CERITA AIR KELANTAN


MSO


 Menitik Malam.

CERITA AIR KELANTAN 


Paling punggung saya balik dari Kelantan SPRM telah mencekup empat individu, dua termasuk pegawai kanan Syarikat Air Kelantan Berhad (ASKB). Tangkapan itu dibuat ekoran berlaku penyelewengan dalam projek Pembinaan Telaga Jejari membabitkan jumlah cecah billion ringgit. 


Tampaknya SPRM masih belum habis menjalankan kerja mereka di Kelantan selepas turun dari banjaran Titiwangsa. Masalah iklim dan cuaca kering dan tandus tidak menghalang tugas Suruhanjaya berkenaan.


Terkejut juga saya membaca laporan mengenai kejadian menimpa Kelantan itu, ia seperti bersambungan dan ada beberapa siri lagi. Baru minggu lepas SPRM telah memasuki ke agensi kerajaan Persekutuan KADA, menangkap beberapa orang kakitanganya, hari ini menjengok masuk ke agensi kerajaan negeri pula. Kerajaan Kelantan telah memecah rekod bersih yang  dipertahannya lebih tiga dekad. 


Sebenarnya apa dilakukan oleh SPRM itu tidak pun pelik kerana, isu air atau pun tanggapan negatif berlaku sesuatu tidak kena dalam pengurusan air Kelantan ini sudah lama kedengaran. Ia mulai dipertikaikan secara serius sejak tahun 2015 lagi, kira-kira  sembilan tahun lampau. 


Ketika itu pihak kerajaan Kelantan tidak percaya dan cuba melindung kebejatan yang berlaku dalam AKSB sehingga menyebabkan orang yang ikhlas dan cuba membersihkan Kelantan dari sebarang peneyelwengan akhirnya dikenakan tindakan disiplin kemudian dipecat dari PAS parti memerintah.


Husam Musa, telah membangkitkan permasalahan AKSB itu setelah menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam projek pembinaan Telaga Jejari. Jika diselak balik isu yang pernah dibangkitkan bekas Exco itu, beliau telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas Pusat yang dipengerusikan sendiri oleh timbalan presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, kerana presiden tidak hadir.


Namun malang, peringatan dan teguran ikhlas Husam itu tidak dipedulikan, sebaliknya beliau dianggap sebagai fitnah sengaja diada adakan untuk memburukan kerajaan Kelantan, tiada apa-apa tindakan diambil malahan beliau dicemuh.  Hatta semasa Tuan Ibrahim jadi menteri bertanggungjawab mengenai air, tiada apa-apa tindakan diambil.


Setelah sembilan tahun, bangkai busuk yang dicerita Husam disembunyikan dengan baik, akhirnya kini bau hampaknya telah menerawang dan masuk ke dalam hidup rakyat Kelantan apabila SPRM telah menunjukkan kuku dan taringnya di Kelantan. 

Kelambatan SPRM bertindak itu menyebabkan Husam terjeruk dengan tuduhan dan tiada seorang pun rakyat Kelantan menyebelahinya, melainkan marah sehingga kalah dalam dua pilihan raya.


Yang saya musykilkan kenapa SPRM mengambil masa hampir sedekad untuk bertindak, apakah dalam kes di Kelantan ini SPRM bertindak double standard? Elok juga kalau bekas-bekas pengarah SPRM di Kelantan sebelum ini ditanya kenapa berlaku demikian? Justifikasinya didambakan.


Apapun terima kasih kepada SPRM di era kerajaan Madani ini. Benarlah seperti sering saya madahkan, KEBENARAN itu seperti keretapi malam, walaupun ia lambat tiba, tetapi ia akan sampai juga disetesen terakhirnya.


Dengan bermulanya tidak SPRM menyiasat segala macam kes yang berlaku di Kelantan, adalah elok kalau Kelantan yang kini dibawa pimpinan Nassaruddin Daud mengambil langkah untuk menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Khas diperingkat Negeri untuk menyiasat segala agensi dan jabatan negeri, bagi menyucikan saki baki kebobrotan yang berlaku atau tertepek dimana-mana. Menjadi tanggungjawab beliau untuk menjamin kerajaan negeri bersih dan noda dan dosa yang selama ini disembunyikan atas nama PAS sebagai parti Islam. 


Penubuhkan Jawatankuasa Kuasa Saisatan Khas negeri itu perlu dipengerusikan oleh beliau sendiri. Beliau tidak perlu takut dan bimbang dengan jawatankuasa berkenaan kerana beliau tidak terbabit dengan kebobrokan sebelum ini. Jawatankuasa itu juga selari dengan tindakan SPRM itu.


Maka, para penjawat jawatan penting berkaitan AKSB , baik Exco dan pengerusi AKSB, juga MB diera tahun 2008 hingga 2015 perlu tampil bersama atau menyerahkan diri untuk dihisab oleh Jawatankuasa Siasatan berkenaan. Trims.



No comments: