RIYA' LEBIH DEKAT DENGAN IBADAH DAN SOLAT..



1- Ramai dari kalangan kita silap faham tentang maksud Riya' dengan maksud memperlihatkan kemewahan dan harta benda..Sedangkan di dalam Quran dan hadis, Begitu juga pandangan Ulama'.. Riya' lebih dekat dengan maksud memperlihatkan Ibadah, Terutama Solat..Mutaakhir ini aku bimbang, Pelakunya datang dari kalangan Alim Ulama' dan Pendakwah..


2- Riya'(الرياء) tu sendiri pada sudut bahasa membawa maksud  dari kata kerja raa' ( راءى) yang bermakna memperlihatkan. Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari juga menulis “Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan tujuan  untuk dilihat manusia, dan mengharapkan mereka memuji pelaku amalan itu”... Sebahagaian Ulama lain memberikan maksud yang sama, Yakni..


وَالرِّيَاءُ إِيْقَاعُ الْقُرْبَةِ لِقَصْدِ النَّاسِ


“ Riak adalah melakukan ibadah kerana mengharapkan kepada manusia supaya mendapat keuntungan darinya (pujian dan penghormatan) ”


3- Riya' Juga lebih dekat dengan ibadah seperti Solat, Selepas ancaman (فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّيْنَۙ ) kepada mereka yang lalaikan Solat Dalam Firman Allah seterusnya membawakan ayat ini..


الَّذينَ هُم يُراءونَ


 "orang-orang yang berbuat riya.."


4- Namun di dalam hadis Nabi SAW, mengingatkan akan maksud "asy-syirk al-ashgar" dan Syrik Khafi.. Yakni Syirik kecil atau syirik yang tersembunyi terutama melibatkan hal Ibadah.. Apapun..


نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ


"Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”.


5- Sudah pasti kita tidak lah boleh menghukum seseorang itu, Riya'.. sebab ianya adalah urusan hati.. Namun kita kena bezakan antara orang yang  melaporkan apa yang mereka lihat dan memperlihatkan.. Sebagai contoh Almarhum TG Nik Aziz pernah dilaporkan rutin harian termasuk Ibadahnya, Bukan memperlihatkan Ibadahnya sendiri..


Penyakit kebanyakan Ulama' hari ini bukan sahaja dalam Ibadah hatta dalam Sadaqah dengan sengaja memperlihatkan .. Malah diangkat di media sosial sendiri.. Sehingga kan mereka tidak dapat bezakan Ibadah yang harus diperlihatkan atau tidak sehinggakan solat tahajjud dijadikan siaan live..


6- Jadi hari ini apa yang dihairankan dengan Riya' orang biasa, Orang Jahil diluar sana, Jika agamawan sendiri menjadi contoh Ibadat mereka untuk diperlihatkan.. Bagaimana mereka sendiri gagal membezakan urusan Ibadah peribadi dan umum ? Jadi jangan marah jika tindakan mereka menimbulkan fitnah dan dijadikan ejekan..


Apapun, Ianya adalah peringatan untuk diri sendiri.. Prinsip Ibadah itu antara kita dengan Allah..Sebagaimana Firman Allah SWT.. 


" قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّـهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ.."


 “Katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-Nya”. 


[ Surah al-Zumar: ayat 11 ]


Ipohmali 


tazkirah Jumaat


3 Sept 2021