Mujahid cabar Abdul Azeez debat isu Tabung Haji

Mujahid cabar Abdul Azeez debat isu Tabung Haji


Bekas menteri sekolahkan Perdana Menteri

Bekas menteri sekolahkan Perdana Menteri


PULAK....APA LA LEBAI LEBAI NI FIKIRKAN...


ZAIN AZMAN

Al Kisahnya tersebutlah Kisah...
PAS Johor dipinggirkan oleh Umno dan Bersatu...
Setelah menjadi khadam kepada Mca di Prk Tanjung Piai...keberadaan Pas Johor tidak dipedulikan lagi oleh Umno dan Bersatu...
Pas Johor nekad untuk bergerak sendirian..!??

HARAP -HARAP KABUR MACAM INI BOLEH TANGKAP

AHMAD SHAHRIL

Believe or not....kabur-kabur maacm ni confirm dapat tangkap,yang tak dapat tangkap kabur di 4 point saje yang di sahkan ori tpi pelakonnya masih tak dapat di kenalpasti sehingga kini.
[Video] Rakaman CCTV paparkan 2 wanita conteng mural

Berita. Narathiwat


NIK HUA


Timbalan Ketua Polis Daerah 4 memeriksa sempadan Thailand Malaysia di sepanjang sungai Suhai Kolok. Ulangi tentera untuk mengawal saluran semula jadi.
Timbalan Pesuruhjaya bahagian ke-4 berada di kawasan itu untuk mengunjungi pusat pemeriksaan munok, komuniti Tha Plumbing, daerah. Sungai Kolok dan Daerah Sedikit wilayah. Narathiwat bersedia untuk mengawal. Pegawai mengesahkan bahawa semua kakitangan telah menutup kuasa di sepanjang Sungai Kolok Kolgrim, sempadan Thai-Malay. Lebih 30 kilometer. Perintah untuk meningkatkan kekuatan gaya sempadan Thailand-Malaysia. 24 jam. Awasi wabak Covid-19 dan mencegah membawa dadah ke semua jenis barang haram.

Hari ini 19 kor 2563 Umum. T. T. T Glory Sri Rak, Wakil Komandan bahagian ke-4 bersama rombongan untuk mengunjungi pusat pemeriksaan Munok, komuniti Tha Plumbing.Sungai Kolok dan Daerah Sedikit wilayah. Narathiwat bersedia untuk mengawal. Semua pegawai tentera mengenakan bayaran. Pengendap dilakukan dengan teliti di sepanjang Sungai Kolok, sempadan Thai-Melayu. Lebih 30 kilometer. Berikutan lebih dari 30 kilometer untuk menyekat kawasan sempadan Thailand-Malaysia. Semua 24 jam. Awasi wabak Covid-19 dan mencegah membawa dadah ke semua jenis barang haram.

Oleh umum. T. T. T Glory, Wakil Komandan episod ke-4 bertemu untuk memberi sokongan kepada kakitangan dan menagih kakitangan barangan keperluan tentera bertugas. Fokus pada keselamatan maksimum. Kemudian Timbalan Pesuruhjaya 4 dan fakulti meneruskan perjalanan ke Tha Kap,Sungai Kolok sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Titik tangguh. Larang Terlalu. Kayuk dan Ban Nuro. Pelepasan. Secara rawak untuk bertemu dan melihat Siri Operasi Perlindungan Tidak Sah dari Perlindungan Sempadan Thailand-Malaysia melalui Persimpangan Alam, termasuk lampu malam yang dipasang pada waktu malam mengikuti polisi Pesuruhjaya Tentera untuk mengawasi penyeludup yang berpotensi. Datang melalui sempadan negara jiran dan meminta pasukan untuk mengikuti rancangan pemintas sempadan. Ini juga menyediakan barang-barang pengguna untuk memberi hadiah dan semangat kepada kakitangan.

TUN M SANGKA BELIAU LEBIH HEBAT MENGENAI ASET NEGARA TETAPI SALAH TAFSIR, RUPANYA SANG KITOL LEBIH KEHADAPAN



Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menjelaskan beliau tidak pernah menjual sebarang aset kerajaan ketika menggalas jawatan sebagai menteri kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lim berkata demikian semasaperbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya nak nyatakan di sini, semasa saya menjadi menteri kewangan saya tak pernah luluskan penjualan sebarang aset kjaan.

"Penjualan yang berlaku adalah di bawah kerajaan menteri-menteri lain bukan kementerian kewangan jadi jangan salahkan kementerian kewangan,” katanya.

Kenyataan Lim itu membuat suasana Dewan Rakyat gamat seketika setelah beberapa ahli parlimen dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) mula bangkit mempersoalkan kenyataannya.

Abdul Azeez Abdul Rahman (PN-Baling) mencelah dan meminta Lim mendedahkan nama menteri yang menjual aset tersebut.

“YB (yang berhormat) sebutlah nama menteri itu, senang bagitahu mana yang jual itu. YB be gentleman sir dan bagitahu, senang kita.

'Tanyalah MP Gombak'

Tidak ketinggalan, Tajuddin Abdul Rahman (BN- Pasir Salak) turut mencelah dan meminta Lim menjelaskan berkenaan penjualan kepentingan Khazanah Nasional Berhad di dalam IHH Healthcare Berhad kepada syarikat Mitsui & Co Ltd ketika pentadbiran kerajaan PH dahulu.

“IHH dijual ke Mitsui, siapa yang lulus?” kata Tajuddin.

Lim kemudian menjawab penjualan saham IHH Berhad kepada Mitsui yang berpangkalan di Jepun bukan keputusan kementerian kewangan tetapi oleh kementerian hal ehwal ekonomi ketika itu.

“(Penjualan saham) dari IHH ke Mitsui, ia bukan dari Kementerian Kewangan, kalau nak (tahu) menteri mana, tanyalah dari (Anggota Parlimen) Gombak (Mohamed Azmin Ali),” katanya.

Azmin kemudian dilihat bangun namun tidak dapat menyatakan pandangannya ekoran keadaan yang agak kecoh.

Untuk rekod, Azmin merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika PH menerajui kerajaan.

Azmin kini masih menggalas jawatan kabinet sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selepas “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan kini di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pada 29 November 2018, Khazanah Nasional Bhd memeterai perjanjian dengan Mitsui untuk menjual 16 peratus atau 1,403,087,400 sahamnya dalam IHH, pada harga RM8.42 bilion atau RM6 sesaham.

Susulan penjualan itu, pegangan saham Khazanah dalam IHH berkurangan kepada 26.05 peratus.

Ia berdasarkan kepada modal saham diperbesar IHH selepas syarikat itu menyelesaikan pembelian tambahan 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Acibadem Saglik Yatirimlari Holding AS.


Muncul akhbar Utusan langkah ke belakang.



Norman Radzuan

Imej mungkin mengandungi: 2 orang



TUJUAN POLITIK ATAU PERNIAGAAN?

Ramai rakan2 saya di Utusan ini dulu. Saya tidak pasti mereka dipanggil semula atau Utusan dimonopoli oleh wartawan baru atau yg mempunyai hubungan dgn org politik.

Khabarnya ia menggunakan khidmat Mohamad Azlan Jaafar, yang merupakan ketua pengarang Malaysian Reserve sebagai ketua editor baharu Utusan, sementara beberapa bekas editor Utusan yang lain telah dilantik untuk membantunya.

Dibawakan oleh Media Mulia Sdn Bhd. Aurora Mulia dikaitkan dengan taikun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang mempunyai pegangan saham sebanyak 31.22 peratus Media Prima Bhd.

Bila bercerita ia dimilikk Syed Mothar Al Bukhary... kita tahu insan Melayu terkaya ini sangat rapat dengan Tun Mahathir. Apakah kelahiran Utusan untuk membantu karier politik Tun atau untuk UMNO... kita cerita isu ini di kemudian hari.

Saya berpendapat kelahiran Utusan mempunyai agenda politik. Jika dari segi business kelahiran Utusan ini bukan suatu yang bijak. Tapi jika sekadar kepentingan politik.... 'mmm look ok' tapi boleh jadi KO. Kenapa saya kata begitu?

Utusan mati faktornya bukan sahaja dia dibenci kerana menjadi lidah UMNO tetapi faktor menyumbangkan penutupan media tertua Melayu ini adalah kerana perubahan zaman yg seiring dgn teknologi.

Saya lebih bersetuju jika penerbitan semula Utusan ditumpukan kepada Online sahaja. Seperti Sinar Online, Star Online dan lain-lain penerbitan.

Saya org akhbar... dulu setiap hari paling kurang 3 surat khabar saya mesti baca dan pada hari minggu 5 surat khabar. Skg satu pun saya tak beli sb semua info yg saya ingin baca ada di hujung cari.

Bayangkan jika dulu, ada 2 rancangan yang isteri saya tidak benarkan anak-anak ganggu saya di dalam bilik iaitu semasa siaran Berita dan Formula One. Sekarang saya sendiri pun dah jarang sangat menonton berita di kaca TV.

Dulu saban bulan isu terbesar rakyat Malaysia ialah isu pondok telefon. Samada tidak mencukupi atau kes kerosakkan dan kecurian. Betapa pentingnya public phone ketika itu. Skg bukan sahaja pondok telefon hampir tidak wujud lagi malah telefon di rumah pun sudah ramai tidak menggunakannya.

Seperti rakan saya katakan... dulu kita selalu compare price antara Parkson atau Metrojaya. Skg tidak lagi masing2 tgk kat mana murah Lazada atau Shoppe.

Saya rasa zaman skg kalau nampak org pegang surat khabar nampak pelik. Anak muda pula mcm malu je pegang surat khabar sb rasa mcm ketinggalan zaman. Org tua di kampung pun saya tgk lately ni masing-masing pegang HP. Jadi utk tujuan politik pun bukan suatu yang positif untuk menerbitkan kembali akhbar ini.

Sebab itu saya katakan kelahiran akhbar Utusan ini dari segi perniagaan sgt tidak bijak. Dgn 170 kakitangan, tidak termasuk kos sewa bangunan dan lain saya menjangkakan ratusan ribus sebulan pemilik Utusan ini menanggung kerugian utk kos pengurusan itu.

Jika ia dia kuasai org politik mungkin bertahan sedikit lama tetapi akhbar tetap akn berkubur. Bukan sahaja Utusan tetapi akhbar-akhbar yang lain mahu tidak mahu akan alami nasib yang serupa.

Saya yakin akhbar ini diterbitkan atas faktor kepentingan politik kerana ahli perniagaan yang bijak nescaya mereka menolak untuk berniaga di dlm bidang percetakkan ini lagi.

Ia seperti langkah ke belakang. Jika Utusan bertahan kerana politik ia akn menjadi akhbar syok sendiri. Maksud tidak dibeli atau dimiliki seperti sebelum ini.

Perniagaan ketinggalan zaman ini ibarat syarikat rakaman masih ingin merakamkan album 10 lagu artis dgn menjual CD. Mana ada org mahu beli CD lagi... jadi nampak kelakar seram.

Itu sahaja pandangan saya mengenai kelahiran semula akhbar Utusan. Jika tanya saya... saya akn tumpukan kpd Utusan Online sahaja. Kos sangat menjimatkan dan mengikut trend citarasa masyarakat masakini.

ULAMAK KYASYAF


Shah Nazli Ishak

"Alhamdulillah,

SHAH NAZLI ISHAK

Dengan jawapan yang Ulamak PAS berikan ini dapat melegakan kegusaran seluruh Bani Bodo, ini la untungnya apabila perjuangan Isley yang berjanamakan PAS apabila kita memiliki seorang Al fadhil yang "Kashaf" Dapat menilik ramalan yang begitu pantas sepantas gasing berpusing.

Takberr!


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani jam Secara zahirnya mengambarkan bagaimana hilang kewarasan bagi penconteng dan pelaku ini. Kewarasan yang hilang ini di unjukkan melalui contengan kepada dinding dinding mural ini.. hasil ketidakpuasan hati kepada Yang pertuan Agong dan barisan kabinet yang di lantik oleh YDP Agong itu oleh mereka yang terpekik dan terlolong itu.. moga Allah lah sebaik pembalas kepada tangan tangan khianat itu... BABT FriendsOfPDRM ABI'

KESIHAN MAHATHIR.BELUM APA APA DAH DITOLAK WARISAN


Cadangan agar Parti Warisan Sabah (Warisan) dijadikan parti peringkat nasional sekiranya Tun Mahathir Mohamad menjadi ahlinya tidak pernah dibincangkan oleh pemimpin parti itu.
Menurut laporan FMT, seorang ahli kanan parti itu yang enggan dikenali berkata, cadangan membuka pintu Warisan kepada bekas Pengerusi Bersatu itu akan menyebabkan parti berkenaan menyimpang daripada perjuangannya untuk rakyat Sabah.
“Secara terus terang, itu hanya rancangan, belum ada keputusan dibuat.
“Warisan ialah parti berpangkalan di Sabah dan perjuangannya untuk penduduk negeri itu.
“Jika parti itu diluaskan ke peringkat nasional bermakna Warisan perlu merombak perjuangannya,” katanya.
Menurutnya lagi, rakyat Sabah menyokong Warisan semasa PRU14 lalu kerana parti itu ditubuhkan atas dasar orang Sabah untuk Sabah.
“Presidennya, Shafie Apdal sendiri meminta rakyatnya memutuskan apa yang mereka boleh lakukan untuk Sabah, bukan apa yang dapat dilakukan (kerajaan) Sabah untuk mereka,” katanya.
Semalam, Pengerusi Tetap Warisan, Liew Vui Keong berkata, parti itu tidak menghadapi masalah untuk menerima penyertaan Tun Mahathir sekiranya perlu.
Bagaimanapun katanya, jika perkara itu berlaku, perlembagaan parti tersebut perlu diubah terlebih dahulu.
“Presiden boleh memutuskan sama ada parti itu perlu menjadi parti nasional dan hanya Setiausaha Agung, Loretto Padua dapat memberikan jawapan berhubung keahliannya,” katanya.
Kesian Tun Mahathir, baru diura-urakan tetapi sudah pun ditolak penyertaannya.
Akhirnya, menubuhkan sebuah parti baru semakin tidak dapat dielakkan lagi bagi Tun Mahathir untuk meneruskan perjuangannya. (Shahbudindotcom 20/07/2020)

#AWANI745 20 Julai 2020

NILAH DIA......

AHMAD SHAHRIL

Dalam manifesto Bn iktiraf UEC walaun bertakbir,macai menjerit hidup Melayu....Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks


SEJARAH TAK PERNAH MENIPU



AHMAD SHAHRIL SHAHRIL


*SEJARAH TAK PERNAH MENIPU, ABAH!*
Masa UEC diluluskan pada 2012, Menteri Pendidikan kerajaan BN ialah Muhyiddin Yassin.
Masa isu insiden Adib terjadi pada 2018, Menteri Dalam Negeri PH juga Muhyiddin Yassin.


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'Luluskan UEC 2012 MenteriPendidikan Muhyiddin Yassin TANGGUNGJAWAB SIAPA? Sejarah Tak Pernah Menipu SR Isu Arwah Adib Menteri KDN Muhyiddin Yassin'


KERAJAAN PINTU ISTANA ATAU TEBUK ATAP?


VIDEO MENARIK HARI INI...


PRK Slim: Kita lihat bagaimana Umno layan Pas dan Peja

PRK Slim: Kita lihat bagaimana Umno layan Pas dan Peja

Pemuda AMANAH Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Semalaysia (GAMIS) atas keberanian mereka menongkah arus menyatakan pendirian mereka agar Umno memandang serta menghargai Pas khususnya. Keberanian ini merupakan satu usaha yang terpuji agar Pas serta Bersatu dihargai dalam gabungan Perikatan Nasional.
Kami melihat pandangan itu adalah cabaran kepada Umno untuk melihat sejauh mana komitmen mereka kepada kerjasama Perikatan Nasional walaupun kita tahu Umno tidak akan sekali-kali beralah dengan rakan parti Perikatan Nasional untuk kerusi-kerusi mereka ini lebih-lebih lagi kerusi DUN Slim yang menjadi kerusi tradisi menang bagi Umno dan BN.
Dan ini terbukti melalui kenyataan terbaru daripada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datok Tajudin Abd Rahman yang jelas tidak akan melepaskan kerusi itu kepada sesiapa dan mahu Umno yang bertanding. Dan ini adalah manifestasi bagaimana mereka melayan permintaan-permintaan rakan parti mereka untuk PRU akan datang.
Bagi kami, mereka hanya akan memendam rasa tidak puas hati itu dan masing-masing akan mencurigai keikhlasan antara satu sama lain dalam siri-siri rundingan mereka sehinggalah ke PRU akan datang.
Di sini juga kita akan lihat bagaimana kekuatan Datuk Faizal Azumu sebagai Menteri Besar dan bagaimana layanan Umno kepadanya.
Kita yakin, dia akan mengalah atau hilang sokongan dalam DUN nanti?
KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua Pemuda AMANAH Perak
merangkap Ketua AMANAH Kawasan Tanjung Malim


SEMUA PIMPINAN KECAM TINDAKAN VANDALISME TERMASUK PIMPINAN DAP



Pemimpin DAP hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab merosakkan mural seni di Shah Alam yang antaranya memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam reaksinya menggesa pihak berkusa menyiasat tindakan vandalisme berkenaan sambil menyifatkannya ia tidak wajar berlaku apatah lagi melibatkan potret Yang di-Pertuan Agong.
“Saya gesa pihak berkuasa menyiasat aksi provokasi ini dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Satu video di media sosial tular menunjukkan mural terbabit dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, tindakan pengecut oleh pihak tertentu yang cuba mencetuskan provikasi sebegitu perlu dikecam.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong pula berkata, perkara ini tidak patut berlaku sama sekali.
“Budaya biadab dan kesat semakin menjadi-jadi. Harap para pemimpin jadi teladan. Rukun negara kita perlu diamal: Kesopanan dan Kesusilaan.
“Kita kecam sekeras-kerasnya tindakan vandalisme ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Manakala Adun Ketari, Young Syefura turut menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini kerana mungkin ada unsur provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab.



Pejuangan politik bukan hanya perlu keberanian MESTI KENAL SIAPA KAWAN DAN LAWAN



MOHD RADUWAN


Perjuangan hanya dengan keberanian sahaja tidak mencukupi untuk menewaskan musuh. Sebab itu di zaman Rasulullah pelbagai tektikal dilakukan untuk menwaskan musuh dalam berperang.

Jika bersandarkan keberanian sahaja tentera Islam sgt berani kerana masing-masing mencari syahid. Tapi bukan itu yang diajar Rasulullah saw... bermesyuarat sebelum berperang mengenai tektikal, korek parit, skuad pemanah di mana, skuad pedang di mana... semua tu kena ambil kira.

Mat Sabu dan LGE memang terkenal dengan keberanian mereka dalam berpolitik . Mereka juga turut dipenjarakan tetapi politik keduanya ketika itu hanyalah lebih bersifat fokus kepada satu kaum. Bermakna DAP fokus kepada kawasan ramai bangsa Cina dan PAS fokus kepada kawasan Melayu kampung.

Politik mereka boleh dianggap hero kpd kaum sendiri. Rakyat Malaysia tidak melihat kedua parti itu sebagai sebuah parti bersifat nasional atau yg boleh membela semua kaum. Berpuluh tahun mereka berjuang mereka tiada tektikal atau tidak menjumpai formula terbaik utk mengubah nasib rakyat.

Anwar menyatukan mereka. Bila Anwar kembali ke dalam penjara PAS dan DAP berpisah seketika kerana masing-masing ego mahu membawa ideologi masing-masing.

Sebagai pemerhati politik saya melihat, Anwar Ibrahim dgn aura semulajadinya dia mempunyai kebijaksanaan dlm berpolitik. Bukan mudah utk menyatukan pemimpin yang seorang ekstrims Agama dan satu Ekstrims bangsa. Satu  mahu hudud satu mahu Malaysian Malaysia.

Ketika zaman PR dahulu... banyak isu-isu atau rahsia salah laku pemimpin kerajaan dibawa dtg dari pemimpin2 PKR. Kes terbesar adalah 1MDB. Pemimpin PAS ketika itu hanya menyambut informasi tersebut dari pemimpin2 PKR yg mempunyai sumber dalaman dlm kerajaan. Hingga penubuhan Amanah juga adalah idea daripada Rafizi.

Bermakna keberanian saja tidak mampu menjelmakan kemenangan jika tidak disertakan tektikal ( Sains Politik ). Apabila bersatunya parti2 dgn PR barulah DAP merasa kemenangan di PP dan PAS kembali merampas Terengganu.

Isu Tun Mahathir... sebagai pemerhati politik saya sgt terkejut dgn keputusan Mat Sabu dan LGE menyokong Tun Mahathir utk kembali menjadi PM. Puas saya mencari di mana rasionalnya LGE dan Mat Sabu patut menyokong Tun Mahathir.

Dari Mat Sabu hingga ke pengikutnya percaya Tun Mahathir mempunyai cukup nombor. Bila undian speaker baru2 ini membuktikan PH tidak ada nombor utk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin. Itu Matematik mudah utk kita faham Tun tiada niat kembalikan PH tetapi hanya ingin PH berpecah.

Kegagalan Mat Sabu membaca siapa Tun yg suatu ketika dahulu Mat Sabu jerit di atas pentas sebagai 'bapak perompak' sungguh mengejutkan? Ia bukan semudah sifir 10+10=20. Tapi org UMNO tahu sebab itulah mereka menyerang Tun tanpa ihsan.

Saya terkejut bagaimana Mat Sabu boleh jatuh cinta kpd Tun dlm sekelip mata. Bahaya cara Mat Sabu berpolitik apatah lagi jika dia ada perniagaan sendiri. Mat Sabu akn mudah ditipu.

Rentak Tun Mahathir sejak awal lagi sudah dihidu. Rafizi dan Nurul Izzah telah lama menghidu dan atas sebab itu mereka berundur kerana tidak setuju dgn kepimpinan memberi kepercayaan kpd Tun.

Jika saya bertemu Abg Mat dan diberi kesempatan berhujah dgnnya saya ingin bertanya...'Tun bukan 'terlepas' atau dipaksa utk meletakkan jawatan... beliau memang merancang utk menjatuhkan PH. Ia dibuktikan  dgn audio.'

Saya ingin bertanya juga kpd Abg Mat bukan kah Tun mengatkan dia tak suka DAP dan Anwar jadi kenapa kamu sokong ? Dia sengaja meletakkan jawatan agar semua jawatan dari TPM, Menteri hingga Tim Menteri tergugur begitu sahaja. Bukankah Tun telah mengkhianati PH???

Saya akan bertanya apakah lojiknya org yg sengaja atau merancang menjatuhkan PH dilantik semula menjadi PM buat kali ketiga. Sb itu saya ingin beritahu Abg Mat jumpa dulu KuLi, Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim tanya pendapat mereka... yg hang pergi rujuk pada LGE pasai apa???

Ia bukan soal fanantik kepada Anwar? Jika Anwar ditakdirkan mati... Tun bukan juga pilihan utk PH melantik buat kali kedua atau ketiga sebagai PM!
Kita mahu Anwar sebagai PM  sebab kita tahu kemampuan beliau.... itu saja.

Lepas itu yg mengejutkan apabila Mat Sabu dan LGE mencalonkan Syafie Apdal sebagai calon PM... saya ketawa dgn rakan2 sb bukan Abg Mat tak tahu sentimen Melayu Malaya ini.

Jika org Cina jadi Menteri Kewangan riuh sekampung inikan pula melantik PM bukan dari tanah Melaya... maaf cakap corak pemikiran nampak kebudak budakan. Cara merajuk maka buatlah perangai mcm budak-budak.

Sudah la nombor pun Tun tak cukup, masih pula Mat Sabu mahu bekerja sama dgn seorang yg mahu menghancurkan PH. Sungguh saya tak faham jampi apa yg sudah membuat Abg Mat berfikir di luar almari.

Yg lucunya bila Tun bertemu Azmin Ali, Hishamuddin dan Muhyiddin tidak menjadi isu tetapi apabila Anwar bertemu dgn pemimpin seteru ini terus diberi amaran dan sebagainya. Maaf cakap saya sampai tak terfikir bagaimana kolot pemikiran politik hingga ke tahap ini.

Lebih teruk ada yg mengatakan Tun sengaja meletakkan jawatan hany sekadar formaliti...🙈. Kononnya Tun meletakkan jawatan kerana gesaan PKR???

Teringat kata Sun Tzu di dlm buku Art Of War 2000 tahun dahulu... 'Strategi tanpa tektik adalah jalan yg lama menuju kemenangan. Taktik tanpa strategi hanyalah kebisingan menuju kekalahan.'

PELABURAN ASING MERUDUM ZAMAN PN?

APA MAKNA PELABUR KELUAR MALAYSIA KETIKA HARGA TINGGI?

KPT diseru siasat tuduhan terhadap LCUT



Oleh B. Suffian
Kementerian Pengajian Tinggi termasuk pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) diseru melakukan penyiasatan yang komprehensif terhadap tuduhan-tuduhan di media sosial terhadap Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing (LCUT).
Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berkata, sama ada kementerian sedar atau tidak, selain isu papan iklan ‘King of Africa’, ada banyak lagi tuduhan yang telah dibuat di media sosial terhadap universiti tersebut.
“Semua butiran ini boleh didapati dalam laman web ‘limkokwingisracist.com’,” katanya ketika perbahasan menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Kian Ming bagaimanapun menegaskan, beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen dan klip audio yang didedahkan berkenaan.
Justeru, beliau menyeru kementerian termasuk MQA untuk melakukan penyiasatan komprehensif supaya nama baik negara dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) lain tidak dicemarkan oleh tuduhan seumpama itu.
Kementerian sebelum ini dilaporkan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada LUCT bagi menuntut penjelasan berikutan kontroversi papan iklan ‘Raja Afrika.’
Menterinya, Noraini Ahmad mengatakan bahawa kementerian sedang menyiasat universiti itu walaupun pihak universiti telah memohon maaf atas perkara tersebut.
LUCT sebelum ini dikritik selepas pelajar dan kakitangannya mendakwa di media sosial yang universiti berkenaan menunjukkan sikap perkauman menerusi papan iklan yang dipaparkan di kampus Cyberjaya itu.