*BUKA UiTM KEPADA NON-BUMI BUKAN CADANGAN DARI KERAJAAN. INI 7 SOALAN*



✍️  Ahmad Mursi


*1.  SIAPA YANG MULA2 BAGI CADANGAN?*


Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar, Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN memberi cadangan dan bukan oleh kerajaan.


*2.  APA CADANGANNYA?*


Supaya UiTM membuka laluan SEMENTARA kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks (penyakit jantung, pembuluh darah, dan toraks). Cadangan ini dibuat sementara menunggu program yang sama diwujudkan di Universiti Malaya.


*3.  KENAPA PULA UiTM?*


Ketika ini, UiTM SATU-SATUNYA universiti yang menawarkan program ‘parallel pathway’ dengan kerjasama Institut Jantung Negara dalam bidang kardiotorasik.


*4.  PARALLEL PATHWAY ITU PROGRAM APA PULA?*


Sebahagian daripada Program Ijazah Lanjutan Pembedahan Kardiotoraks yang akhirnya menjadi sub-pakar di Malaysia. Jumlah Doktor Pakar di Malaysia ketika ini hanya 4 untuk 10,000 rakyat atau 4:10,000 manakala jumlah yang sepatutnya 14:10,000.


*5.  ADAKAH KERAJAAN BERSETUJU?*


Hal ini TIDAK PERNAH dibincang oleh Kementerian atau Jemaah Menteri, tiada cadangan rasmi dihantar oleh UiTM kepada kerajaan. Kementerian berpegang teguh pada Fasal 1A Akta UiTM, yang menyatakan UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan.


*6.  ADAKAH UiTM TELAH BERSETUJU?*


Naib Canselor Shahrin Sahib berkata, tiada sebarang perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar itu dalam mana-mana mesyuarat Senat UiTM mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti.


*7.  KENAPA PULA PEMBANGKANG HASUT SALAHKAN KERAJAAN?*


Setiap kali ada cadangan atau pandangan oleh 'ahli akaemik', 'penganalisa', 'pakar', pemain industri dan sesiapa sahaja pihak ketiga kepada kerajaan, maka terus nak disalahkan Kerajaan Madani. Mengapa pula?



RENTASAN 1596 | GEMPAR!! KINI PMX DIDESAK TARIK BALIK UGUTAN TERHADAP BL...







MENARIK DALAM RENTASAN 1596 1. JAJAN APA PMX BAWA DARI LUAR NEGARA? 2. MEREKA PATUT GANTI BILIK SAYA DI SUNGAI BULOH, KATA ANWAR 3. TERIMALAH PERBEZAAN BUKAN KEJAHILAN!




TERBONGKAR PROJEK TELAGA JEJARI RM300JUTA DI KELANTAN! AZMIN TEWAS 3 KALI!!

BERBANDING BINCANG SOAL TAHANAN RUMAH NAJIB, KABINET LEBIH PERLU IKTIRAF PANDANGAN PMX SEBAGAI PENDIRIAN RASMI KERAJAAN

 


Susulan pandangan Anwar Ibrahim bahawa tahanan rumah kepada Najib Razak hanya patut dipertimbangkan selepas semua kes mahkamah berkaitan 1MDB yang sedang dihadapinya selesai, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Katanya, isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet semalam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

“Tidak dibincangkan (pada mesyuarat kabinet semalam), mungkin ia akan dibincangkan apabila Anwar kembali ke tanah air nanti,” katanya yang merupakan jurucakap rasmi kerajaan perpaduan.

Perdana Menteri kini berada di luar negara untuk lawatan rasmi dan dijangka akan kembali ke dalam negara pada minggu depan.

Sama ada kita suka atau tidak, pandangan Anwar yang dilontarkannya mengenai isu tahanan rumah Najib dalam Forum Ekonomi Qatar beberapa hari lalu adalah merupakan hujah paling logik, sangat munasabah dan menggembirakan rakyat Malaysia.

Sesiapa pun yang berakal waras dan kepalanya tak masuk air, pasti dengan senang hati dapat menerima pakai hujah PMX itu.

Memang tidak dapat disangkal bahawa Najib hanya patut diberikan tahanan rumah jika sekiranya semua kes mahkamahnya berkaitan 1MDB telah selesai dihadapinya.

Amat tidak masuk akal kalau tahanan rumah diberikan kepada Najib dalam keadaan banyak lagi kes mahkamah masih belum selesai dihadapinya.

Apa istimewanya beliau, bukankah undang-undang sama disisi setiap orang?

Dengan itu, selain Najib sendiri telah membawa ke mahkamah untuk semakan kehakiman berkaitan tahanan rumah yang dikatakan terkandung dalam titah adendum Agong ke-16, maka tiada keperluan sama sekali untuk kabinet membincangkan perkara tersebut.

Biarkan saja mahkamah membuat keputusan bila tiba waktunya nanti.

Namun demikian, kalau pun kabinet merasakan ada keperluan untuk turut ambil bahagian dalam hal berkenaan, apa yang perlu dilakukan ialah mengiktiraf serta mengesahkan yang pandangan Perdana Menteri itu sebagai pendirian rasmi kerajaan.

Hakikatnya, pandangan Anwar itu bukan saja hujah yang sangat logik dan paling munasabah, tetapi juga menggambarkan pemeliharaan terhadap keluhuran undang-undang yang sejati kepada semua rakyat Makaysia.

Mana tahu jika selepas ini ada lagi berlaku kes seperti Najib ini, maka dengan pengiktirafan serta pengesahan kabinet terhadap pandangan Anwar itu, ertinya lebih memudahkan ia dijadikan rujukan pada masa depan.

Pokoknya, meski telah menjalani satu hukuman, tetapi selagi ada kes mahkamah lain yang masih belum selesai, memberi tahanan rumah kepada sesiapa jua adalah sangat tidak munasabah.

Bagaimana jika selepas diberi tahanan rumah, tiba-tiba didapati bersalah dalam kes yang lain?

Cukuplah kes Najib yang satu ini saja membuatkan kita serabut kepala. – ShahbudinHusin 16Mei2024.

 

 

 

[hangat] AKHIRNYA TERBONGKAR PENDEDAHAN HUSAM MUSA ADALAH NYATA DAN BUKA...

KELANTAN SKANDAL TELAGA JEJARI, 6 ORANG DIREMAN! KOMEN PEMIMPIN KERAJAAN...

PM INILAH YANG MULA MENGAMBIL BERAT SOAL TANAH REZAB MELAYU

 


Mohd Norazlan


Sekian lama isu Tanah Simpanan Melayu (Malay Reserve Land) yang digubal oleh pentadbiran British yang terjual oleh pemimpin anak bangsa yang banyak tidak diganti oleh Perdana Menteri terdahulu.


Siapakah pengkhianat bangsa yang sebenar?


Semoga lebih banyak Tanah Simpanan Melayu diganti semula, terutama tanah yang bernilai tinggi.



KEH KEH KEH


 

LAWATAN SULONG YANG BERJAYA

 






Sewaktu lawatan sulung ke Republik Kyrgyz, saya juga menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov. 


Pertemuan kira-kira sejam itu digunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.


Walhasil, pertemuan ini telah mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara selain bertukar kepakaran terkait aspek pelaburan, pendidikan, halal, pengurusan haji dan pelancongan.


#MalaysiaMADANI



KENA DAKWA.. PERLIS BOLEH DAPAT MB BARU DAH TU

 

Che Ibrahim





Di Kelantan KADA dapat Pengurus Besar baru kerana wat lama kena tahan kerja kerana ditahan SPRM.


Di Perlis adakah bakal dapat MB baru kerana MB lama telah dipanggil oleh SPRM untuk siasatan??



TUDM Hantar Tim Ke Kuwait Bulan Jun Runding Perolehan F/A-18 Hornet



TUDM Hantar Tim Ke Kuwait Bulan Jun Runding Perolehan F/A-18 Hornet Malaysia merancang untuk membeli pesawat-pesawat F/A-18 C/D Hornet Tentera Udara Kuwait sebagai satu langkah “stop-gap measures” (langkah sementara) sebelum Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilengkapkan dengan pesawat Next MRCA yang baharu. Sebelum itu pada 2021, Timbalan Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata Kementerian Pertahanan merancang mengadakan rundingan dengan Kuwait untuk memperolehi 33 buah pesawat pejuang Hornet milik negara Timur Tengah tersebut secara “lock, stock and barrel.” Perlu difahamai, Tentera Udara Kuwait akan menamatkan perkhidmatan pesawat-pesawat F/A-18 C/D miliknya selepas ia memperolehi pesawat-pesawat F/A-18 E/F Super Hornet serta Eurofighter Typhoon dan sebahagian Eurofighter Typhoon kini telahpun beroperasi dengan Tentera Udara Kuwait Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan kunjungan ke Kuwait bulan depan untuk berunding dengan Kuwait bagi memperolehi pesawat-pesawat pejuang F/A-18 Hornet milik tentera udara negara Arab itu. Merujuk kepada laporan 27 Oktober 2023, Kuwait telah pun memiliki 13 daripada 28 buah Eurofighter Typhoon yang telah di pesan sejak 2021. Ikuti video untuk lebih maklumat



[adun bersatu] BERSATU AKAN JATUH JIKA TERUS BERSAMA DENGAN PARTI PAS!

TIADA TAHANAN RUMAH UNTUK NAJIB SEBELUM PRU16?

Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib Razak selepas kes 1MDB yang dihadapinya selesai menjalani perbicaraan di mahkamah.

Menegaskan beliau tidak akan sesekali mengenepikan kuasa Agong, Perdana Menteri berkata, syornya itu hanya akan dikemukakan jika diminta oleh baginda.

“Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu,” katanya semasa wawancara dengan Bloomberg di Forum Ekonomi Qatar, semalam.

Perdana Menteri berpendirian, semua pihak harus menumpukan kepada prosiding mahkamah kes 1MDB yang sedang berjalan, berbanding isu tahanan rumah untuk Najib seperti dibangkitkan mutakhir ini.

Pada 1 April lalu, Najib memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum atau titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Susulan itu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum itu.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April, beliau menyatakan telah dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan di rumahnya di Country Heights, Kajang pada 30 Januari lalu.

Meskipun pandangan Anwar berkenaan isu tahanan rumah Najib itu hanya merupakan syor jika diminta oleh Agong, bersesuaian pula kes semakan kehakiman berkaitan titah adendum telah pun difailkan di mahkamah, apa yang dinyatakan Perdana Menteri itu secara umumnya bolehlah disimpulkan sebagai pendirian kerajaan yang mungkin turut akan disampaikan dalam perbicaraan semakan kehakiman nanti.

Dengan begitu pendirian kerajaan, ertinya kerajaan tidak setuju Najib diberikan tahanan rumah.

Dengan itu, bolehlah juga difahami kenapa titah adendum itu tidak didedahkan sebelum ini.

Najib kini masih ada empat lagi kes mahkamah berkaitan 1MDB yang masih berjalan dan belum selesai.

Oleh kerana semua perbicaraan itu masih di peringkat awal, sukar untuk menjangka bila ia akan berakhir.

Mungkin tiga empat tahun lagi atau barangkali lebih lama daripada itu barulah ada pengakhiran semua kes tersebut.

Berdasarkan pengurangan hukuman yang diberi kepada Najib oleh Lembaga Pengampunan sebelum ini, tarikh beliau patut dibebaskan daripada penjara ialah pada 23 Ogos 2028.

Jika Najib bebas daripada semua pertuduhan mahkamah berkaitan semua empat kes 1MDB yang sedang dihadapinya sekarang, keputusannya barangkali hanya akan diketahui dalam tempih waktu yang tak banyak berbeza dengan tarikhnya keluar penjara.

Namun, jika beliau didapati bersalah atas satu atau keempat-empat kes 1MDB yang sedang dihadapinya, tempoh bicara pasti akan menjadi lebih panjang atau seterusnya melibatkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Ertinya, jika pandangan Anwar itu mahu diterima pakai iaitu Najib hanya patut diberi tahanan rumah selepas kes mahkamah berkaitan 1MDB yang sedang dihadapinya selesai, ia bermakna detik itu sudah hampir dengan tarikh pembebasan bekas Perdana Menteri itu daripada penjara atau boleh jadi ia berlaku selepas 23 Ogos 2028.

Yang hampir pasti, semua tarikh itu adalah selepas PRU16.

Bermakna lagikah tahanan rumah kepada Najib ketika itu? – ShahbudinHusin 15Mei2024.

 


TAK PAYAH LA... HANGPA TAK KENAI KA PERANGAI LEBAI DAN WALAUN.. NAK GUNJUK PANDAI DEPA SAJA.

 

Iswardy Morni


Seperti yang ku pernah dan selalu sebut.




WAN JANA WIBAWA PUNYA BELIT


 

DENGAR DULU APA DIA RASINALISATION TEPAT MASANYA


 

HUHHH.. KITA KENANG PERISTIWA DAH CUKUP JOMMMLAH


 

SANUSI UMUM NAK BUAT AMOANGAN BAWAH TANAH..... MMMMM... PALA BAOAK DIA AIHHH


 

HAMBIK.... KAN DAH KENA

 

Ana Tahu


Mencontohi Dota Khas…. Dalil banyak kerja tak buat gaji elaun masuk tiap bulan….



KEH KEH KEH..STANDING ONDER....HAMBIKKKKK....PENANG BOLEH CAKAP GITU..PHd. UPSEREYNAPETEY.


 

BAGI LEBAI URUS NEGERI... NI NAK BUAT CONTOH? MAU MELINGKUP NEGARA.

 


RENTASAN 1596


 

KELAKAR PEJA NI. HARAP SAMPAI DIA SAJA DOK BUAT LAWAK BODO NI.





 Kelakar pulak bila 𝗣𝗲𝗷𝗮 kata 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶. Agaknya dia faham ke apa maksud galang ganti tu? Atau main sebut je?


Apa kelebihan yang ada pada Mahiaddin? Sakau tu tak boleh dikira kejayaan. Paling besar kejayaannya pun cuma 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝘂.


Sebenarnya Bersatu terpaksa pertahankan Mahiaddin sebab 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗮𝗱𝗮. Kalau macam Peha ni pun boleh jadi Timbalan Presiden, bayangkanlah.


Kalau ikutkan, Mahiaddin nak jadi pengerusi PN pun 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸. Tapi disebabkan pengerusi PN di kalangan presiden parti komponen, terpaksalah ambil dia.


Setidaknya kuranglah sikit mudarat berbanding kalau presiden parti satu lagi tu. Walaupun parti tu 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂.


Kalau kira layak, sesuai lagi 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗣𝗡. Tapi itulah. Samsuri 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 sebelum jadi Pengerusi PN.


Rasanya calon PM PN akan 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. Mahiaddin akan terus jadi pilihan. Melainkan jika ada perubahan dalam saf kepimpinan PAS.


Tapi berani ke walaun tukar presiden? Takkan berani punya! Semua takut masuk neraka. Maka kekallah PAS sebagai 𝗯𝗮𝗹𝗮𝗰𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


POLITIK MAHABBAH NASSARUDDIN


Saya tidak tahu pun yang Menteri Pengangkutan Anthony Loke berada di Kelantan kelmarin. Saya tahu apabila menager hotel tempat saya menginap tanya, apakah saya balik kerana ikut program Anthony Loke. 



Selepas saya baca akhbar dan buka medsos baru tahu yang Anthony Loke berada di Kelantan, kedatangannya meninjau Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra (LTSIP) atas arahan Perdana Menteri yang mahukan lapangan terbang itu diperpanjangkan landasan dan dinaikan taraf jadi lapangan terbang antarabangsa. 


Disamping melawat airport itu, Anthony juga dibawa meninjau landasan keretapi di Pasir Mas dan Rantau Panjang. Lawatan itu dibuat atas cadangan dan permintaan MB Kelantan Nassaruddin Daud agar perkhidmatan ECRL Kuala Lumpur - Kota Bharu diteruskan ke Rantau Panjang. 


Landasan keretapi yang dibina dizaman Brtitsh dari Rantau Panjang ke Pasir Mas sudah lama terbiar apabila perkhidmatan keretapi Tumpat - Rantau Panjang dihentikan akhir tahun 1970an.


Lawatan Anthony Loke semalam membawa erti besar untuk rakyat Kelantan. Ia adalah hasil daripada pendekataan politik mahabbah Nassaruddin yang mengambil jalan sederhana dan melupai sengketa politik. Tanpa perubahan dan pendekatan demikian tidak mungkin lapangan terbang Pengkalan Chepa dan landasan keretapi yang terbiar itu dimanfaarkan semula. 


Dalam tempoh tidak sampai setahun Nassaruddin membawa sesuatu yang bermakna untuk Kelantan. 


Semoga selepas ini banyak lagi pembangunan infastruktur di Kelantan akan dibangunkan. Kerajaan Madani perlu bergabung dengan kerajaan Membangun Besama Islam, dan ignore politik lapok dan jumud. 


Ada beberapa individu yang juak dan cemburu dengan pendekatan diambil kerajaan Kelantan dengan Pusat kini perlu dilupakan dan biarlah mereka menjadi burung hantu bisu yang berkokok dipelapah nyiur tua selama-lamanya. Trims.



CERITA AIR KELANTAN


MSO


 Menitik Malam.

CERITA AIR KELANTAN 


Paling punggung saya balik dari Kelantan SPRM telah mencekup empat individu, dua termasuk pegawai kanan Syarikat Air Kelantan Berhad (ASKB). Tangkapan itu dibuat ekoran berlaku penyelewengan dalam projek Pembinaan Telaga Jejari membabitkan jumlah cecah billion ringgit. 


Tampaknya SPRM masih belum habis menjalankan kerja mereka di Kelantan selepas turun dari banjaran Titiwangsa. Masalah iklim dan cuaca kering dan tandus tidak menghalang tugas Suruhanjaya berkenaan.


Terkejut juga saya membaca laporan mengenai kejadian menimpa Kelantan itu, ia seperti bersambungan dan ada beberapa siri lagi. Baru minggu lepas SPRM telah memasuki ke agensi kerajaan Persekutuan KADA, menangkap beberapa orang kakitanganya, hari ini menjengok masuk ke agensi kerajaan negeri pula. Kerajaan Kelantan telah memecah rekod bersih yang  dipertahannya lebih tiga dekad. 


Sebenarnya apa dilakukan oleh SPRM itu tidak pun pelik kerana, isu air atau pun tanggapan negatif berlaku sesuatu tidak kena dalam pengurusan air Kelantan ini sudah lama kedengaran. Ia mulai dipertikaikan secara serius sejak tahun 2015 lagi, kira-kira  sembilan tahun lampau. 


Ketika itu pihak kerajaan Kelantan tidak percaya dan cuba melindung kebejatan yang berlaku dalam AKSB sehingga menyebabkan orang yang ikhlas dan cuba membersihkan Kelantan dari sebarang peneyelwengan akhirnya dikenakan tindakan disiplin kemudian dipecat dari PAS parti memerintah.


Husam Musa, telah membangkitkan permasalahan AKSB itu setelah menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam projek pembinaan Telaga Jejari. Jika diselak balik isu yang pernah dibangkitkan bekas Exco itu, beliau telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas Pusat yang dipengerusikan sendiri oleh timbalan presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, kerana presiden tidak hadir.


Namun malang, peringatan dan teguran ikhlas Husam itu tidak dipedulikan, sebaliknya beliau dianggap sebagai fitnah sengaja diada adakan untuk memburukan kerajaan Kelantan, tiada apa-apa tindakan diambil malahan beliau dicemuh.  Hatta semasa Tuan Ibrahim jadi menteri bertanggungjawab mengenai air, tiada apa-apa tindakan diambil.


Setelah sembilan tahun, bangkai busuk yang dicerita Husam disembunyikan dengan baik, akhirnya kini bau hampaknya telah menerawang dan masuk ke dalam hidup rakyat Kelantan apabila SPRM telah menunjukkan kuku dan taringnya di Kelantan. 

Kelambatan SPRM bertindak itu menyebabkan Husam terjeruk dengan tuduhan dan tiada seorang pun rakyat Kelantan menyebelahinya, melainkan marah sehingga kalah dalam dua pilihan raya.


Yang saya musykilkan kenapa SPRM mengambil masa hampir sedekad untuk bertindak, apakah dalam kes di Kelantan ini SPRM bertindak double standard? Elok juga kalau bekas-bekas pengarah SPRM di Kelantan sebelum ini ditanya kenapa berlaku demikian? Justifikasinya didambakan.


Apapun terima kasih kepada SPRM di era kerajaan Madani ini. Benarlah seperti sering saya madahkan, KEBENARAN itu seperti keretapi malam, walaupun ia lambat tiba, tetapi ia akan sampai juga disetesen terakhirnya.


Dengan bermulanya tidak SPRM menyiasat segala macam kes yang berlaku di Kelantan, adalah elok kalau Kelantan yang kini dibawa pimpinan Nassaruddin Daud mengambil langkah untuk menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Khas diperingkat Negeri untuk menyiasat segala agensi dan jabatan negeri, bagi menyucikan saki baki kebobrotan yang berlaku atau tertepek dimana-mana. Menjadi tanggungjawab beliau untuk menjamin kerajaan negeri bersih dan noda dan dosa yang selama ini disembunyikan atas nama PAS sebagai parti Islam. 


Penubuhkan Jawatankuasa Kuasa Saisatan Khas negeri itu perlu dipengerusikan oleh beliau sendiri. Beliau tidak perlu takut dan bimbang dengan jawatankuasa berkenaan kerana beliau tidak terbabit dengan kebobrokan sebelum ini. Jawatankuasa itu juga selari dengan tindakan SPRM itu.


Maka, para penjawat jawatan penting berkaitan AKSB , baik Exco dan pengerusi AKSB, juga MB diera tahun 2008 hingga 2015 perlu tampil bersama atau menyerahkan diri untuk dihisab oleh Jawatankuasa Siasatan berkenaan. Trims.



BILA PEMIMPIN AMBIL TAHU





 Bila naik pemimpin yang Rahmatan lil Alamin, dia bukan sahaja cara pada manusia, dia juga ambik berat pasal tumbuhan. Tahniah Anwar Ibrahim


PMX arah setiap 1 pokok yang ditebang oleh DBKL, kena ganti tanam 100 pokok baru. 


Hebat! Tahniah dari kami pencinta alam sekitar.



TAHNIAH


Che Ibrahim


 Tahniah dan selamat datang kepada Datuk Azah Hanim bt Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPTM yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi KADA merangkap Pengurus Besar KADA (Sementara).





KENA KANDAK DIA BAIK SELALU


Che Ibrahim



 Kena kandak dia, molek selalu, tak kena kandak dia tak molek selalu.....inilah dipanggil serupa tapi tak sama.



LEMBAB ..LEBAI TAK BUAT KERJA


 

INI BARU KERJA...YANG TAK KERJA CUBA ANDA LIHAT ALASAN


 

JANGAN HINA BAB KESIHATAN ORANG





Semakin kerap mereka tuduh pmx sakit, puak mereka plak satu persatu masuk hospital kena tidurkan.  Kena ingat, sakit sihat, ajal maut itu kerja Allah.  Jangan doakan orang lain benda- benda yang buruk.



Kedah dipaksa jadi miskin'..YA AMPUSALAM...

 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1247401/kedah-dipaksa-jadi-miskin



'Kedah dipaksa jadi miskin'


Mei 15, 2024 



ALOR SETAR: Kedah memohon ganti rugi sebanyak RM200 juta setahun dari kerajaan Persekutuan berikutan kehilangan pendapatan demi mengekalkan tanah sawah bagi menjamin keselamatan makanan negara.


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata permohonan ganti rugi itu dianggap munasabah kerana permintaan membangunkan tanah sawah bagi tujuan perumahan, industri dan komersial meningkat setiap tahun.


"Kita minta RM200 juta setahun, kalau kita bangunkan tanah (sawah) sedia ada yang diluluskan (lebih 10,000 hektar) dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD) setiap tahun, kita akan dapat RM100 juta (setahun) untuk tanah itu.


"Peningkatan permintaan kepada tanah sawah untuk perumahan, industri dan komersial juga meningkatkan cukai tanah.


"Kita juga ada pelaburan datang, macam mana kita nak imbangi kehilangan kita dengan permintaan terhadap tanah untuk aktiviti selain padi, jadi kita minta RM200 juta (setahun)," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.


Muhammad Sanusi berkata Kedah kehilangan cukai pembangunan berkenaan yang jumlahnya adalah RM1,000 per hektar berbanding hanya RM15 per hektar kerana mengusahakan sawah.


Katanya, adalah tidak adil untuk membuat perbandingan Kedah sebagai negeri miskin sedangkan negeri ini 'diarahkan' menjadi miskin.


"Sampai masa dibuat perbandingan dia kata kita miskin, miskin kerana suruh kami tanam padi. Cukai tanah sawah padi, satu hektar RM15, cukai untuk tanah industri, satu hektar RM1,000.


"Itu (cukai) yang kita lepaskan, bila saya kata kita dimiskinkan, orang marah, itu satu jenis paksaan. Kita diarahkan untuk menjadi miskin (tanam padi) tapi orang tak faham," katanya.


Muhammad Sanusi berkata adalah menjadi harapan kerajaan negeri agar Kerajaan Persekutuan untuk berkongsi tanggungjawab bersama-sama melindungi bekalan makanan negara.


Pada 4 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan bersedia meluluskan penukaran status tanah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), kepada pembangunan komersial sebagai salah satu inisiatif membantu meningkatkan pendapatan Kedah yang memainkan peranan besar dalam keselamatan makanan negara.


Bagaimanapun, Pengerusinya Datuk Dr Ismail Salleh dilaporkan berkata tindakan menukar status tanah sawah kepada pembangunan komersial dikhuatiri memberi impak besar terhadap jaminan keselamatan makanan negara.



PM Anwar Ibrahim tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari se...

INILAH HASILNYA BERKAWAN PARTI PAS P4KAR MEMFITNAH! KES SAMAN TERHADAP A...

Perbualan dengan PM Anwar Ibrahim @ Qatar Economic Forum 2024

SAMAN JA WALAUNTIT NI....SAMAN FITNAH TERHADAP SITI MASTURA USTAZAH PAS!! PERKEMBANGAN TERKINI!!



Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan dua lagi pemimpin kanan parti itu serta ahli parlimen PAS Siti Mastura Muhammad dijadualkan menghadiri proses mediasi yang dinasihatkan oleh mahkamah hari ini. Ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyelesaikan saman fitnah ketiga-tiga mereka terhadap wakil rakyat PAS itu.
Peguam Sankara Nair, yang mewakili Guan Eng dan veteran DAP, Lim Kit Siang serta ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Georgetown telah menasihatkan mereka supaya berunding mencari penyelesaian. Pada Nov tahun lalu ketiga-tiga mereka memfailkan tindakan sivil terhadap Siti Mastura selepas pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat itu mendakwa mereka mempunyai pertalian dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng. Tidak sekadar itu, Siti Mastura turut mengaitkan ketiga-tiga mereka dengan bekas perdana menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew. Sankara berkata bahawa Pusat Mediasi Mahkamah Negeri Pulau Pinang telah menjadualkan perjumpaan bagi ketiga-tiga plaintif dan defendan melalui tiga sesi berasingan hari ini. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/705573 2. https://www.malaysiakini.com/news/705566




PMX KE REPUBLIC KYRGYZ

 













Usai tugasan di Qatar, saya terus ke Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari seraya diapit delegasi kerajaan Malaysia termasuk Jemaah Menteri dalam usaha mengukuhkan hubungan selain mengintai peluang kerjasama baharu antara kedua negara.


Sayugia, Republik Kyrgyz ini adalah negara pertama dikunjungi dalam kerangka lawatan ke Asia Tengah yang turut meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan.


Beberapa program rasmi dan tinjauan mesra telah diatur sepanjang lawatan ini sebelum saya dan delegasi berlepas ke destinasi berikutnya iaitu Kazakhstan.


#MalaysiaMADANI



𝗪𝗔𝗟𝗔𝗧𝗢𝗞, 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗥𝗚𝗢𝗡, 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 & 𝗨𝗡𝗧𝗜𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗟𝗜𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗢𝗦𝗔 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗞




1) DENGAR penjelasan Ustaz dalam video ni. 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗱𝘂𝗵 𝗟𝗶𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗺𝗲𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗞 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮-𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮.




2) Anda bayangkan 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗘𝗞𝗢𝗤 𝗺𝗲𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝘂 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗙𝗕, 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 𝗚𝗿𝗼𝘂𝗽 yg hari-hari melakukan 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙. Sudah lama kita tegur, malah berkali-kali tapi 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 "𝗘𝗡𝗝𝗢𝗬" 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥. Kemudian mereka takbir dan mengaku perjuangkan Islam. Ironi bukan?



3) Puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔 KUNUNnya kita akan sakit hati?? Takdenya kita nak sakit hati tapi kita cuba dok ingatkan mereka menjadi 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗞, InsyaAllah akan 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗞𝗜𝗙𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗱𝗶 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 dan disiksa di akhirat kelak. 𝗞𝗲𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗼𝗶 𝗹𝘀𝗴 kerana itu akan menyebabkan walaun masuk neraka.




4) Tapi puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗻𝗶 𝗝𝗔𝗛𝗜𝗟 𝗠𝗨𝗥𝗔𝗞𝗞𝗔𝗕, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗧𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻. Dengan hukum Allah pun mereka tak percaya. Apa agaknya kalau mereka ni degil dan masih jadi wali kpd anak-anak perempuan mereka yg baru berkahwin?? 



5) Jadi saksi nikah pun tak boleh. JIKA jadi saksi, teraniaya pasangan itu. 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗼𝘀𝗮-𝗽𝗲𝗻𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗶𝗻𝗶 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗸𝗽𝗱 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Sebab tu saya kata puak KHAWARIJ pendosa QAZAF itu juga menzalimi diri sendiri. Baca : 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗧𝗥𝗘𝗡𝗗 : 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗝 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗭𝗔𝗟𝗜𝗠 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗚𝗔

Link :  https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid0p9dhkKRQf8AmwyYBEptpHHKTtQkaUyQQNH2PoKZdcKApJ8nE2mN9sxodtsh1szHvl


6) FASIK dan kesaksian tidak diterima juga bermakna mereka hilang kelayakan utk menjadi saksi dalam apa perkara sekalipun. Sebenarnya berat 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔 𝗶𝘁𝘂. 


7) Offcoz pendosa QAZAF juga adalah penyebar tuduhan buruk. Pasti 𝗗𝗜𝗔𝗭𝗔𝗕 𝗗𝗜 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗔𝗧


Firman Allah yg bermaksud :  


"𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵𝗮𝗻-𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻, 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗮𝘇𝗮𝗯 𝘀𝗲𝗸𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁; 𝗱𝗮𝗻 (𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵) 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗶 (𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮) 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗶 (𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗮𝗻)


𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻-𝗡𝘂𝗿 𝗔𝘆𝗮𝘁 𝟭𝟵


8.) Di depan Allah nanti 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗣𝗡𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 itu pasti akan menyesal. Di dunia boleh le angkuh sombong, 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗙𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗗𝗨𝗟𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗡. 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜, 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛. Di akhirat nanti, di depan Allah cuba le buat perangai angkuh sombong mcm ni. Ada bran??


Wallahualam.


- Zus Din 

14052024