Salah faham tentang Taliban 2.0 ( Siri 1 )



Benarkah Taliban militan yg dibenci umat Islam?

PERSEPSI MELAHIRKAN KEBENCIAN


Oleh Norman Radzuan 


Dah lama ingin menulis mengenai Taliban sejak mereka berjaya menawan Afghanistan tapi kerana terlalu byk isu semasa politik tempatan bertangguh tangguh utk berbuat demikian. Saya akn menulis dari fahaman dan persepsi saya sendiri. Analisis saya barangkali betul barangkali sebaliknya. Ia agak panjang jadi saya jadikan kpd 3 siri. 


Saya terpanggil menulis kerana ramai juga kalangan rakan2 terutama org2 Melayu kurang memahami konflik yg berlaku di Afghanistan. Org kita (Melayu) mudah terpengaruh dgn persepsi. Ramai yg benci atau takut kpd Taliban sepertimana persepsi mereka kpd Cina DAP. Kenapa ia berlaku?... saya harap mereka membaca dan menilai apa sebenarnya yg berlaku kpd konflik Afghanistan ini.


Minggu lepas ketika berbual di telefon saya beritahu secara sindiran dgn bekas rakan setugas yg kini Penerbit Berita TV, selepas ini apabila Taliban membentuk kerajaan jgn la pembaca berita menyebut kerajaan Taliban tetapi hendaklah disebut kerajaan Afghanistan.


Sedangkan dunia pun tak panggil kerajaan Malaysia sekarang sebagai ‘Kerajaan Keluarga Malaysia’. Kenapa perlu kita memanggil kerajaan Taliban? Jgn terpengaruh dgn media barat yg sengaja mencipta persepsi kononnya Afghanistan kini dibawah kerajaan militan.


Sebenarnya isu Afghanistan ini agak complicated sepertimana sejarah tanahair kita. Ini semua kerana persepsi (campurtangan) ciptaan barat yg mengkucar kacirkan politik negara tersebut. Bukan sahaja dunia luar terkeliru malah rakyat mereka juga terkeliru. Itulah yg cabut lari sampai sanggup duduk di sayap kapal terbang mcm nampak zombie.


Malah persepsi kita tentang geografi Afghanistan juga keliru. Persepsi kita Afghanistan negara yg berdebu (dipenuhi padang pasir), kotor dan sebagainya. Ini kerana seolah disembunyikan byk lokasi indah bak syurga dunia (gambar) di bumi Afghanistan.


Saya mulakan serba ringkas sejarah Afghanistan agar org Melayu memahami siapa sebenar Taliban dan Mujahidin. Benarkah mereka ini militan atau rejim yg sgt kejam dgn rakyatnya sendiri? Adakah mereka ini lebih teruk daripada penjajah Soviet atau Amerika?


Mereka yg seusia dgn saya, masih anda ingat di era persekolahan dahulu (era 80an) apabila puak Mujahidin menentang tentera Soviet Union? Peperangan itu berlanjutan selama 9 tahun dan berakhir pada tahun 1989.


Bila berlaku perang Soviet dan Mujahidin, Amerika mengambil kesempatan memburukkan Soviet Union sebagai negara yg zalim kpd umat Islam. Propaganda Amerika bukan sahaja melalui media massa tetapi turut  menggunakan filem2 utk meracuni penduduki dunia bahawa Soviet adalah musuh Islam. 


Antaranya masih anda ingat filem Rambo 3? Seorang lelaki bernama John Rambo dtg seorang diri berjuang bersama puak Mujahidin hingga tewas tentera Soviet…haašŸ˜‚.


Amerika bukan sahaja menyerang Soviet dari sudut psikologi atau persepsi tetapi turut menghulurkan bantuan senjatan kpd pejuang Mujahidin.Khabarnya ketika itu ada juga rakyat negara kita yg dtg berjuang bersama pejuang Mujahidin kerana terpengaruh dgn laungan syahid.


Ketika itu Soviet dan Amerika adalah seteru atau kuasa besar yg saling bersaing menunjukkan kekuatan ketenteraan mereka. Namun akhirnya Soviet istihar berundur dari bumi Afghanistan. Dlm istilah sebenar mereka bukan tewas kpd Mujahidin tetapi terpaksa berundur kerana kos ketenteraan yg terlalu tinggi. Implikasi dari perang ini juga merupakan antara faktor runtuhnya rejim Soviet Union hingga dikenali sebagai Russia sahaja.


Malah Presiden Afghanistan, Kamal iaitu Presiden boneka Soviet juga dikatakan tidak mempunyai pengaruh di kalangan rakyat Afganistan. Kamal gagal membentuk ketenteraan yg kuat dan hanya bergantung kpd tentera Soviet utk mempertahankan kerajaannya.


Itu sejarah yg kita ketahui atau ingati. Saya mengajak utk kita mengenali sejarah lebih awal dari itu. Afghanistan sebelum 1973 mereka adalah sebuah negara monarki. Selepas itu seperti negara2 lain mereka menuju ke sebuah negara Republik dimana ketua kerajaannya adalah Presiden.


Siapa Mujahidin dan siapa Taliban? Saya agak steptikal apabila MP Muda, Syed Saddiq menyerang Taliban seolah-olah sebagai puak pelampau atau malapetaka kpd rakyat Afganistan. 


Saya tidak menyokong Taliban 1.0. Byk salah dan silap mereka ketika kali pertama menjadi kerajaan terutama kpd kaum wanita. Tetapi Taliban 2.0 ini saya melihat ada perubahan. Persoalannya kenapa dunia atau org Melayu lebih menyokong penjajahan Amerika melalui Presiden boneka mereka, Ashraf  Ghani berbanding ia diperintah sepenuhnya anak watan Afganistan???


Mujahidin dikatakan puak yg berjuang menentang Soviet dan Taliban puak terpelajar yg dicipta nama tersebut utk golongan intelektual. Taliban dari bahasa Urdunya bermaksud pelajar bukan bermaksud pengganas. 


Puak Taliban mentadbir urus pada tahun 1994 dianggap militan kerana tindakan mereka yg terlalu ekstrims. Namun dari maklumat yg saya perolehi Taliban 1.0 dan Taliban 2.0 jauh berbeza. Taliban 2.0 dikatakan kelompok pelajar2 yg diusir di zaman Taliban 1.0. Malah Taliban 2.0 dilihat lebih fleksibel atau tidak ektrims seperti dahulu.


ESOK.... DISKRIMINASI KPD WANITA ADALAH SERANGAN DUNIA KPD TALIBAN DAN KENAPA AMERIKA TINGGALKAN AFGHANISTAN