Semua 14 ADUN BN Negeri Sembilan Kekal Bersama Kerajaan Perpaduan – Zahid,

 


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dalam pertemuannya bersama semua wakil rakyat Umno Negeri Sembilan pada 30 April 2026.

PUTRAJAYA, 30 Apr – Semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan bersetuju untuk terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan bagi memastikan kestabilan terus terpelihara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dalam pertemuannya bersama semua wakil rakyat terbabit hari ini.

“Saya mengadakan perbincangan dengan semua 14 ADUN itu untuk melihat semula bahawa dengan tidak berhajat untuk kita ‘retract’ (langkah dibuat ADUN terbabit), tetapi kita mahu membetulkan persepsi bahawa mereka bukan berhasrat untuk menebuk atap atau membentuk kerajaan negeri melalui pintu belakang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dalam pertemuannya bersama semua wakil rakyat Umno Negeri Sembilan pada 30 April 2026.

“Parti di peringkat nasional dan juga semua ADUN yang saya temui bersetuju supaya kita terus bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan supaya tidak berlaku sebarang penggugatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Perasmian dan Menyaksikan Majlis Pertukaran MoU Antara MyDigital ID Sdn Bhd dan Rakan Kerjasama Strategik di sini, hari ini.



No comments: