Langkah Chulan terkubur: BN U-turn tengah malam, ‘tebuk atap’ rebah separuh jalan

 


Oleh LIYANA MARZUKI

Sah.

“Tebuk atap” kali ini tak sempat pun jadi rumah. Rebah separuh jalan.

Tengah malam semalam, BN buat U-turn kembali sokong Kerajaan Perpaduan.

Maknanya, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (Tok Min) akan kekal sampai DUN bubar.

Itu pun subject, jangan ada lagi yang buat hal. Pesan kita, cukup-cukuplah tu. Battle it out lah PRU16 dan PRN nanti. Janganlah nak tebuk atap lagi. Bukan lama lagi pun.

Ada yang tanya macam mana sis boleh hidu? Minggu lalu, saya dah up posting “careful, BN ni pandai curi peluang. Ada ruang kosong dia akan menyelinap”.

Tup tup jadi Langkah Chulan.

Hakikatnya, kita terhutang budi kepada ‘little birds’ kita — daripada pelbagai kem. Banyak maklumat yang mereka bantu sampaikan.

Maklumat risikan yang saya terima:

1) BN Negeri Sembilan nak tarik sokongan terhadap MB Tok Min. Guna polemik istana sebagai alasan. Walhal, isu berpanjangan ialah mengenai pembahagian jawatan antara parti.

2) Ada seorang ADUN bercita-cita tinggi jadi MB. Dia yang mastermind. Pengumuman dibuat dengan 12 ADUN lain. Mereka hilang sokongan terhadap MB. Sambil kumpul SD ambil tandatangan termasuk 5 dari PN.

3) Mereka merancang buat sidang media bersama PN, nak umum tubuh kerajaan. Tiba-tiba HQ masuk campur. Rupanya, Big Boss tak diberitahu. Warlord bergerak sendiri rupanya. Makanya, Geng PN diminta umum sokongan kepada BN jadi kerajaan sendirian. Dan itulah yang PN lakukan.

4) Ding dong ding dong negosiasi sampailah keputusan U-turn semalam. Dengarnya, BN hanya menyokong tanpa nak jawatan. Tapi kita tengokkan. Boleh U-turn juga tu nanti. Tambah-tambah nak menghampiri PRU.

Bangkit trauma

Insiden ini beri impak negatif kepada UMNO. Baru saja pengundi nak nampak UMNO ni boleh pakai kembali.

UMNO Negeri Sembilan membangkitkan trauma bahawa ada pemimpin UMNO berperangai lama. Gopoh dan gila kuasa. Ambil kesempatan ketika krisis Raja. Ini semua tidak membantu membina semula imej UMNO.

Tambah pula dengan strategi naratif di media sosial yang seolah-olah memenangkan Undang, tetapi memperlekehkan Menteri Besar dan Yang di-Pertuan Besar.

Naratif yang dimainkan pula dipenuhi spin dan separuh kebenaran yang kurang bijak. Ia mungkin hanya sesuai untuk pentaksub parti dalam ‘echo chamber’.

Namun, bagi golongan atas pagar yang berfikir, pendekatan sebegini hanya menimbulkan rasa meluat.

Insiden ini dilihat memakan diri terhadap UMNO dalam kalangan rakyat Negeri Sembilan, malah dapat dilihat bagaimana pemimpin UMNO negeri itu menjadi sasaran kritikan.

Kesilapan paling besar mereka ialah dilihat seolah-olah cuba ‘bermain di belakang tabir’ cari hal dengan istana. Ini pantang besar kepada golongan atas pagar.

Keadaan ini dijangka menyukarkan mereka untuk memulihkan semula sokongan dalam masa terdekat.

Makin popular

Bagi pihak PH pula, insiden ‘tebuk atap tak jadi’ ini buat Tok Min makin popular. Ada yang dah mula nampak beliaulah yang melindungi Raja.

Dia sudah diuji, kekal tenang dalam krisis. Maintain decorum lagi. Sekarang kekal jadi MB. And in this episode, he’s the winner!

Selain itu, tindakan UMNO ini turut mengejutkan pengundi teras PH, seolah-olah mengingatkan mereka kepada seteru lama.

Dan sekarang mereka tahu, bila-bila masa pun BN boleh potong tang korner. Ibaratnya, tempoh bulan madu sudah berakhir.

Paling rugi dalam situasi ini ialah PN. Mereka diperkotak kasutkan. Disuruh buat SD, mereka buat.

Malah terpaksa mengadakan sidang media secara bersendirian apabila BN menarik diri pada saat akhir. Akhirnya, misi pun terbatal.

Pemimpin PN siap belum apa-apa dah ucap tahniah kepada ‘MB Baru’.

Melihat kegopohan sebegitu memang merisaukan — tidakkah mereka meneliti terlebih dahulu Undang-Undang Tubuh negeri?

Tidak cukup ‘membaca’

Secara keseluruhannya, ‘Langkah Chulan’ ini gagal kerana dalangnya tidak cukup ‘membaca’ – memahami asas dan selok-belok yang diperlukan.

Tak baca sentimen rakyat.
Tak baca timing.
Tak baca sensitiviti istana.

Tebuk atap sebelum pilihan raya tambah bila ada krisis istana, double whammy yang rakyat takkan terima. Maka kegagalannya sudah dapat dijangka.

Penyokong PH jangan syok sangat. Kami masih ingat Langkah Melaka 2021. Ada stunt tak jadi juga sebelum PRU. Anda pun pernah gagal di situ.

Cuma nasib baik kali ini, kerana anda buat perkara betul. Lindungi Raja mengikut Perlembagaan.

Tapi kami masih memantau semua anda di masa depan.

No comments: