POLITIK MAHABBAH NASSARUDDIN


Saya tidak tahu pun yang Menteri Pengangkutan Anthony Loke berada di Kelantan kelmarin. Saya tahu apabila menager hotel tempat saya menginap tanya, apakah saya balik kerana ikut program Anthony Loke. 



Selepas saya baca akhbar dan buka medsos baru tahu yang Anthony Loke berada di Kelantan, kedatangannya meninjau Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra (LTSIP) atas arahan Perdana Menteri yang mahukan lapangan terbang itu diperpanjangkan landasan dan dinaikan taraf jadi lapangan terbang antarabangsa. 


Disamping melawat airport itu, Anthony juga dibawa meninjau landasan keretapi di Pasir Mas dan Rantau Panjang. Lawatan itu dibuat atas cadangan dan permintaan MB Kelantan Nassaruddin Daud agar perkhidmatan ECRL Kuala Lumpur - Kota Bharu diteruskan ke Rantau Panjang. 


Landasan keretapi yang dibina dizaman Brtitsh dari Rantau Panjang ke Pasir Mas sudah lama terbiar apabila perkhidmatan keretapi Tumpat - Rantau Panjang dihentikan akhir tahun 1970an.


Lawatan Anthony Loke semalam membawa erti besar untuk rakyat Kelantan. Ia adalah hasil daripada pendekataan politik mahabbah Nassaruddin yang mengambil jalan sederhana dan melupai sengketa politik. Tanpa perubahan dan pendekatan demikian tidak mungkin lapangan terbang Pengkalan Chepa dan landasan keretapi yang terbiar itu dimanfaarkan semula. 


Dalam tempoh tidak sampai setahun Nassaruddin membawa sesuatu yang bermakna untuk Kelantan. 


Semoga selepas ini banyak lagi pembangunan infastruktur di Kelantan akan dibangunkan. Kerajaan Madani perlu bergabung dengan kerajaan Membangun Besama Islam, dan ignore politik lapok dan jumud. 


Ada beberapa individu yang juak dan cemburu dengan pendekatan diambil kerajaan Kelantan dengan Pusat kini perlu dilupakan dan biarlah mereka menjadi burung hantu bisu yang berkokok dipelapah nyiur tua selama-lamanya. Trims.