BILA AMANAH DAN KUASA BERADA DI TANGAN MAKA KELEKAAN PUN MUNCUL DI HATI. WALAUN PULA MEMBELA SESUKA HATI WALAU SALAH

 

                                          MB RAPTOR DAN MB RAKYAT SAMPAH

Tahniah YAB Tuan Hj Sanusi MB Kedah Baharu! - Berita Parti Islam Se  Malaysia (PAS)Nota Hamba " Menteri Besar adalah... - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat  | Facebook


Sejarah buat PAS


HAMDAN TAHA


Kes menteri pas dan menteri besar pas

Kita sayang parti dan perjuangan itu

Tapi mereka yang di beri amanah terleka dan cuai bila dah berkuasa

Nama yang tak baik ialah islam

Bila warga net sebut nama nama seperti walaun,pak lebai dan istilah istilah yang saya juga tidak setuju kerana tampa sedar merosakan imej islam

Baru saya faham kenapa nama parti politik tidak boleh mengunakan islam kerana pentakbir parti itu tetap manusia bukan rasul atau nabi atau malaikat tetap akan terpalit dengan islam

Kes MB kedah bagi saya biasa jer kes tu CM Penang pun beli kereta baru juga,menteri besar perak dulu dari Bersatu lupa pula nama dia pun tukar juga semua ni bagi saya tak ada hal

Yang jadi hal bila ada penafian dari pejabat MB dan Menjadi hal lagi apabila ahli parti mempertahankan tidakkan pemimpin mereka tampa maklumat tepat dan seberono,asal pemimpin mereka sahaja tak mungkin salah dan buat perkara salah kerana islam nama partinya

Contoh kes MB pakai Alpart bukan salah pun tapi sebelum ini ada penafian dari MB sendiri bahawa kenderaan itu adalah bukan untuk kegunaan beliau,masa itu hujah beliau begitu,tiba tiba sekarang dia pakai dan ada pula tulisan Mb kan dah jadi lawak dan permainan musuh...

Begitu juga dalam kes Ford beria ia setpol mb buat karangan mempertahankan Bos nya..kes pandu uji...

Tapi mereka yang ada di situ juga bermatian juga mempertahankan hujahnya,akhirnya polis di gunakan untuk selamatkan keadaan,saya sangat percaya jika ada soal siasat pada mana mana pimpinan politik semuanya akan di lapurkan pada Menteri Dalam Negeri dulu,jika kes itu menjurus kepada rosaknya imej akan ada arahan supaya buat sesuatu untuk selamatkan keadaan ini terpakai bukan zaman PN ni saja termasuk zaman PH dan BN sama jer mereka ni tak ada terkecuali

Begitu juga kes Al Takiri dia nafi tapi bila polis sahkan siasatan terhadap dia maka itu maknanya ada Kes dan perkara tersebut berlaku,cuma polis dan menteri dalam negeri akan selamatkan beliau juga kerana itu lah caranya pun

Tapi zaman sekarang ini agak susah nak selamatkan dari kebocoran maka akhirnya rakyat tau apa yang sebenarnya berlaku

Yang menyedihkan ialah ahli parti yang setia dan taksub pada pemimpin mereka yang bertengkar dengan musuh di FB dan media media lainnya,yang ini bagi saya islam menjadi tercemar dan malu

Saya akhirnya bersetuju parti politik tidak boleh ada nama islam kerana mudaratnya lebih berbanding kebaikan

Islam adalah islam iaitu agama wahyu yang di sampaikan oleh Rasulullah 1400 dulu kepada manusia

Pas bukan islam dia ujud beberapa tahun dulu sahaja di daftarkan di malaysia dan dia di luluskan di zaman kita belum merdeka

Pas ada parti politik yang mana ahli ahlinya sangat baik dan mahu melihat negara malaysia ini di perintah secara islam

Tapi pas boleh saya di pesongkan oleh pemimpin kerana pemimpin mereka mengutamakan keputusan politik dari islam

Maka islam menjadi tercemar

Seperi mana parti keadilan nama dan perjuangan untuk mencari keadilan tetapi setelah dapat belum tentu mereka adil

Begitu juga umno pertubuhan melayu tapi terbukti selama mereka memerintah hak melayu telah tehakis terutama tanah rezab melayu

Jadi kita fikir le sendiri

 

No comments: