Maha Rani
Di tengah² kehangatan khabar² pertukaran
kerajaan dan cakap² tentang calon PM PH ni, ada terbaca komen² kata DSAI susah,
tak mahu mengalah dengan Tun..
Mereka seakan² mendesak DSAI supaya mengalah
dan beri peluang pada Tun M untuk menjadi PM buat kali ketiga😊
FAKTA :- Orang yg menuduh orang lain gila
jawatan, tapi dia sendiri mahu jadi PM buat kali ketiga pada umur 94 tahun, 6
tahun sebelum cukup 100 tahun🙂
Yang hairannya, mereka tidak pula meminta
supaya Tun M yang mengalah🤔..
Sepatutnya mereka mintalah kepada Tun supaya
mengalah dan beri peluang pula pada DSAI.. kan? Barulah adil.😊
Sebab, Tun M pun sehingga kini beliau tidak
pernah mahu mengalah, walaupun Tun M itu bukanlah lagi sebahagian dari PH malah
beliau pun tiada parti pula kini.
Jika kita mahu berbicara bab
"mengalah" ini..
Sebenarnya, DSAI sudah lama mengalah..
DSAI, Wan Azizah, Nurul Izzah pernah
menceritakan betapa sukarnya untuk mereka ketika menerima permintaan Tun M
untuk bekerjasama bagi menumbangkan Najib, tapi mereka mengalah dan
mengenepikan perasaan peribadi demi negara..
Juga mungkin masih ramai yg tidak tahu bahawa
pada malam kedua kemenangan PH pada PRU14, 2 tahun lepas, YDP Agong
menelefon DSAI bagi memaklumkan baginda berkenan melantik Kak Wan sebagai PM..
(DSAI ketika itu di hospital bawah kawalan pihak penjara)
Ketika itu Agong mendapati Kak Wan adalah
individu yg paling layak dan berhak kerana Kak Wan adalah Presiden KEADILAN,
kesemua MP PH bertanding di bawah bendera parti KEADILAN, Kak Wan lah yang
menandatangani watikah semua calon PH termasuklah Tun M sendiri, pada malam
itu, Kak Wan mengalah dan DSAI juga mengalah, kedua mereka meminta Agong
melantik Tun M sebagai PM kerana itu adalah konsensus PH.
Apabila KEADILAN menghantar nama² pemimpin
mereka untuk sertai kabinet selepas PRU14, banyak nama yg Tun M tolak, tidak
cukup dengan itu Tun M melantik pula nama yg tiada dalam senarai sebagai
menteri, antaranya ialah Azmin Ali, namanya tiada dalam senarai yg dihantar
oleh KEADILAN untuk menjadi Menteri kabinet, kerana Azmin Ali pada waktu itu
adalah MB Selangor..
Tindakan Tun M itu dibalas DSAI dengan
terpaksa mengalah sekali lagi demi tidak mahu PH retak, Rafizi ada suarakan
bantahan tapi kemudiannya ditenteramkan DSAI.
Ketika Tun M mahukan tempoh memegang jawatan
PM dilanjutkan dari 1 tahun kepada 2 tahun, DSAI mengalah.
Kemudian Tun M mahu jawatan PM yg disandang
beliau dilanjutkan dari 2 tahun kepada 2 tahun setengah pula, DSAI tetap
mengalah..
Tidak cukup dengan itu, ketika Tun M mahu
pula jawatan PM dilanjutkan dari 2 tahun setengah kepada tiada tarikh khusus
perletakan jawatannya meskipun ianya bermakna boleh jadi Tun meletakkan jawatan
sehari sebelum PRU15, DSAI masih mengalah.
Selepas Tun M meletakkan jawatan PM pada 24
February, ketika Agong memanggil kesemua MP untuk memilih individu yg
bakal menjadi PM, ketika itu undi ke atas DSAI mengatasi Tun M, Namun pada
akhirnya PH memutuskan untuk menerima semula Tun M sebagai calon PM bagi PH, DSAI
mengalah untuk kesekian kalinya, namun ketika itu cubaan Tun M untuk jadi PM
kali ketiga gagal apabila Agong enggan lagi untuk bertemu Tun M.
Banyak kali DSAI mengalah..
Namun dalam perjalanan 22 bulan PH itu, tidak
sekali pun Tun M mahu mengalah, tidak pernah sekali..
Jadi mengapakah kalian masih mendesak supaya
DSAI mengalah? Mengapa tidak minta Tun M yg mengalah? Tun sudah diberi
peluang menjadi PM selama 22 bulan dan akibat dari itu PH menerima imej buruk
dengan pelbagai tindakan dari Tun M yang tidak selari dengan prinsip perjuangan
PH.
Akhirnya PH tumbang akibat tindakan Tun M
sendiri.
Jika kalian termakan kata² Tun M bahawa
DSAI tidak cukup sokongan, apakah Tun cukup sokongan pula tanpa KEADILAN?
jika tidak berani untuk bersuara meminta
supaya Tun M mengalah buat pertama kalinya, janganlah kalian mendesak DSAI
supaya mengalah pula..