AirTrunk, syarikat platform pusat data hiperskala terkemuka di Asia eningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi

 


Anwar Ibrahim 







AirTrunk, syarikat platform pusat data hiperskala terkemuka di Asia Pasifik dan Asia Barat akan meningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi eningkatkan pelaburan sebanyak pada tahun ini menjadikan pelaburan komited berjumlah RM27 bilion di Malaysia.

Perkara ini dimaklumkan sewaktu saya menerima kunjungan hormat daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk Robin Khuda, serta delegasi semalam.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh kemajuan pembinaan semasa pusat-pusat data AirTrunk di Johor dan rangka kerja lokalisasi bagi meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai pusat data.
Komitmen pelaburan ini amat dialu-alukan dan diyakini akan memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau yang berdaya saing, progresif dan berkeupayaan tinggi.
Keputusan ini mencerminkan keyakinan para pelabur, terutamanya syarikat-syarikat teknologi global akan kelebihan Malaysia sebagai rakan strategik di kala Kerajaan memperkemas dasar serta tahap kecekapan pembangunan dan operasi pusat-pusat data.

No comments: