Terkini !!! Khairy beri bayangan ada harapan boleh rentas negeri dalam masa terdekat

 

Terkini !!! Khairy beri bayangan ada harapan boleh rentas negeri dalam masa terdekat

Khairy beri bayangan ada harapan boleh rentas negeri dalam masa terdekat.

Kerajaan mempertimbang beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat apabila perkara itu dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan.

Kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta rakyat diminta bersabar dan memberi sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan sewajarnya.

“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit,” ujarnya ketika sesi temubual bersama media hari ini.

Khairy beri bayangan ada harapan boleh rentas negeri dalam masa terdekat

Khairy Jamaluddin

Tambahnya, pihaknya akan berbincang perkara itu dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan telah mengemukakan beberapa cadangan MKN dalam masa terdekat.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” katanya.