cuma Ada masa kami tegur Sanusi Md Nor tu sebab Exco Kebajikan yang Incharge bab bencana di Kedah duk di Langkawi masa bencana berlaku.
Lancar Pesta Air ke? Horaay horaay?
Rakyat duk susah ni, duk bersedih rumah rosak, jadi kena utamakan yang lebih utama.










AirTrunk, syarikat platform pusat data hiperskala terkemuka di Asia eningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi

 


Anwar Ibrahim 







AirTrunk, syarikat platform pusat data hiperskala terkemuka di Asia Pasifik dan Asia Barat akan meningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi eningkatkan pelaburan sebanyak pada tahun ini menjadikan pelaburan komited berjumlah RM27 bilion di Malaysia.

Perkara ini dimaklumkan sewaktu saya menerima kunjungan hormat daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk Robin Khuda, serta delegasi semalam.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh kemajuan pembinaan semasa pusat-pusat data AirTrunk di Johor dan rangka kerja lokalisasi bagi meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai pusat data.
Komitmen pelaburan ini amat dialu-alukan dan diyakini akan memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau yang berdaya saing, progresif dan berkeupayaan tinggi.
Keputusan ini mencerminkan keyakinan para pelabur, terutamanya syarikat-syarikat teknologi global akan kelebihan Malaysia sebagai rakan strategik di kala Kerajaan memperkemas dasar serta tahap kecekapan pembangunan dan operasi pusat-pusat data.