Salah faham tentang Taliban 2.0 ( Siri 1 )



Benarkah Taliban militan yg dibenci umat Islam?

PERSEPSI MELAHIRKAN KEBENCIAN


Oleh Norman Radzuan 


Dah lama ingin menulis mengenai Taliban sejak mereka berjaya menawan Afghanistan tapi kerana terlalu byk isu semasa politik tempatan bertangguh tangguh utk berbuat demikian. Saya akn menulis dari fahaman dan persepsi saya sendiri. Analisis saya barangkali betul barangkali sebaliknya. Ia agak panjang jadi saya jadikan kpd 3 siri. 


Saya terpanggil menulis kerana ramai juga kalangan rakan2 terutama org2 Melayu kurang memahami konflik yg berlaku di Afghanistan. Org kita (Melayu) mudah terpengaruh dgn persepsi. Ramai yg benci atau takut kpd Taliban sepertimana persepsi mereka kpd Cina DAP. Kenapa ia berlaku?... saya harap mereka membaca dan menilai apa sebenarnya yg berlaku kpd konflik Afghanistan ini.


Minggu lepas ketika berbual di telefon saya beritahu secara sindiran dgn bekas rakan setugas yg kini Penerbit Berita TV, selepas ini apabila Taliban membentuk kerajaan jgn la pembaca berita menyebut kerajaan Taliban tetapi hendaklah disebut kerajaan Afghanistan.


Sedangkan dunia pun tak panggil kerajaan Malaysia sekarang sebagai ‘Kerajaan Keluarga Malaysia’. Kenapa perlu kita memanggil kerajaan Taliban? Jgn terpengaruh dgn media barat yg sengaja mencipta persepsi kononnya Afghanistan kini dibawah kerajaan militan.


Sebenarnya isu Afghanistan ini agak complicated sepertimana sejarah tanahair kita. Ini semua kerana persepsi (campurtangan) ciptaan barat yg mengkucar kacirkan politik negara tersebut. Bukan sahaja dunia luar terkeliru malah rakyat mereka juga terkeliru. Itulah yg cabut lari sampai sanggup duduk di sayap kapal terbang mcm nampak zombie.


Malah persepsi kita tentang geografi Afghanistan juga keliru. Persepsi kita Afghanistan negara yg berdebu (dipenuhi padang pasir), kotor dan sebagainya. Ini kerana seolah disembunyikan byk lokasi indah bak syurga dunia (gambar) di bumi Afghanistan.


Saya mulakan serba ringkas sejarah Afghanistan agar org Melayu memahami siapa sebenar Taliban dan Mujahidin. Benarkah mereka ini militan atau rejim yg sgt kejam dgn rakyatnya sendiri? Adakah mereka ini lebih teruk daripada penjajah Soviet atau Amerika?


Mereka yg seusia dgn saya, masih anda ingat di era persekolahan dahulu (era 80an) apabila puak Mujahidin menentang tentera Soviet Union? Peperangan itu berlanjutan selama 9 tahun dan berakhir pada tahun 1989.


Bila berlaku perang Soviet dan Mujahidin, Amerika mengambil kesempatan memburukkan Soviet Union sebagai negara yg zalim kpd umat Islam. Propaganda Amerika bukan sahaja melalui media massa tetapi turut  menggunakan filem2 utk meracuni penduduki dunia bahawa Soviet adalah musuh Islam. 


Antaranya masih anda ingat filem Rambo 3? Seorang lelaki bernama John Rambo dtg seorang diri berjuang bersama puak Mujahidin hingga tewas tentera Soviet…haa๐Ÿ˜‚.


Amerika bukan sahaja menyerang Soviet dari sudut psikologi atau persepsi tetapi turut menghulurkan bantuan senjatan kpd pejuang Mujahidin.Khabarnya ketika itu ada juga rakyat negara kita yg dtg berjuang bersama pejuang Mujahidin kerana terpengaruh dgn laungan syahid.


Ketika itu Soviet dan Amerika adalah seteru atau kuasa besar yg saling bersaing menunjukkan kekuatan ketenteraan mereka. Namun akhirnya Soviet istihar berundur dari bumi Afghanistan. Dlm istilah sebenar mereka bukan tewas kpd Mujahidin tetapi terpaksa berundur kerana kos ketenteraan yg terlalu tinggi. Implikasi dari perang ini juga merupakan antara faktor runtuhnya rejim Soviet Union hingga dikenali sebagai Russia sahaja.


Malah Presiden Afghanistan, Kamal iaitu Presiden boneka Soviet juga dikatakan tidak mempunyai pengaruh di kalangan rakyat Afganistan. Kamal gagal membentuk ketenteraan yg kuat dan hanya bergantung kpd tentera Soviet utk mempertahankan kerajaannya.


Itu sejarah yg kita ketahui atau ingati. Saya mengajak utk kita mengenali sejarah lebih awal dari itu. Afghanistan sebelum 1973 mereka adalah sebuah negara monarki. Selepas itu seperti negara2 lain mereka menuju ke sebuah negara Republik dimana ketua kerajaannya adalah Presiden.


Siapa Mujahidin dan siapa Taliban? Saya agak steptikal apabila MP Muda, Syed Saddiq menyerang Taliban seolah-olah sebagai puak pelampau atau malapetaka kpd rakyat Afganistan. 


Saya tidak menyokong Taliban 1.0. Byk salah dan silap mereka ketika kali pertama menjadi kerajaan terutama kpd kaum wanita. Tetapi Taliban 2.0 ini saya melihat ada perubahan. Persoalannya kenapa dunia atau org Melayu lebih menyokong penjajahan Amerika melalui Presiden boneka mereka, Ashraf  Ghani berbanding ia diperintah sepenuhnya anak watan Afganistan???


Mujahidin dikatakan puak yg berjuang menentang Soviet dan Taliban puak terpelajar yg dicipta nama tersebut utk golongan intelektual. Taliban dari bahasa Urdunya bermaksud pelajar bukan bermaksud pengganas. 


Puak Taliban mentadbir urus pada tahun 1994 dianggap militan kerana tindakan mereka yg terlalu ekstrims. Namun dari maklumat yg saya perolehi Taliban 1.0 dan Taliban 2.0 jauh berbeza. Taliban 2.0 dikatakan kelompok pelajar2 yg diusir di zaman Taliban 1.0. Malah Taliban 2.0 dilihat lebih fleksibel atau tidak ektrims seperti dahulu.


ESOK.... DISKRIMINASI KPD WANITA ADALAH SERANGAN DUNIA KPD TALIBAN DAN KENAPA AMERIKA TINGGALKAN AFGHANISTAN


NASIB MAIL NAIK..KALAU TAK DAH HARAM DAH UMNO...TU PUN AHLI DIA TAK CELIK LAGI....MAKAN BIJI GETAH BANYAK


 

WOIII BUAT MALU JA..CINA DAP JADI MENTERI KEWANGAN BOLEH BAGI 100 JUTA KE MASJID MASJID...ERAJAAN MELAYU BOLEH ABAIKAN...?


 

GAMBAR APA PUN TAK DAK..DOK TAK DOK NGAKU JUMPA DUTA ASING...HANG BINCANG APA ?

 

Tanpa sebarang gambar bersama mereka ๐Ÿ˜



MANTAN KETUA SRIKANDI KEADILAN SITI AISHAH SHEIKH ISMAIL MASIH TEGUH BERSAMA KEADILAN DAN AKAN KEMBALI AKTIF MENGHADAPI PRU15



Ramai yang bertanya kepada saya ke mana menghilangnya mantan Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Sheikh Ismail atau lebih popular digelar 'Aishah Srikandi"?  Ada khabar yang menyebut beliau kini telah mengikuti jejak langkah kumpulan 'kartel' pengkhianat.


Bekas Senator Dewan Negara itu kelihatan menyepikan diri sejak kejatuhan kerajaan PH akibat dikhianati setahun lebih yang lalu.  Ini memperkuatkan lagi berita atau khabar angin yang menyatakan beliau telah turut bersama kumpulan 'kartel' yang khianat tersebut.  Saya tidak berani untuk menjawap persoalan tersebut selagi saya tidak mendengar sendiri dari mulut beliau.


Baru-baru ini saya berpeluang untuk berhubung terus dengan Ketua Srikandi Keadilan yang pertama ini.  Saya tidak mahu bertanya banyak perkara kepada beliau kerana saya bercadang untuk menampilkan beliau di dalam satu "Pidato Umum Maya" secara live bersama Ketua GERAK98 Nasional, Dato Mohamad Ezam Nor .   Namun, apa yang pasti beliau menyatakan beliau masih setia dan istiqomah bersama perjuangan reformasi yang dibawa oleh Parti Keadilan.   Baginya, perjuangan untuk parti lebih utama dari kepentingan diri, individu atau puak bahkan beliau telah membuktikan prinsipnya itu apabila beliau bersedia untuk menarik diri dari menjadi calon Speaker Dun Perak suatu ketika dahulu demi mematuhi arahan parti.  


Meskipun beliau pernah bertanding di dalam pilihanraya di Kerusi Parlimen Tambun dan tewas, beliau sedikit pun tidak lemah semangat atau berundur dari perjuangan.  Mungkin, suasana selepas kejatuhan kerajaan PH di dalam negara menghadapi pandemik Covid19 yang membataskan banyak pergerakan dan aktiviti politik, ditambah pula beliau tidak memegang apa-apa jawatan penting di dalam parti, mungkin kelibatnya tidak begitu kelihatan.


Pandemik Covid19 yang banyak memberi kesan kepada masyarakat turut dirasai oleh beliau sekeluarga, tambahan pula beliau bukan lagi berjawatan Senator.  Oleh kerana itu, beliau dan suaminya berdikari dan berniaga burger secara kecilan di hadapan rumahnya bagi menampung kehidupan.  Seandainya beliau hanya memikirkan tentang kehidupan yang selesa, sudah pasti beliau turut bersekongkol dengan puak pengkhianat yang juga terdiri dari rakan-rakan seperjuangannya dahulu.  Tetapi, beliau memilih untuk mempertahankan maruahnya dan maruah parti yang beliau sertai.  


Sayap Srikandi Keadilan yang wujud sekitar tahun 2009/2010 yang meletakkan dirinya sebagai Ketua Srikandi Keadilan yang pertama banyak mengajarnya erti kesusahan, penderitaan, ujian dan mehnah di dalam perjuangan.  Mana mungkin beliau yang telah mendidik anak-anak muda wanita untuk cekal berjuang atas prinsip boleh hanyut dengan habuan keduniaan?  Beliau turut menyatakan perasaan bangganya kerana Srikandi Keadilan masih utuh dan semakin mendapat sambutan di bawah kepimpinan Sdri Raiyan Abdul Rahim, wanita muda berbakat dan gigih mewarisi perjuangan ayahandanya Sdr Rahim Ghouse yang tidak asing lagi kepada para reformis.  Srikandi Keadilan kini wujud di semua negeri bagi memperkuatkan lagi Wanita Keadilan khususnya di bawah kepimpinan YB Fuziah Salleh .  


Siti Aishah turut melahirkan rasa semangatnya untuk kembali seperti dahulu bagi membantu parti menghadapi PRU15.  InsyaAllah, apabila keadaan pandemik Covid semakin reda beliau akan turun ke lapangan bagi membantu parti mendapatkan kembali mandat rakyat yang telah dikhianati.  


WFAUZDIN NS



SEMOGA DIBERIKAN HIDAYAH UNTUK DATANG BERKERJA TIDAK SEPERTI DUTA TERDAHULU

 

Semoga Duta Khas Timur Tengah yg baru dilantik oleh kerajaan PN 2.0 kali ini boleh membetulkan sifat malas dan kaki ponteng dutaMay be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "mk to malaysiakini Malaysiakini (BM) @mkini_... 6h 6h Jawatan duta khas disambung, Hadi mahu sambung kerja yang telah dimulakan malaysiakini.com Jawatan duta khas disambung, Hadi mahu sambung kerja yang telah dim... 152 ไปฌ 101 131" khas yang dulu.

SAMPAI BILA LA KITA KENA BAYAR...

 

MOHD MUKHLIS


Ini yang saya sebut dari dulu, duit yang abah PDF bagi dulu semuanya datang dari kita sendiri, sama ada kita yang kena bayar ataupun anak cucu kita yang kena bayar. Sebab itu budget 2022 nanti kita akan lihat macam mana menteri kewangan nak spin setelah setahun swipe credit card macam suami najib razak berbelanja di Hawaii.


May be an image of text that says "Malaysia Government Revenue RM bil 300 Tax revenue Non-tax revenue 200-43.07 43.07 42.74 61.76 83.84 74.01 S 100 9แ€ 177.65 2016 2017 174.70 2018 180.56 153.26 2019 2020* *Govt estimated figures Source: Ministry of Finance archives THEEDGE FAFATEEA"


TUNGGU SAHAJA LAH WAK ZAHID...ENGKAU JUGA AKAN DIKHIANATI

 

Zahid terjerat dengan permainan yang diciptanya sendiri?



Zahid terjerat dengan permainan yang diciptanya sendiri?

Zahid terjerat dengan permainan yang diciptanya sendiri.Ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, antara individu yang paling banyak meniupkan sentimen kebencian, termasuk mengatakan ‘kerajaan gagal’ adalah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Bersama sekutunya – beberapa pemimpin dalam UMNO – selain disokong blok pembangkang Pakatan Harapan (PH), Zahid bertalu-talu menyerang pelbagai program yang diatur dan dirancang Muhyiddin serta Kerajaan PN.

Hinggakan program yang memberi manfaat kepada rakyat seperti langkah mengekang penularan Covid-19 dan pelbagai bantuan kewangan, termasuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk rakyat yang terkesan, turut menjadi sasaran kecaman dia dan sekutunya.

Ini tidak cukup, itu tidak cukup, ini tidak betul, itu tidak betul, ini salah, itu salah, kes Covid naik, orang mati ramai, semuanya dimuat naik dalam media sosialnya – yang betul hanya dia sahaja.

Ini dilakukan semata-mata untuk mencetuskan sentimen kebencian terhadap Muhyiddin yang tidak mahu mengikut telunjuk ‘orang tertentu’ untuk membebaskan ‘individu tertentu’ daripada tuduhan jenayah di mahkamah.

Zahid

Menyerang dengan pernyataan negatif mengenai keperibadian dan integriti adalah salah satu strategi yang digunakan untuk menundukkan lawan politik.

100 hari: PH cadang 10 asas KPI untuk Khairy tangani Covid-19

 


PANAS !! ZUL YAHYA KECEWA SIKAP PEMIMPIN PAS. LEPAS KENA KENCING DENGAN JANJI JANJI PIMPINAN PAS BARU KAU TAHU...

Solusi Kepada Masalah MP Katak Tanpa Perlu Kepada RUU Anti Lompat Parti

RENTASAN 960 | GEMPAR!!! KJ SAHKAN WUJUD UNSUR KERAHSIAAN DAN PEMALSUAN ...







MENARIK DALAM RENTASAN 960
1. BERKAWAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERMUSUH 2. APA MAKNA WASATIYYAH BAGI KERA MENGAMBANG? 3. MENGAPA PILIH DEMOKRASI? 4. PEMIMPIN MENIPU, TIADA KEWIBAWAAN





PM Ismail lulus ujian pertama untuk CSA, kata Kit Siang

 


Terkini !!! Khairy beri bayangan ada harapan boleh rentas negeri dalam masa terdekat

 

Terkini !!! Khairy beri bayangan ada harapan boleh rentas negeri dalam masa terdekat

Khairy beri bayangan ada harapan boleh rentas negeri dalam masa terdekat.

Kerajaan mempertimbang beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat apabila perkara itu dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan.

Kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta rakyat diminta bersabar dan memberi sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan sewajarnya.

“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit,” ujarnya ketika sesi temubual bersama media hari ini.

Khairy beri bayangan ada harapan boleh rentas negeri dalam masa terdekat

Khairy Jamaluddin

Tambahnya, pihaknya akan berbincang perkara itu dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan telah mengemukakan beberapa cadangan MKN dalam masa terdekat.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” katanya.

SIAPA KATA HADI AWANG DUTA YANG HANYA MAKAN GAJI BUTA? KONGSILAH BERSAMA RAKYAT


Selama ini ramai yang menganggap perlantikan Presiden Pas, Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri bertaraf menteri ke Timur Tengah sebagai sia-sia.

Kerjanya yang tidak kelihatan, malah ketika Mahiaddin Md Yasin melawat Arab Saudi pun beliau tidak ikut serta, ditambah dengan PKP demi PKP yang bersambung-sambung, Hadi dilihat macam tiada kerja dan hanya makan gaji buta saja.

Ditanggapi perlantikan beliau tidak lebih sebagai ganjaran politik atas sokongan Pas kepada kerajaan semata-mata.

Selepas dilantik Mahiaddin di bawah Kerajaan PN, jawatan Hadi kini disambung lagi oleh Ismail Sabri Yaakob di bawah Kerajaan Keluarga Malaysia.

Untunglah….

Tetapi, ramai tak tahu Hadi sebenarnya telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang di sebalik kekangan PKP yang menghalang pergerakan seseorang untuk ke mana-mana atau berjumpa sesiapa.

Kata Hadi, sejak dilantik ke jawatan itu tahun lalu oleh Mahiaddin, beliau sudah mengadakan pertemuan diplomatik dengan 10 duta negara Timur Tengah mengenai kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

“Tindakan susulan pula dilakukan oleh kalangan menteri menerusi siri lawatan dan antaranya adalah membabitkan perdagangan kelapa sawit yang meningkat.

“Kita turut membincangkan mengenai sektor pendidikan di Mesir dan Jordan selain kerjasama membantu rakyat Palestin.

“Kerja sudah dibuat, cuma akan disambung semula dan ditingkatkan lagi,” katanya lagi.

Perghhh….hebat rupanya Tuan Guru Hadi ini?

Begitu pun Tuan Guru, nak tanya sikit – tiadakah sekeping dua gambar pertemuan dengan 10 duta tersebut?

Kalau pula pertemuan itu bukan secara fizikal, sebaliknya secara maya misalnya, tiadakah juga gambar Tuan Guru sedang berbual dengan mereka?

Takkan pegawai-pegawai Tuan Guru tak ambil gambar langsung?

Peliknya lagi, kenapa tidak pernah sekali pun dimasukkan sebarang maklumat di dalam FB atau Twitter Tuan Guru mengenai pertemuan dengan duta-duta itu?

Sebab selama ini yang banyak dimuat dalam FB atau Twitter Tuan Guru hanyalah kuliah politik berjela-jela mempertahankan kerajaan tebuk atap dan sesekali kuliah agama dari Rusila.

Kongsilah juga dengan rakyat tentang kerja sebagai duta, sekurang-kurangnya tidaklah terasa macam sia-sia cukai kami digunakan untuk membayar gaji dan kemudahan hidup bertaraf menteri itu.

Kalau tiada maklumat sebegitu, jangan disalahkan jika Tuan Guru dikata hanya makan gaji buta dan satu-satunya Duta Timur Tengah yang banyak duduk di rumah? – 

ShahbudinHusin 03/09/2021.




TAHNIAH KERANA MELAMPAU DAN JUGA BODO...

 

BUKAN SETAKAT DIA SAHAJA YANG SELAYAKNYA JADI MACAI BAWAHAN...AHLI YANG LAIN PUN BODO JUGA SERTA MALAS MEMBACA...SEBAB TU UMNO SENANG PERBODOHKAN AHLINYA DI KAMPUMG  KAMPUNG...




Panas! Asyraf Wajdi kata Papagomo digantung keahlian Umno kerana melampau

Panas! Asyraf Wajdi kata Papagomo digantung keahlian Umno kerana melampau

Tindakan penggantungan keahlian dalam UMNO bukan semata-mata disebabkan kritikan lantang terhadap pemimpin parti, namun setelah mengambil kira pelbagai perkara termasuk melanggar tatasusila dan disiplin parti.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan terbaharu parti itu menggantung keahlian seorang ahli UMNO melibatkan soal tatasusila serta disiplin yang termaktub dalam perlembagaan parti terbabit.

“Sebagai parti yang demokrasi, semua pihak boleh menyuarakan pandangan berbeza mahu pun mengkritik kepimpinan tertinggi termasuk Presiden.

“Berbeza pandangan dan mengkritik itu biasa, tetapi isunya ialah apabila kita melampaui batas dan perkara berkenaan disiasat oleh Lembaga Disiplin hingga diangkat ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan loji rawatan air bergerak di Dataran Jeram Hulu di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Dalam perkembangan sama, Asyraf Wajdi berkata, sebagai individu bertanggungjawab menjaga ahli di bawahnya, beliau telah berusaha untuk menasihati individu terbabit sebelum tindakan diambil.

“Sebagai abang sulung dalam Pemuda sudah tentu saya bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan lebih-lebih lagi apabila menerima laporan daripada akar umbi berhubung tindakan yang dilakukan.

“Namun, apabila tindakan sudah diambil, kita sudah tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia tertakluk di bawah Lembaga Disiplin yang merupakan badan bebas,” katanya.

Asyraf Wajdi bagaimanapun berkata, hak setiap ahli dalam parti masih terjamin dan individu terbabit masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Disiplin.

“Dalam mana-mana persatuan atau parti politik, perkara begini biasa berlaku. Kita tunggu dan lihat apa jua keputusan dibuat selepas ini,” katanya.

Terdahulu, UMNO menggantung keahlian Exco Pemuda, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo selama enam tahun berkuat kuasa 27 Ogos lalu selepas didapati melanggar Perlembagaan parti.

JANGAN SEMBANG JAUH SANGAT- RUU355 PUN TAK BOLEH NAK BENTANG DAN MINTA TANGGUH-HANGPA NAK TUTUP KASINO ..POOOOODAHHHH

 


Pas Pahang kata ini masa terbaik tutup aktiviti judi di Genting Highland


Pas Pahang kata ini masa terbaik tutup aktiviti judi di Genting Highland


Pas Pahang menyifatkan kini adalah masa terbaik untuk kerajaan yang ada membuang terus aktiviti arak dan judi di negara ini bermula dari Genting Highland yang terletak di negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Pahang, Haji Md Jusoh Darus (gambar)  dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas berkata, Genting Highlands yang masyhur terkenal sebagai Pusat Peranginan dan Perjudian seumpama Macau dan Las Vegas sebenarnya ‘cancer’ buat negara ini.

“Dari puncak tertinggi yang amat nyaman lagi indah ini hakikatnya turun laju ke lembah luas segala lahar teramat panas rantaian maksiat dan jenayah,” tulis beliau.

“Kini adalah masa terbaik untuk kerajaan melakukan ‘reset’ kehidupan rakyat dan menagih keredhaan Allah S.W.T buat negara ini dengan menghenti dan membuang terus aktiviti arak dan judi.

“Ia mesti bermula dari Genting Highlands kerana selama ini menjadi simbol kemegahan dan sarang pusat kepada maksiat,” kata beliau dalam tulisan itu.

Bagi beliau, kerajaan persekutuan yang disertai Pas mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara itu.

“Membanteras dari titik penyakitnya adalah dorongan dan political will untuk kerajaan melangkah bagi menghapuskan industri noda dosa ini dari terus beroperasi di seluruh negara.

“Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan masing-masing mempunyai punca kuasa sendiri,” kata beliau.

Bagi belaiu, dengan peruntukan perundangan yang ada, kerajaan negeri dapat menyekat dengan tidak lagi mengeluarkan lesen premis.

“Manakala kekuatan kuasa Kerajaan Pusat adalah tidak melanjutkan permit operasi. Dengan itu, menutup kegiatan arak dan judi di Genting Highlands bukan ‘misi mustahil’,” katanya.

Ya benar, mungkin selama ini dari industri tersebut menjadi sebahagian pendapatan ke akaun kerajaan. Mungkin rambang mata dapat ‘mengutip’ wang tunai dalam jumlah yang banyak dengan sebegitu kerap. Tetapi mengakulah, poket negara ini bocor membiayai akibat buruk dari arak dan judi.

Tidak mungkin dengan kewarasan dikurniakan Allah ini dibiarkan lagi segala kebejatan dan kesengsaraan terus saling bergelumang mengganggu kebahagian hidup yang dicari di dunia ini. Kemusnahan diakibatkan oleh judi dan arak sudah menjadi bicara yang lumat tidak perlu diwacana forumkan lagi.

Bagi mengajak kerajaan dan penyokong PAS, bersihkan dan manfaatkan Genting Highlands dengan memasyhurkannya menjadi pusat peranginan dan pelancongan tempatan seperti Cameron Highlands dan global yang mesra untuk semua.

“Mari jana pendapatan yang terjamin halal dan lebih banyak melimpah ruah dari hasil kotor dan haram selama ini,” tulis beliau.

Pas yang mempunyai 18 ahli parlimen adalah kerajaan bersama dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad adalah menteri agama manakala timbalannya Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man adalah menteri alam sekitar manakala setiausaha agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah menteri tenaga dan sumber asli.

RIYA' LEBIH DEKAT DENGAN IBADAH DAN SOLAT..



1- Ramai dari kalangan kita silap faham tentang maksud Riya' dengan maksud memperlihatkan kemewahan dan harta benda..Sedangkan di dalam Quran dan hadis, Begitu juga pandangan Ulama'.. Riya' lebih dekat dengan maksud memperlihatkan Ibadah, Terutama Solat..Mutaakhir ini aku bimbang, Pelakunya datang dari kalangan Alim Ulama' dan Pendakwah..


2- Riya'(ุงู„ุฑูŠุงุก) tu sendiri pada sudut bahasa membawa maksud  dari kata kerja raa' ( ุฑุงุกู‰) yang bermakna memperlihatkan. Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari juga menulis “Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan tujuan  untuk dilihat manusia, dan mengharapkan mereka memuji pelaku amalan itu”... Sebahagaian Ulama lain memberikan maksud yang sama, Yakni..


ูˆَุงู„ุฑِّูŠَุงุกُ ุฅِูŠْู‚َุงุนُ ุงู„ْู‚ُุฑْุจَุฉِ ู„ِู‚َุตْุฏِ ุงู„ู†َّุงุณِ


“ Riak adalah melakukan ibadah kerana mengharapkan kepada manusia supaya mendapat keuntungan darinya (pujian dan penghormatan) ”


3- Riya' Juga lebih dekat dengan ibadah seperti Solat, Selepas ancaman (ูَูˆَูŠْู„ٌ ู„ِّู„ْู…ُุตَู„ِّูŠْู†َۙ ) kepada mereka yang lalaikan Solat Dalam Firman Allah seterusnya membawakan ayat ini..


ุงู„َّุฐูŠู†َ ู‡ُู… ูŠُุฑุงุกูˆู†َ


 "orang-orang yang berbuat riya.."


4- Namun di dalam hadis Nabi SAW, mengingatkan akan maksud "asy-syirk al-ashgar" dan Syrik Khafi.. Yakni Syirik kecil atau syirik yang tersembunyi terutama melibatkan hal Ibadah.. Apapun..


ู†ِูŠَّุฉُ ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِ ุฎَูŠْุฑٌ ู…ِู†ْ ุนَู…َู„ِู‡ِ


"Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”.


5- Sudah pasti kita tidak lah boleh menghukum seseorang itu, Riya'.. sebab ianya adalah urusan hati.. Namun kita kena bezakan antara orang yang  melaporkan apa yang mereka lihat dan memperlihatkan.. Sebagai contoh Almarhum TG Nik Aziz pernah dilaporkan rutin harian termasuk Ibadahnya, Bukan memperlihatkan Ibadahnya sendiri..


Penyakit kebanyakan Ulama' hari ini bukan sahaja dalam Ibadah hatta dalam Sadaqah dengan sengaja memperlihatkan .. Malah diangkat di media sosial sendiri.. Sehingga kan mereka tidak dapat bezakan Ibadah yang harus diperlihatkan atau tidak sehinggakan solat tahajjud dijadikan siaan live..


6- Jadi hari ini apa yang dihairankan dengan Riya' orang biasa, Orang Jahil diluar sana, Jika agamawan sendiri menjadi contoh Ibadat mereka untuk diperlihatkan.. Bagaimana mereka sendiri gagal membezakan urusan Ibadah peribadi dan umum ? Jadi jangan marah jika tindakan mereka menimbulkan fitnah dan dijadikan ejekan..


Apapun, Ianya adalah peringatan untuk diri sendiri.. Prinsip Ibadah itu antara kita dengan Allah..Sebagaimana Firman Allah SWT.. 


" ู‚ُู„ْ ุฅِู†ِّูŠ ุฃُู…ِุฑْุชُ ุฃَู†ْ ุฃَุนْุจُุฏَ ุงู„ู„َّู€ู‡َ ู…ُุฎْู„ِุตًุง ู„َّู‡ُ ุงู„ุฏِّูŠู†َ.."


 “Katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-Nya”. 


[ Surah al-Zumar: ayat 11 ]


Ipohmali 


tazkirah Jumaat


3 Sept 2021

BUDAYA SALAH MENYALAH

 

Luth Ismail


Satu malaysia tahu kes ziyad tak dapat emas sebab tak hadir mengikut masa yang ditetapkan dan tiada protes dari Ukraine


Tapi apa staf kerajaan belia sukan buat dan wakil kontijen malaysia kita buat divert isu..atau bahasa mudah mengalihkan pandangan..dengan menyalahkan orang lain


1. Salahkan UKRAINE buat protes..sebab tak puas hati..ini namanya sentimen


2. Salahkan CUACA punca lambat - ini bodoh


Ukraine hanya mendapat manfaat sebab bodoh nya malaysia..Ukraine sudah ada 15 emas..tidak mungkin untuk mengaut dengan cara tebuk atap..politik malaysia lain laa memang suka tebuk2 nie.


Okay habis kisah Ziyad..


Sekarang kisah budaya rakyat Malaysia


Budaya salahkan orang lain dengan pembudayaan rasa tidak bersalah kerana terbiasa dengan amalan yang salah sudah sebati dalam rakyat malaysia (baca betul2 untuk paham..hahaha)


Sebab tu banyak rasuah..sebab rasa tak bersalah dengan alasan..ambil sedikit tak apa..dekat atas sana lagi banyak makan


Tunggang agama..sebab rasa tak bersalah dengan alasan...kita bukan tunggang tapi menegakkan agama ketika org tidak faham..perlu fahamkan dgn agama


Tipu rakyat...sebab rasa tak bersalah dengan alasan..keadaan dan suasana negara yang teruk bukan negara kita saja seluruh dunia..inilah yang jadi kita bukan tipu..tapi belum jujur.


Salah kaum lain..sebab rasa tak bersalah dengan alasan habis melayu kalau semua dapat dekat cina..bodoh pak lebai


Ini lah yang berlaku sebenar..konsep tadbir urus..governant servant..polisi dan strategy maker..perlu clear..orang cerdik pandai perlu susun semula


Bila isu suka salah menyalah nie sebati dalam jiwa kita..tu yang kita senang percaya dengan walaun pak lebai bodoh..yang tak habis2 takut kan dengan DAP..dengan kaum cina..apa melayu nie pengecut sangat ke..sebenarnya pak lebai yang bodoh tak cerdik walaun yang bebal nak tarik perhatian salahkan cina..ini lah realiti berlaku sekarang


Pemikiran kita tidak boleh sampai satu tahap yang lebih tinggi..kerana budaya yang tidak betul..sampi bila kita nak maju


Melayu majoriti..islam majoriti..tapi pemikiran yang masih takut suka salahkan orang lain..maka sedap la untuk terus di tipuu oleh pak lebai dan walaun yang tak ada hala tuju..haha


Belajar hidup di alam realiti dan duniawi ini..ya benar akhirat dan mati itu pasti..Maka kita perlu terus maju dari segi ekonomi dan moraliti..bila ekonomi baik..moral tinggi ada pegangan agama baru kita akan lebih hebat dan kuat..itu sahaja

DAH PAKAI KERETA MEWAH KELUAR LAIN PULAK ALASAN NAK JUAL

 

NORSHIDAH MOHD DAUD

DAH 

Dah pakai keta mewah, xpela...

Kuda perang kan

Mcm2 dalil la keluar, keselesaan, kualiti, kos maintenance, harga jual semula dll...


Dahtu p beli no plate dalil ape lak?


Mmg x salah beli no plate kenderaan 

Aku pun beli

Tp kalau kau yg ngaku pemimpin islam, cara kau sama je ngan pemimpin DAP dari segi berbelanja, ape yg walaun bodo leh harapkan dari kau?

Belanja kemahen nk yg terbaik, gah, ada nama

Hasil kerja teruk mengalahkan kapir

Pastu dok ngate kapir tu mcm2

Harap kopiah je atas kepala

FITNAH RUPANYA SELAMA INI

 Ooo...jadi selama ni fitnah la yea....jadi nak tanya pak menteri agama fitnah tu berdosa tak?




Guru enggan divaksin tak dibenar mengajar di kelas, kata menteri


Radzi Jidin berkata Kementerian Pendidikan bagaimanapun akan mengeluarkan garis panduan tugasan untuk guru yang enggan divaksin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam kelas dan berinteraksi bersama pelajar apabila sesi persekolahan dibuka 3 Oktober, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana timbul persoalan terhadap guru yang enggan menerima vaksin itu.

Bagaimanapun katanya, Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan garis panduan tugasan untuk guru yang tidak divaksin ini.

“Pada waktu ini, terdapat 2,500 guru enggan divaksinkan di negara ini dan kita akan terus mengadakan sesi libat urus bersama mereka.

“Apabila sekolah dibuka kelak, guru yang tidak divaksinkan ini tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan Bersama Guru Sekolah Rendah Negeri Perlis.

Radzi berkata, pihaknya sedang juga berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan tindakan yang boleh diambil terhadap guru yang masih enggan menerima vaksin.

Katanya, tindakan yang diambil itu adalah mengambil kira keadaan semasa terutama menjelang pembukaan sekolah kelak.

“Jumlah ini tidak ramai dan hanyalah segelintir daripada lebih 400,000 guru di negara ini jadi kita hendak jaga anak kita di sekolah supaya ibu bapa yakin persekitaran di sekolah itu selamat untuk anak kita.

“Ada guru yang tidak dapat divaksin ini atas masalah kesihatan namun ada juga guru yang memberi alasan seperti tidak yakin akan keberkesanan vaksin ini menyebabkan mereka menolak untuk menerima vaksin ini serta pelbagai alasan lagi,” katanya.

Beliau berkata, segala alasan yang dikemukakan guru yang enggan divaksin akan diteliti satu persatu dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan bertemu dan menjelaskan kepada guru terbabit keperluan vaksin dalam memastikan ekosistem keseluruhan sekolah adalah selamat untuk pelajar.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini sebanyak 85.26% guru di negara ini sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Sebanyak 96.7% sudah menerima satu dos vaksin dan pada masa sama juga, kakitangan sokongan di sekolah termasuk pekerja kantin, kita turut mahu pastikan staf sokongan sekolah yang terdiri sektor pekerja kantin, kebersihan dan keselamatan divaksinkan,” katanya.

Beliau berkata, kementerian sudah pun mengeluarkan makluman iaitu mereka yang berada di kawasan sekolah mesti di vaksin.

“Terdapat 73.71% kakitangan perkhidmatan sokongan sekolah sudah lengkap menerima dua dos vaksin manakala 89.35% lagi pula sudah pun menerima satu dos suntikan vaksin,” katanya.

Radzi berkata, sesi pengajaran ketika pembukaan sekolah pada 3 Oktober hadapan akan diputuskan kelak berdasarkan situasi negeri mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara.

“Malah, terdapat perbezaan dari sudut pendekatan pengajaran juga dijalankan mengikut negeri pada fasa PPN ini.

“Segala mekanisma pengajaran ini akan dimaklumkan kelak sebelum bermulanya sesi pembukaan sekolah nanti,” katanya.

INI KENAPA MAZLEE MALIK DIPECAT

 


MOHD MUKHLIS


Petikan dari buku Dr Maszlee membenarkan apa yang saya tulis 18 bulan yang lepas. Ia juga jawapan untuk persoalan saya tempoh hari kenapa Dr Maszlee di pecat.

Ini pentingnya integriti dan prinsip, bukan takat manis di mulut. Bila sudah hilang kuasa baru mahu bicara tentang akta lompat kerusi, masa ada kuasa dia tak kisah pasal semua itu.

"A true leader has the confidence to stand alone, the courage to make tough decisions, and the compassion to listen to the needs of others. He does not set out to be a leader, but becomes one by the equality of his actions and the integrity of his intent."

 


HAAAA...ELOK LAH AMBIL LANGKAH BARU DAN MEMBUKA RUANG JUGA BAHARU..-HADI

 

MOHD MUKHLIS


Harap ayohchik jangang lupa tugas tertangguh membuka semula pusat judi genting. Yerla

 nak harap bentang ruu355, Parlimen pun masih tutup. Pastoking!







PM DARIPADA UMNO, MAKA UMNO MESTI KUASAI KERUSI SPEAKER PARLIMEN

 

Sepatutnya apabila Perdana Menteri bertukar, antara jawatan yang harus turut sama diganti pengisinya ialah Speaker Parlimen.

Apatah lagi bila dalam keadaan seseorang Perdana Menteri itu mempunyai majoriti yang tipis, adanya Speaker Parlimen yang memihak kepadanya yang boleh menolak usul tidak percaya atau mempertahankan kerusi Perdana Menteri dengan pelbagai cara, peranannya adalah seperti penyelamat nyawa.

Bertukar Perdana Menteri daripada sesama parti, misalnya daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Badawi, kemudian daripada Tun Abdullah kepada Najib Razak dalam era BN sebelum ini pun, pertukaran Speaker tetap dilakukan.

Ketika era Tun Mahathir, Speaker Parlimen ialah Mohamed Zahir Ismail, di era Tun Abdullah digantikan dengan Ramli Ngah Talib dan kemudian di era Najib ia diambil alih oleh Pandikar Amin Haji Mulia.

Apabila PH menang, gabungan itu juga memilih Speaker pilihannya iaitu bekas Hakim, Mohamad Ariff Md Yusof.

Kemudian apabila Mahiaddin Md Yasin melakukan pengkhianatan menjatuhkan PH untuk mengejar cita-cita sebagai Perdana Menteri, beliau turut menukar Speaker dengan meletakkan Azhar Azizan Harun sebagai pemegang jawatan itu.

Kini dengan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, beliau juga harus melakukan perkara yang sama iaitu menukar Speaker Parlimen dengan meletakkan calon pilihannya.

Tidak ada sebab untuk Ismail Sabri terus mengekalkan beliau kerana Azhar adalah calon yang diletakkan Mahiaddin di kerusi tersebut.

Dalam keghairahan UMNO tidak mahu lagi mengguna nama kerajaan PN, bahkan Ismail Sabri turut dilaporkan bersetuju dengan panduan MT UMNO agar nama kerajaan “Keluarga Malaysia” atau “Kerajaan Malaysia” digunakan dibawah kepimpinannya, menukar Speaker Parlimen adalah salah satu syarat wajibnya.

Ini kerana Azhar adalah Speaker bagi kerajaan PN sebelum ini dan mengekalkan lagi beliau hanya memperlihatnya lekehnya Ismail Sabri yang seolah-olah sengaja mahu terus dibayangi imej kerajaan lama pimpinan Mahiaddin.

Meskipun Azhar tidak berjiwa besar dengan tidak mahu meletakkan jawatan dan masih mengharapkan beliau dikekalkan di jawatan itu, Ismail Sabri dan UMNO tidak harus ada perasaan simpati terhadapnya.

Ismail Sabri mesti lebih simpati kepada nasib dan kedudukan mereka berbanding simpati kepada Azhar.

Azhar pada 27 Ogos lalu dilaporkan berkata, beliau menyerahkan kepada Ismail Sabri menentukan kedudukannya sama ada khidmatnya masih diperlukan sebagai Speaker Parlimen untuk persidangan sesi Dewan Rakyat akan datang atau sebaliknya.

“Saya menjadi Speaker Parlimen adalah atas ihsan majoriti Ahli Dewan Rakyat, terpulang kepada Perdana Menteri yang memimpin majoriti Dewan sekarang ini untuk menentukannya,” kata beliau.

Daripada gaya cakapnya itu ternampak Azhar masih mahu kekal lagi di jawatannya, meskipun dari segi moralnya, oleh Perdana Menteri sudah bertukar daripada Bersatu kepada UMNO, beliau seharusnya secara sukarela meletakkan jawatannya.

Dengan beliau meletakkan jawatan juga, ia akan memudahkan Perdana Menteri mencari calon pengganti.

Tetapi tidak mengapa, berikutan adanya tidak kurang 15 usul menukar Speaker dalam sidang Parlimen akan datang dan sebahagiannya ditolak oleh Timbalan Speaker daripada Bersatu, Rashid Hasnon, jalan mudah yang mesti diambil oleh Ismail Sabri dan UMNO ialah segera mengenalpasti calon Speaker pilihan yang baru.

Harus dipilih seorang Speaker baru yang bukan saja lebih berwibawa, bahkan juga mesti berjiwa UMNO.

Azhar tidak berjiwa UMNO, sebelum beliau diletakkan oleh Mahiaddin sebagai Speaker Parlimen, beliau adalah Pengerusi SPR yang diletakkan di jawatan tersebut oleh Tun Mahathir.

Kalau UMNO dan Ismail Sabri mahu kekal lama menguasai Putrajaya, tidak ada sebab munasabah untuk mereka mengekalkan lagi calon pilihan Presiden Bersatu sebagai Speaker Parlimen. –


 ShahbudinHusin 03/09/2021.