ADA MENTERI PUN BAHLOL

 

HAMDAN TAHA


May be an image of one or more people and text that says "4:34 Search AA 4G google.com.my Vaksin COVID-19: Denda, kompaun untuk orang potong giliran- Khairy Ridauddin Daud Mac 2021 07:01 MYT Menurut Khairy Jamaluddin, kerajaan juga sudah mewujudkan 'Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan bagi memastikan isu potong giliran tidak berulang. Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR PUTRAJAYA: Kerajaan mempertimbangkan tindakan denda dan kompaun kepada mana-mana individu yang didapati memotong giliran untuk mendapatkan vaksin. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19"

HAMDAN TAHA


Kita setuju la...tapi orang biasa macam kami ni mana ada kebolehan dan kemampuan potonh Q ni bro...

Kerajaan PN ni punya undang undang pening rakyat dan penguatkuasaan. Semalam polis saman orang yang tak up date mysejahtera....hari ni MKN kata tak boleh saman pula kecuali orang yang ada keluar negara...

Jika tak up date mysejahtera boleh kena saman....kaya lah kerajaan sebab 99 peratus rakyat tak berbuat begitu pun...tambah orang tua yang semakin ramai ...naya lah kami...ada menteri pun bahalol

PERCATURAN POLITIK MENGATASI KEMANUSIAAN

 

HAMDAN TAHA


Politik mengatasi keadilan manusia....saya percaya selangor di biarkan mendapat vaksin sedikit kerana negeri ini di takbir oleh pembangkang...

Kes selangor paling tinggi...penduduk paling padat tapi menerima vaksin sikit....ini ke kerajaan islam


 May be an image of 1 person, sitting and text that says "malaysiakini BERITA elangor Royal Office Facebook Sultan Selangor terkejut neger negeri dapat dos vaksin tak seimbang Diterbitkan sejam lepas Dikemaskini 23 minit lepas 5"

Panas! Sumber dedah kedudukan Samsuri sebagai MB Terengganu genting?



Panas! Sumber dedah kedudukan Samsuri sebagai MB Terengganu genting?


PAS dijangka hanya dapat mentadbir Terengganu satu penggal ekoran pergolakan dalaman dan isu membelit menteri besar termasuk hubungan dingin dengan istana, kata sumber parti dan penganalisis.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, isu melibatkan Ahmad Samsuri Mokhtar kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandang menteri besar itu.

Hinggakan, Timbalan Menteri Sains Teknologi Inovasi Ahmad Amzad Hashim terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana, kata sumber.

Seorang sumber pemimpin PAS Terengganu yang enggan namanya disebut itu berkata, selain itu menteri besar juga dilihat kurang menumpukan isu negeri berkenaan.

“Dinginnya hubungan Ahmad Samsuri dengan pihak istana atas beberapa isu kerana menteri besar itu dilihat tidak pandai menjaga hubungan dengan pihak istana.

“Biarpun keadaan sekarang (PAS) masih boleh bertahan namun pihak istana kini melihat PAS menghadapi masalah memerintah Terengganu terutama menteri besar kini lebih banyak menumpukan hal di kerajaan pusat,” katanya.

Sumber mendakwa, ia berikutan Ahmad Samsuri kini sedang mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen bagi menyertai kabinet kerajaan Perikatan Nasional akan datang.

PERINGATAN MESRA DARI STUDIO BIRUMUDA


May be an image of 5 people, headscarf and text

Saksikan sesi FB live 9 Jun ini, 9.00pm anjuran Studio Biru Muda : “Vaksin - Ini Ghetiaq Kita” bersama :

• Mufti Pulau Pinang - Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim

• Exco Kesihatan Pulau Pinang - YB Dr. Norlela Ariffin

• Ahli Parlimen Permatang Pauh - Nurul Izzah Anwar

• Pakar Perunding Respiratori - Dr. Helmy Haja Mydin.

Pautan :

https://www.facebook.com/Studio-Birumuda-103715441712993

 

Sultan Selangor terkejut bekalan dos vaksin tak seimbang dengan penduduk-TUANKU TANYA MAT KHAIRY..DENGAR KATA 5 BILLION..AIKKK...

 

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, peruntukan vaksin adalah tidak adil kerana ia sama sekali tidak seimbang dengan populasi keseluruhan negeri Selangor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri itu, bukannya 2.9 juta seperti didakwa sebelum ini.

Setiausaha sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani berkata, baginda menegaskan peruntukan itu adalah tidak adil kerana ia sama sekali tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk Selangor.

“Baginda terkejut apabila disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), sehingga 1 Jun lalu, Selangor hanya menerima sejumlah 615,210 dos vaksin Covid-19, bukan 2.9 juta dos seperti didakwa sebelum ini.

“Tegas baginda lagi, adalah tidak adil apabila nisbah jumlah pemberian dos vaksin ketika ini tidak seimbang dengan jumlah populasi keseluruhan di negeri Selangor yang berjumlah 6.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Munir juga menegaskan baginda mengingatkan bahawa Selangor adalah penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, justeru keutamaan wajar diberikan kepada negeri terbabit.

Kata Munir, dalam situasi sekarang Sultan Sharafuddin berpendapat nyawa rakyat haruslah diberi keutamaan berbanding agenda lain.

“Nyawa rakyat haruslah diberi keutamaan berbanding agenda lain,” katanya.

Katanya, Sultan Selangor juga mahu jumlah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor ditambah, khususnya di kawasan luar bandar.

“Baginda berpandangan pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi,” katanya.

Pada masa sama Munir berkata, Sultan Selangor turut memuji langkah kerajaan negeri yang kini agresif melakukan ujian saringan Covid-19 secara percuma untuk rakyat.

Sultan Selangor turut berharap, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJABV) mempercepat dan menambah bilangan dos vaksin untuk rakyat negeri itu.

Dalam pada itu Munir berkata, Sultan Selangor juga melahirkan rasa kecewa baginda susulan kewujudan golongan antivaksin di negeri itu.

“Baginda kecewa dan tidak berkenan dengan kewujudan golongan antivaksin di Selangor dan berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pemahaman terpesong seumpamanya.

“Baginda percaya vaksin mampu menyelamatkan nyawa individu dan juga sesebuah komuniti, khususnya daripada wabak berbahaya seperti Covid-19,” katanya.

Katanya, Sultan Selangor juga bimbang jika masih ada individu atau kumpulan yang berdegil untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, sasaran untuk mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini tidak akan tercapai.

WOIIII...KAU APA HAL.????

 May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini BERITA K'jaan gagal 'kawal' 23 tauke minyak masak kata PAS Nov 2016, 5:17 om Dikemaskini 5 tahun lepas"

Terkini! LKIM akan bawa masuk nelayan warga asing dari Vietnam dan Thailand, kata Syed Abu Hussin

 


Terkini! LKIM akan bawa masuk nelayan warga asing dari Vietnam dan Thailand, kata Syed Abu Hussin

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengesahkan pendaratan hasil laut di seluruh negara merosot lebih 10 peratus dalam menampung permintaan harian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, keadaan itu berlaku kerana bot laut dalam kurang beroperasi akibat masalah ketiadaan pekerja warga asing khususnya tekong dan awak-awak yang tidak dapat dibawa masuk ke negara ini.

Menurutnya, pada masa sama LKIM mendapati nelayan tempatan menunjukkan reaksi kurang minat selain tidak mampu melakukannya kerana perlu berada di laut untuk tempoh yang lama antara seminggu hingga dua minggu.

“Bagi mengatasi masalah ini, LKIM sudah berjumpa dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan kita mendapat kelulusan untuk membawa masuk pekerja warga asing dari Thailand dan Vietnam.

“Namun disebabkan negara sedang melaksanakan PKP, jadi tiada sebarang kemasukan (warga asing) dapat dibuat dan kita membuat rayuan agar dipertimbangkan kemasukan pekerja warga asing ini melalui mana-mana pintu sempadan.

“Difahamkan, permohonan itu sedang dipertimbangkan, namun negara penghantar perlu melalui proses dokumentasi atau permohonan khusus Malaysia Travel Pass (MTP) sebelum pekerja terbabit dibenarkan masuk ke negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan 1,500 bungkus atau 1.5 tan metrik ikan sejuk beku kepada petugas barisan hadapan untuk diagihkan kepada 1,218 penduduk Taman Berkat, di sini, yang menjalani kuarantin.

Menurutnya, sebaik proses dokumentasi atau permohonan MTP selesai, LKIM akan membantu mengetengahkan permohonan mereka kepada JIM bagi membolehkan mereka masuk melalui mana-mana pintu sempadan.

“Namun, pekerja warga asing itu perlu melalui proses saringan ujian Covid-19 dan akan dikuarantin di pusat kuarantin dengan kos kuarantin ditanggung pihak syarikat atau negara pengeluar,” katanya.

BARU SAJA ANAK KAU KATA RAKYAT SAMPAH(TERENGGANU LA) KINI ADUN AKAN TOLAK BAPAK KAU MACAM SAMPAH

 Panas! Tular surat akuan berkanun ADUN Terengganu tolak Samsuri sebagai MB?

Panas! Tular surat akuan berkanun ADUN Terengganu tolak Samsuri sebagai MB?

Kedudukan Menteri Besar Terengganu kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana dan juga usaha pimpinan lain dalam Pas untuk mengambil alih tempat beliau.

Satu borang “SURAT AKUAN BERKANUN” sudah disediakan untuk membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan mereka menolak Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai menteri besar.

Ia didakwa disediakan untuk Adun kedua-dua parti samada dari Pas yang mempunyai 22 Adun ataupun Umno yang mempunyai 10.

Menurut borang itu, bermula daripada Mac 2020 sehingga Jun 2021 dan juga berdasarkan keadaan politik terkini Negeri Terengganu yang kurang stabil dalam keadaan pandemik Covid-19, berlakunya beberapa insiden ketidakpercayaan terhadap kepimpinan menteri besar yang sedia ada.

Mereka mendakwa wujudnya ketidakseimbangan dalam memanifestasikan agenda kebajikan rakyat dan seolah-olah mengutamakan beberapa keutamaan yang tidak perlu.

Oleh itu, kata borang itu, wujud satu keperluan berdasarkan daripada desakan rakyat bawahan untuk mencadangkan suatu pilihan baru bagi jawatan Menteri Besar untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Oleh yang demikian, Pihak kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar (ADUN Rhu Rendang) sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Justeru itu, pihak kami dengan penuh tawadhuk dan suci hati mencadangkan agar Menteri Besar baru bagi Negeri Terengganu Darul Iman dilantik berdasarkan pertimbangan dan pandangan wajar daripada KDYMM Al-Sultan Terengganu Darul Iman setelah menimbangkan segala nasihat dan pandangan yang selaras dengan kepentingan rakyat ,” kata borang akujani berkanun itu.

Mereka juga bersetuju sekiranya Sultan Terengganu mencemar duli memanggil setiap ADUN Negeri Terengganu untuk menyoal dan menyatakan pandangan mereka secara satu persatu berkenaan calon Menteri Besar Negeri Terengganu berdasarkan hak Baginda di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu.

Menurut sumber dari Terengganu, penyediaan borang dan gerakan ini diusaha oleh seorang ahli parlimen Pas selepas beliau mempunyai masalah dengan Ahmad Samsuri.

Ia dibuat ketika Presiden Pas yang juga ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sejak dari awal lagi, pemilihan Samsuri sebagai MB tidak disenangi oleh sebahagian pemimpin Pas di Terengganu kerana walaupun berasal dari Besut, Terengganu beliau tidak pernah aktif dalam politik tempatan di negeri kubu Pas itu.

Beliau hanyalah Setiausaha Politik Presiden Pas di Kuala Lumpur dan kemudiannya mengambil alih kerusi Rhu Rendang, tempat Hadi bertanding sebelum ini.

Pagi ini, portal berita The Malaysian Insight melaporkan Samsuri mempunyai masalah dengan Istana Terengganu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, isu melibatkan Ahmad Samsuri Mokhtar kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandang menteri besar itu.

MENGADAP AGONG PELUANG TERBUKA UNTUK BERTERUS-TERANG



Sejak semalam, keadaan dalam negara agak bergegar dengan berita mengenai Yang Dipertuan Agong diberitakan akan memanggil ketua-ketua parti untuk mengadap baginda pada 9 hingga 11 Jun ini.


Meskipun gambaran awal mengatakan pertemuan itu berkemungkinan berkenaan sesuatu perubahan dalam negara, tetapi semakan dengan pelbagai pihak mengatakan ia lebih bertujuan untuk Agong mendapat gambaran atau pandangan berhubung situasi semasa dalam negara daripada ketua-ketua parti yang ditemui itu.


Khusus dikatakan yang menjadi perhatian serius baginda ialah berkaitan isu Covid19 dan proklamasi darurat yang sedang membelenggu resah serta gelisah rakyat ketika ini.


Dengan demikian, haruslah disedari bahawa pertemuan dengan ketua-ketua parti itu dengan sendirinya menyerlahkan keprihatinan Agong terhadap keadaan negara yang tidak menentu, ditambah dengan lemahnya kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin dalam memimpin negara.


Sehubungan itu, usaha baginda mengadakan pertemuan itu bukan saja sesuatu yang baik, malah harus dipuji kerana Agong sebagai ketua negara terbukti memahami denyut nada rakyat di bawah ini.


Bagi tujuan mendapat maklumat yang lebih jelas dan telus, difahamkan pertemuan itu akan dilakukan secara seorang demi seorang mengadap baginda di Istana Negara.


Maklumat lain menyebut, selepas pertemuan dengan ketua-ketua parti nanti, turut menyusul kemudiannya ialah mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.


Begitu pun, apa yang penting di sini, semua ketua-ketua parti yang selama ini telah secara terbuka menzahirkan bahawa kerajaan PN ini gagal mentadbir negara, gagal mengurus Covid19, gagal membina ekonomi, gagal menjaga rakyat dan gagal menjamin demokrasi yang subur sehingga Parlimen dimandulkan, mereka haruslah berterus-terang dan menyatakannya secara jujur pandangan mereka kepada baginda.


Mereka juga harus memaklumkan kepada baginda bahawa darurat ini bukan setakat gagal membendung Covid19 dan tidak terlihat fungsinya untuk memerangi wabak tersebut, yang menonjol hanyalah bagaimana ia telah diselewengkan tujuannya semata-mata untuk menongkat kuasa Mahiaddin yang semakin genting sebagai Perdana Menteri.


Dengan itu, darurat ini wajar ditamatkan dan lebih baik lagi jika dipercepatkan tarikh penamatannya.


Berdasarkan kepada segala kegagalan itu, yang busuk dan tercemar kini tidak saja PN sebagai kerajaan dan parti-parti yang menyokongnya, malah nama serta imej negara yang dinaungi Agong juga.


Jika ramai ketua parti atau sebahagian besar daripada mereka yang mewakili majoriti Ahli-Ahli Parlimen dapat berbuat demikian, kebarangkalian negara ini dapat diselamatkan adalah lebih cerah lagi.


Ketua-ketua parti, sama ada dalam PH dan blok pembangkang yang selama ini memang diketahui sentiasa menegur kerajaan, mereka harus menganggap pertemuan dengan Agong yang bermula esok itu sebagai suatu peluang terbuka dan keemasan yang datangnya hanya sekali saja.


Lebih penting lagi ialah buat UMNO, walaupun mereka sebahagian daripada kerajaan, tetapi oleh kerana lebih berwatak pembangkang sejak kebelakangan ini, inilah juga masanya untuk mereka menyatakan pendirian sebenar tentang kerajaan PN.


Semuanya mesti memberi gambaran yang sebenar, betul dan jujur kepada Agong mengenai keadaan negara ini di mana selain Mahiaddin telah terbukti gagal selama ini, kerajaan PN hanya akan menambah lebih banyak rekod kegagalan lagi jika terus memimpin negara ini.


Hanya dengan berterus-terang dan tidak lagi terus mempertahankan kerajaan gagal ini, barulah ada sinar di hujung terowong kepada mungkin atau perlunya sesuatu dilakukan untuk memulih dan menyelamatkan negara ini daripada terus berada dalam kegagalan.


Jika tidak, sama-samalah kita bersedia untuk tenggelam dengan kegagalan yang semakin hari semakin parah ini. (ShahbudinHusin 8/6/2021)

LEBAI TUKAR DALIL

 

HAMZAH RIE NA

Macam biasalah, mula-mula  mereka kata fitnah. Selang Tak berapa jam keluar la dalillll. Untuk meyokong yang mula-mula  kata fitnah bagaiiiii. La haiiiii lebai oiiiiii.

 

May be an image of 1 person, sitting and text that says "astrol AWATNI TERKINI ENGLISH MALAYSIA VIDEO DU Ford Raptor oruntuk mudah MB pantau pembalakan haram Astrol Awatni 7 Jun 2021 14:31 MYT"

Majlis Raja-Raja akan adakan mesyuarat tergempar, kata laporan

 

PETALING JAYA: Majlis Raja-Raja Melayu akan mengadakan mesyuarat tergempar pada 16 Jun untuk membincangkan keadaan Covid-19 di Malaysia, menurut sebuah laporan.

Memetik sumber, The Straits Times Singapura berkata pertemuan sembilan ketua keluarga diraja itu akan diadakan di Istana Negara, selepas Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemimpin politik dalam masa tempoh terdekat.

Difahamkan, pertemuan itu diatur hanya beberapa hari lalu berikutan krisis memerangi Covid-19, program vaksinasi yang lembab ditambah desakan mahukan darurat ditamatkan dan Parlimen bersidang semula.

“Ini bukan Persidangan Raja-raja, sebaliknya mesyuarat tergempar khas,” kata sumber kepada akhbar berkenaan tanpa mengulas lanjut.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 30 Jun dan 1 Julai, selepas ditangguh kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Terdahulu, ahli politik pembangkang Khairuddin Abu Hassan berkongsi di Twitter bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memperkenan menerima menghadap pemimpin semua parti politik.

Terdahulu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MIC S A Vigneswaran dan Presiden MCA Wee Ka Siong memberitahu FMT mereka belum menerima sebarang jemputan rasmi dari Istana Negara.

PKR SIAP SEDIA SIDANG PARLIMEN AKHIR JUN


VIDEO YDPA, INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU - BENTENG PERTAHANAN TERAKHIR UNTUK SEL...

VIDEO Isu Semasa: Apakah yang diharap oleh rakyat dari pertemuan YDPA dengan k...

VIDEO LOKMAN HENTAM KERAJAAN PN : Kerajaan PN Bakal Masuk Gaung...

VIDEO : PANAS!!! KHALID SAMAD SANGGAH KENYATAAN TENGKU ZAFRUL?

LOBAI AYAQ SELUT PI JENGOK KERETA…



Bob Kelanang

 

Satu masa dulu kata Bellpire KEP5000 milik SADA, beli sebab SADA untung untuk kegunaan tetamu, ke tetamu itu hanya MB? Kes air 20 ribu penduduk Kuala Kedah sudah selesai ke belum? 

 Tapi kalau untuk kegunaan SADA, pasal apa letak nama Menteri Besar kat plat? letak la nama Pengerusi SADA ke? Dah la tu, apa urusan SADA sampai ke Penang? Awat jajahan SADA sampai ke tol Juru kah?

 Dia kata RnR tutup, padahal banyak saksi kata RnR buka dan SOP MKN siap kata RNR tak tutup. Jadi hangpa nak muhong sapa? Dah kantoi terang-terang pergi showroom, mengaku kan senang. Situ memang ada kedai kereta aje, tak caya hangpa tengok google streetview ini, mana ada kedai makan tang tu. 

 Ini pula ulasan lebai...

 Jadi betoilah dia pi jengok showroom tu? Tak pernah dibuat orang singgah Ford Showroom cari makanan. Makan sup tayar dan minum minyak pelincir kot?  Ada pula netizen yang jumpa dan telah menyaksikan peristewa ini - Tarmizi Mohd Jam


SEMBANG BAB EKONOMI,SAMPAI SEKARANG APA PUN TAK BOLEH BUAT...MINYAK MASAK PUN TAK BOLEH KONTROL...


 

PERJUMPAAN HANYA UNTUK PARTI POLITIK YANG TELAH BERDAFTAR-YANG TAK DAFTAR LAGI DOK DIAM DIAM


Farzuddin Puad

 

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka bertemu pemimpin parti politik mulai Rabu ini, kata sumber kepada The Malaysian Insight.

 “Pertemuan bagaimanapun hanya terhad kepada parti politik yang mendaftar,” kata sumber Putrajaya kepada The Malaysian Insight.


CARILAH CALON LUAR DARI PARTI LEBAI


 

MOHD MUKHLIS


Ni contoh kenyataan yang objectifying women, especially widower. Bagi lebai, perempuan itu sama taraf dengan kereta, penat Nabi Muhammad s.a.w angkat wanita dalam Islam 1400 tahun dahulu. Mereka ini adalah fitnah buat agama, penghambat hidayah dan asbab orang lagi jauh dari Islam. Tapi padan la depa boleh cerai bini ikut wasap lepas kawin di sempadan. 

Sebab itu Allah tak bagi mereka kuasa melalui pilihanraya, tapi melalui pengkhianatan, itu kenyataan dari lebai macam tak cukup IQ, apalah dosa rakyat kedah dapat MB yang ceroi macam ini. Langgar SOP tu satu perkara, pastu muhong lagi, kini nak degrading janda pula.. Yang paling tak boleh nak brain, macam ini punya loqlaq pun masih ramai yang dengar dan taat.

Moral of the story, selagi boleh elak, carilah calon lelaki yang luar dari parti lebai. Mereka ini bukan sahaja tak bertanggungjawab, bila berlaku zalim sahaja mereka akan petik Allah dan Rasul untuk menghalalkan kebobrokan nafsu mereka.


BETUL PH BUKAN ANWAR PUNYA .TAPI TUN MAHATHIR BUAT PH MACAM BAPAK DIA PUNYA


 

Betul la tu.  PH bukan Mahathir atau Anwar punya.  Tapi, Mahathir buat PH mcm bapak dia punya, buktinya dia sesuka hati buat keputusan jatuhkan kerajaan PH dgn perletakan jawatannya sbg PM.  Sbb itu, kami kutuk Mahathir, kutuk Mahathir bukan maksud kutuk PH.  Terbaru, Mahathir pun kutuk PH bila dia kata PH parti yang memberi beban kepadanya.  Itu pun masih ada pimpinan dlm PH yg membela si saka tua tu?  Selutut sungguh pimpinan itu.

 

 W.FAUDZIN


IMBAS KEMBALI SIAPA ATOK 95


Maha Rani

 

Di tengah² kehangatan khabar² pertukaran kerajaan dan cakap² tentang calon PM PH ni, ada terbaca komen² kata DSAI susah, tak mahu mengalah dengan Tun..

 Mereka seakan² mendesak DSAI supaya mengalah dan beri peluang pada Tun M untuk menjadi PM buat kali ketiga😊

 FAKTA :- Orang yg menuduh orang lain gila jawatan, tapi dia sendiri mahu jadi PM buat kali ketiga pada umur 94 tahun, 6 tahun sebelum cukup 100 tahun🙂

 Yang hairannya, mereka tidak pula meminta supaya Tun M yang mengalah🤔.. 

Sepatutnya mereka mintalah kepada Tun supaya mengalah dan beri peluang pula pada DSAI.. kan? Barulah adil.😊

 Sebab, Tun M pun sehingga kini beliau tidak pernah mahu mengalah, walaupun Tun M itu bukanlah lagi sebahagian dari PH malah beliau pun tiada parti pula kini.

 Jika kita mahu berbicara bab "mengalah" ini..

Sebenarnya, DSAI sudah lama mengalah.. 

 DSAI, Wan Azizah, Nurul Izzah pernah menceritakan betapa sukarnya untuk mereka ketika menerima permintaan Tun M untuk bekerjasama bagi menumbangkan Najib, tapi mereka mengalah dan mengenepikan perasaan peribadi demi negara..

 Juga mungkin masih ramai yg tidak tahu bahawa pada malam kedua kemenangan PH pada PRU14, 2 tahun lepas,  YDP Agong menelefon DSAI bagi memaklumkan baginda berkenan melantik Kak Wan sebagai PM.. (DSAI ketika itu di hospital bawah kawalan pihak penjara)

 Ketika itu Agong mendapati Kak Wan adalah individu yg paling layak dan berhak kerana Kak Wan adalah Presiden KEADILAN, kesemua MP PH bertanding di bawah bendera parti KEADILAN, Kak Wan lah yang menandatangani watikah semua calon PH termasuklah Tun M sendiri, pada malam itu, Kak Wan mengalah dan DSAI juga mengalah, kedua mereka meminta Agong melantik Tun M sebagai PM kerana itu adalah konsensus PH.

 Apabila KEADILAN menghantar nama² pemimpin mereka untuk sertai kabinet selepas PRU14, banyak nama yg Tun M tolak, tidak cukup dengan itu Tun M melantik pula nama yg tiada dalam senarai sebagai menteri, antaranya ialah Azmin Ali, namanya tiada dalam senarai yg dihantar oleh KEADILAN untuk menjadi Menteri kabinet, kerana Azmin Ali pada waktu itu adalah MB Selangor..

 Tindakan Tun M itu dibalas DSAI dengan terpaksa mengalah sekali lagi demi tidak mahu PH retak, Rafizi ada suarakan bantahan tapi kemudiannya ditenteramkan DSAI.

 Ketika Tun M mahukan tempoh memegang jawatan PM dilanjutkan dari 1 tahun kepada 2 tahun, DSAI mengalah.

 Kemudian Tun M mahu jawatan PM yg disandang beliau  dilanjutkan dari 2 tahun kepada 2 tahun setengah pula, DSAI tetap mengalah..

 Tidak cukup dengan itu, ketika Tun M mahu pula jawatan PM dilanjutkan dari 2 tahun setengah kepada tiada tarikh khusus perletakan jawatannya meskipun ianya bermakna boleh jadi Tun meletakkan jawatan sehari sebelum PRU15, DSAI masih mengalah.

 Selepas Tun M meletakkan jawatan PM pada 24 February,  ketika Agong memanggil kesemua MP untuk memilih individu yg bakal menjadi PM, ketika itu undi ke atas DSAI mengatasi Tun M, Namun pada akhirnya PH memutuskan untuk menerima semula Tun M sebagai calon PM bagi PH, DSAI mengalah untuk kesekian kalinya, namun ketika itu cubaan Tun M untuk jadi PM kali ketiga gagal apabila Agong enggan lagi untuk bertemu Tun M.

 Banyak kali DSAI mengalah..

Namun dalam perjalanan 22 bulan PH itu, tidak sekali pun Tun M mahu mengalah,  tidak pernah sekali..

 Jadi mengapakah kalian masih mendesak supaya DSAI mengalah? Mengapa tidak minta  Tun M yg mengalah? Tun sudah diberi peluang menjadi PM selama 22 bulan dan akibat dari itu PH menerima imej buruk dengan pelbagai tindakan dari Tun M yang tidak selari dengan prinsip perjuangan PH.

 Akhirnya PH tumbang akibat tindakan Tun M sendiri.

 Jika kalian termakan kata² Tun M  bahawa DSAI tidak cukup sokongan, apakah Tun cukup sokongan pula tanpa KEADILAN?

 jika tidak berani untuk bersuara meminta supaya Tun M mengalah buat pertama kalinya, janganlah kalian mendesak DSAI supaya mengalah pula..


BETUL KA KES KOBID DAH TURUN kerana 'Full Lockdown' yang 'ESSENTIAL' tu?


 

MOHD MUKHLIS


Sudah dijangka, angka kes baharu dah turun berikutan jumlah saringan telah dikurangkan hari demi hari. Dah buat 'Full Lockdown' ramailah yang dok kat rumah, kurang pergi buat saringan.


Bila nak naikkan angka kes.. buatlah saringan banyak-banyak. Bila nak turunkan angka kes.. kurangkan lah pulak buat saringan 😂😂


#KerajaanGagal

#dsaimemacukehadapan

#covidmenurun


KADAR UJIAN COVID19 DITURUNKAN KETIKA KES JANGKITAN MENINGGI SATU LAGI BUKTI #KERAJAANGAGAL – ANWAR

 

Sejak tujuh hari lalu, Kementerian Kesihatan telah melaporkan purata kes jangkitan Covid-19 sebanyak 99,094 kes. Kadar pengujian semakin menurun meski kadar jangkitan positif yang tinggi.

Kadar pengujian yang paling tinggi dilakukan satu hari adalah pada 4 Jun di mana 105,293 kes dilaporkan.

Saya telah mengajukan persoalan tentang rasional menurunkan kadar pengujian semasa PKP di mana kita tahu kes-kes sporadik sedang meningkat, kematian meningkat dan variasi terus merebak, dan ini ternyata membimbangkan.

Saat PKP ini mesti dimanfaatkan untuk membendung penularan wabak ini secara proaktif.

Pakar-pakar perubatan juga turut mempersoalkan tentang rendahnya kadar pengujian kita, dan mereka juga percaya bahawa laporan kes harian tidak menggambarkan jumlah kes jangkitan yang sebenar.

Logik mengatakan sekiranya kadar positif kes Covid-19 berada pada kadar 7% atau lebih, ia bermakna mengurangkan kadar pengujian akan memberikan gambaran yang salah tentang kes-kes jangkitan Covid-19.

Kesannya adalah lebih ramai yang dijangkiti Covid-19 tidak akan dikuarantin, lebih ramai yang akan menjangkiti yang lain, dan dalam beberapa minggu yang mendatang kita akan dibebankan dengan gelombang kes yang menggila tinggi dan juga kadar kematian tinggi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan 10-30 pengujian untuk setiap satu kes yang telah disahkan. Berdasarkan syor dari WHO ini, kita harus lipatgandakan kadar pengujian.

Saya mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, apakah rasional keraaan untuk tidak meningkatkan kadar ujian sekarang selain hanya untuk menutup kelemahan kerajaan untuk membendung wabak ini dan hanya menunggu fasa vaksinasi besar-besaran yang akan bermula pada bulan Julai atau Ogos ini.

Demi rakyat Malaysia, saya benar-benar berharap sebab untuk mengurangkan kadar pengujian bukan untuk menggambarkan kes semakin menurun bila secara realitinya kerajaan terus gagal dan rakyat terus mati.

Dengan pengujian besar-besaran kita akan mendapat gambaran sebenar tentang penularan wabak Covid-19, ambil langkah-langkah proaktif untuk kuarantin dan pengesanan kontak bagi melindungi warga yang terdedah dengan marabahaya untuk tiga bulan mendatang.

Saya telah menggesa sejak tahun lalu untuk meningkatkan keupayaan pengujian dan telah membangkitkannya kembali dalam minggu-minggu kebelakangan ini, namun tidak ada respon dan tindakan pantas dari pihak berwajib.

Ini secara tidak langsung menggambarkan langkah darurat hanya untuk menutup kelemahan kerajaan serta untuk mereka mengelak dari kebertanggungjawaban.

Sebaliknya, kerajaan ini terus berselirat dengan masalah untuk melaksanakan SOP yang mengelirukan dan menyusahkan orang ramai.

Sudah 15 bulan kita berdepan dengan ancaman wabak, tapi kerajaan masih menggunakan taktik dan strategi lapuk yang ternyata telah gagal.

Sentimen umum tentang kerajaan gagal adalah kesan langsung dari perencanaan yang tidak bijak dan mengelirukan.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Pengerusi PH

7 Jun 2021.


TAK PANDU , IKUT NAIK BUAT APA? SUBAHAT LA...APA PUN TAHNIAH KEPADA PUAN NINI KERANA SIKAP BERANI ANDA MENDEDAHKAN PERBUATAN YANG TIDAK SEPATUTNYA

 

‘Saya tak pandu, hanya duduk saja’, Sanusi nafi dakwaan pandu uji




PETALING JAYA: Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak memandu uji kereta di Juru Auto City pada Sabtu lalu dan bersedia memaafkan wanita yang membuat dakwaan itu.

“Saya tidak memandu kereta itu (tetapi) hanya duduk di dalam kereta di sebelah jurujual manakala pengawal peribadi saya duduk di belakang.

“Bagaimanapun, saya serahkan kepada polis untuk membuat siasatan sama ada kejadian petang itu ada kaitan dengan pelanggaran SOP PKP 3.0.

“Saya tak kata saya tak salah, tetapi seandainya ia satu pelanggaran SOP, saya minta maaf kerana ia berlaku secara kebetulan,” portal Harakahdaily milik PAS memetik Sanusi sebagai berkata.

Sanusi juga berkata beliau memaafkan “makcik” yang mendakwa beliau melanggar SOP dengan memandu uji kenderaan di Juru Auto City pada Sabtu lalu, tanpa mengira niat wanita itu.

“Saya sedia memaafkan makcik itu. Kalau niat dia buruk pun saya maafkan. Kalau dia berniat baik saya puji sikapnya.

“Malah saya juga memaafkan semua yang pernah memaki hamun saya tidak kiralah kes apa-apa pun,” tambah beliau.

Sanusi berkata pihak yang mengambil gambarnya berhubung kejadian itu sepatutnya memastikan fakta sebelum membuat dakwaan.

“Orang yang ambil gambar itu pun mungkin niat baik nak tunjuk pemimpin langgar SOP. Cuma dia tak pun tanya saya dulu ‘mai’ (pergi) situ buat apa. Mungkin dia fikir saya rentas negeri kerana nak beli kereta,” jelasnya.

Menurutnya, sekiranya perbuatan itu dianggap sebagai satu kesalahan, beliau sedia membayar kompaun semua yang terlibat termasuk juru jual kenderaan berkenaan.

Sanusi berharap warganet tidak menyalahkan jurujual kereta terbabit kerana melayannya dengan baik ketika singgah di ruang pameran kenderaan tersebut.

Sabtu lalu, suri rumah Nini Siron, 36, memuat naik gambar seorang lelaki menyerupai Sanusi menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk di pandu uji bersama tiga orang lain, termasuk juru jual kereta.

Sebarang pandu uji kenderan dilarang bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang berkuat kuasa sekarang.

Nini kemudian membuat laporan polis berhubung perkara itu pada hari sama.

Menurut laporan, polis telah mengambil keterangan beberapa individu dan dijadualkan mengambil kenyataan Sanusi petang tadi.

Susulan membuat laporan polis itu, Nini diserang dalam talian, dengan gambar keluarga dan anaknya disebarkan secara meluas di media sosial yang mengecam tindakannya itu.

Sanusi turut menasihatkan Nini menggunakan gajet yang dimilikinya bagi kerja-kerja kebaikan.

“Kalau dia perlu gajet yang baik untuk dapatkan gambar lebih jelas, saya bersedia hadiahkan untuknya gajet baharu.

“Tetapi ambil gambar yang baik-baik dan sebar untuk tujuan kebaikan,” tambahnya yang juga Adun Jeneri.

Beliau turut menasihatkan warganet menghentikan budaya memburukkan orang lain di media sosial.

PENGASAS WEBSITE "MAHAZALIMTWO" LAMAN REFORMASI MENINGGAL DUNIA.

 


Kematangan politik seseorang itu bergantung kepada bimbingan dan kepercayaan yang diberikan oleh mereka yang berhak. Pak Rahman sering menasihati untuk terus menjadi benteng presiden dan jalankan amanat dengan penuh keikhlasan.




Farhash Wafa Salvador

Abdul Rahman Yusof atau lebih dikenali sebagai Pak Rahman sudah bersama gerakan Reformasi di sisi Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi. 

Langkah kanan beliau ke arena politik bermula sejak dipilih menjadi Ahli Parlimen Kemaman atas tiket Parti Keadilan Nasional pada masa itu.

Perjalanan politik Pak Rahman penuh dengan cabaran, namun kesetiaan dan kecekalan Allahyarham dalam meneruskan amanat Presiden tidak pernah terhenti. Pada suatu masa, khidmat kepada parti reformis diteruskan bersama Dr Wan Azizah Ismail ketika dilantik sebagai ketua pembangkang.

Sejak mengenali Pak Rahman beliau tidak pernah sesekali pun lekok ilmu malah sering berkongsi nasihat dan pengalaman orang lama. Sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami sering menempuhi pelbagai cabaran yang memerlukan kekuatan dari sebuah pasukan yang boleh dipercayai sepenuhnya.

Kematangan politik seseorang itu bergantung kepada bimbingan dan kepercayaan yang diberikan oleh mereka yang berhak. Pak Rahman sering menasihati untuk terus menjadi benteng presiden dan jalankan amanat dengan penuh keikhlasan.

Walaupun sudah sakit selama beberapa tahun, Allahyarham tidak pernah mengabaikan tugas malah masih boleh bergelak tawa bersama rakan-rakan. Pemergian beliau amat dirasai semua dan persahabatan kami yang sudah kian lama telah juga membantu membentuk kematangan politik dalam diri.

Terima kasih kerana sering memberikan sokongan di sebalik tabir dalam perjalanan politik saya sebagai Pengerusi Negeri, ahli Majlis Perwakilan Pusat dan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّٰÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُÙˆْÙ†َ

Al-Fatihah



INILAH YANG ADA..

 

HAMZAH RIE NA


Itu lah kualiti yang ada pada menteri lantikan Mahiaddin ke kabinet. Individu² yang sudah ditolak rakyat dalam pilihanraya diangkat jadi orang penting dalam kepimpinan negara.

Apa rasionalnya? Kalau dalam pilihanraya orang tersebut sudah ditolak, apakah rakyat boleh terima mereka dalam kerajaan?

#KerajaanGagal

#PNipu

SR


May be an image of 2 people and text that says "SR Bertanding di Parlimen Ketereh KALAH PRU14 Bertanding di Parlimen Beaufort HILANG DEPOSIT DILANTIK JADI MENTERI KANAN DILANTIK JADI TIMBALAN MENTERI SILA LETAKJAWATAN! #KerajaanGagal"


ADUHAI....

 May be an image of text that says "Rozy Bukan Mawar Bangkhai Soalan hakak, susu siapa dia minum?? #hakaktanyaje Translate weet Takiyuddin Haji Hassan PAS-UMNO adalah hubungan Adik Beradik sedarah sedaging yang HARAM diputuskan. PAS-BERSATU adalah hubungan Adik Beradik Sesusu.. Ketiga- tiga WAJIB disatukan kembali dalam Keluarga Besar PERPADUAN NASIONAL dem Bangsa, Agama,... Hubungan Umno-PAS perlu terus diperkukuh, bukan ditamatkan, kata Md Alwi"

TEORI EKONOMI PAK LEBAI

 May be an image of text that says "Mohd Fadli Ghani 0hrs Kalau kita nak harga sawit mahal... Kita kena terima hakikat, minyak masak juga akan jadi mahal MOHD FADLI GHANI Published Research Dessertations ✓Scholarly Books ✓Magazine & Newspaper Articles Book Reviews Mohd Fadli Ghani"



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


Inilah kelebihan mereka kalau memerintah.

Minyak masak naik 100% pun tak ada masalah. Hanya kena redha dah terima hakikat sahaja.

Pesawat Israel di ruang udara? Tafaddal alaikum, janji jangan loitering kat airspace. Kalau bising lebih2 orang alim MCA tak redha.

Tukar Ford Raptor lepas bosan dengan Vellfire? Tokkey MB nak naik biba.

RUU355? Panjang lagi perjalanan, dulu kita berapi sebab jadi pembangkang.

Yang paling sedih penyokong mereka adalah golongan paling banyak jadi B40; bab minyak masak jadi mahal pun lebai mereka boleh pandang enteng.

Macam inilah, mereka ini hanya berguna kalau jadi pembangkang.

Kalau jadi kerajaan, yang depa dok canang teknokarat itu tak berguna satu habuk pun selagi akal mereka masih di pajak gadai pada pimpinan.