π—π—”π—Ÿπ—”π—Ÿ π—šπ—œπ—šπ—œπ—§ 𝗝𝗔π—₯π—œ π—‘π—”π—ž π—π—”π——π—œ 𝗠𝗕, π—§π—˜π—₯'π—–π—›π—˜π—–π—žπ— π—”π—§π—˜' π——π—œπ—₯π—œ π—¦π—˜π—‘π——π—œπ—₯π—œ

 

Ahmad Mursi


Langkah Jalal untuk jadi MB gagal, Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan.
‘Blunder’ yang Jalal buat akhirnya ‘checkmate’ diri sendiri.
UMNO Pusat terpaksa buat ‘damage control’ untuk stabilkan kerajaan dan minta supaya berunding.
Ini sikap win-win, iaitu menyokong UMNO N9 dan menyokong kekalnya Kerajaan Perpaduan.
Bila UMNO Pusat nak Kerajaan Perpaduan N9 kekal, maksudnya UMNO tolak kerjasama dengan PN kerana enggan dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali.
Sebaliknya, bila Jalal dakwa dia ada majoriti untuk tebuk atap dengan sokongan ADUN PN, itu menzahirkan sifat gelojoh dan tamak kuasa yang sama seperti sebelum ini.
Alasan Jalal kononnya untuk mempertahankan adat, tetapi ironinya dilakukan dengan cara yang menimbulkan persepsi campur tangan terhadap institusi dan berpihak.
Tidak dinafikan institusi adat sedang berkrisis. Siapa sahaja jadi MB akan tersepit kerana institusi itu perlu dihormati.
Jalal dan beberapa ADUN dari kumpulannya tidak sepatutnya lagi kekal dengan jawatan EXCO jika hilang kepercayaan kepada MB.
Namun, MB masih mempunyai pilihan untuk menggantikan mereka dengan ADUN lain yang lebih selari dengan pendirian UMNO Pusat yang menyokong Kerajaan Perpaduan.



No comments: