MOHD RADUWAN
Perjuangan hanya dengan keberanian sahaja tidak mencukupi untuk menewaskan musuh. Sebab itu di zaman Rasulullah pelbagai tektikal dilakukan untuk menwaskan musuh dalam berperang.
Jika bersandarkan keberanian sahaja tentera Islam sgt berani kerana masing-masing mencari syahid. Tapi bukan itu yang diajar Rasulullah saw... bermesyuarat sebelum berperang mengenai tektikal, korek parit, skuad pemanah di mana, skuad pedang di mana... semua tu kena ambil kira.
Mat Sabu dan LGE memang terkenal dengan keberanian mereka dalam berpolitik . Mereka juga turut dipenjarakan tetapi politik keduanya ketika itu hanyalah lebih bersifat fokus kepada satu kaum. Bermakna DAP fokus kepada kawasan ramai bangsa Cina dan PAS fokus kepada kawasan Melayu kampung.
Politik mereka boleh dianggap hero kpd kaum sendiri. Rakyat Malaysia tidak melihat kedua parti itu sebagai sebuah parti bersifat nasional atau yg boleh membela semua kaum. Berpuluh tahun mereka berjuang mereka tiada tektikal atau tidak menjumpai formula terbaik utk mengubah nasib rakyat.
Anwar menyatukan mereka. Bila Anwar kembali ke dalam penjara PAS dan DAP berpisah seketika kerana masing-masing ego mahu membawa ideologi masing-masing.
Sebagai pemerhati politik saya melihat, Anwar Ibrahim dgn aura semulajadinya dia mempunyai kebijaksanaan dlm berpolitik. Bukan mudah utk menyatukan pemimpin yang seorang ekstrims Agama dan satu Ekstrims bangsa. Satu mahu hudud satu mahu Malaysian Malaysia.
Ketika zaman PR dahulu... banyak isu-isu atau rahsia salah laku pemimpin kerajaan dibawa dtg dari pemimpin2 PKR. Kes terbesar adalah 1MDB. Pemimpin PAS ketika itu hanya menyambut informasi tersebut dari pemimpin2 PKR yg mempunyai sumber dalaman dlm kerajaan. Hingga penubuhan Amanah juga adalah idea daripada Rafizi.
Bermakna keberanian saja tidak mampu menjelmakan kemenangan jika tidak disertakan tektikal ( Sains Politik ). Apabila bersatunya parti2 dgn PR barulah DAP merasa kemenangan di PP dan PAS kembali merampas Terengganu.
Isu Tun Mahathir... sebagai pemerhati politik saya sgt terkejut dgn keputusan Mat Sabu dan LGE menyokong Tun Mahathir utk kembali menjadi PM. Puas saya mencari di mana rasionalnya LGE dan Mat Sabu patut menyokong Tun Mahathir.
Dari Mat Sabu hingga ke pengikutnya percaya Tun Mahathir mempunyai cukup nombor. Bila undian speaker baru2 ini membuktikan PH tidak ada nombor utk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin. Itu Matematik mudah utk kita faham Tun tiada niat kembalikan PH tetapi hanya ingin PH berpecah.
Kegagalan Mat Sabu membaca siapa Tun yg suatu ketika dahulu Mat Sabu jerit di atas pentas sebagai 'bapak perompak' sungguh mengejutkan? Ia bukan semudah sifir 10+10=20. Tapi org UMNO tahu sebab itulah mereka menyerang Tun tanpa ihsan.
Saya terkejut bagaimana Mat Sabu boleh jatuh cinta kpd Tun dlm sekelip mata. Bahaya cara Mat Sabu berpolitik apatah lagi jika dia ada perniagaan sendiri. Mat Sabu akn mudah ditipu.
Rentak Tun Mahathir sejak awal lagi sudah dihidu. Rafizi dan Nurul Izzah telah lama menghidu dan atas sebab itu mereka berundur kerana tidak setuju dgn kepimpinan memberi kepercayaan kpd Tun.
Jika saya bertemu Abg Mat dan diberi kesempatan berhujah dgnnya saya ingin bertanya...'Tun bukan 'terlepas' atau dipaksa utk meletakkan jawatan... beliau memang merancang utk menjatuhkan PH. Ia dibuktikan dgn audio.'
Saya ingin bertanya juga kpd Abg Mat bukan kah Tun mengatkan dia tak suka DAP dan Anwar jadi kenapa kamu sokong ? Dia sengaja meletakkan jawatan agar semua jawatan dari TPM, Menteri hingga Tim Menteri tergugur begitu sahaja. Bukankah Tun telah mengkhianati PH???
Saya akan bertanya apakah lojiknya org yg sengaja atau merancang menjatuhkan PH dilantik semula menjadi PM buat kali ketiga. Sb itu saya ingin beritahu Abg Mat jumpa dulu KuLi, Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim tanya pendapat mereka... yg hang pergi rujuk pada LGE pasai apa???
Ia bukan soal fanantik kepada Anwar? Jika Anwar ditakdirkan mati... Tun bukan juga pilihan utk PH melantik buat kali kedua atau ketiga sebagai PM!
Kita mahu Anwar sebagai PM sebab kita tahu kemampuan beliau.... itu saja.
Lepas itu yg mengejutkan apabila Mat Sabu dan LGE mencalonkan Syafie Apdal sebagai calon PM... saya ketawa dgn rakan2 sb bukan Abg Mat tak tahu sentimen Melayu Malaya ini.
Jika org Cina jadi Menteri Kewangan riuh sekampung inikan pula melantik PM bukan dari tanah Melaya... maaf cakap corak pemikiran nampak kebudak budakan. Cara merajuk maka buatlah perangai mcm budak-budak.
Sudah la nombor pun Tun tak cukup, masih pula Mat Sabu mahu bekerja sama dgn seorang yg mahu menghancurkan PH. Sungguh saya tak faham jampi apa yg sudah membuat Abg Mat berfikir di luar almari.
Yg lucunya bila Tun bertemu Azmin Ali, Hishamuddin dan Muhyiddin tidak menjadi isu tetapi apabila Anwar bertemu dgn pemimpin seteru ini terus diberi amaran dan sebagainya. Maaf cakap saya sampai tak terfikir bagaimana kolot pemikiran politik hingga ke tahap ini.
Lebih teruk ada yg mengatakan Tun sengaja meletakkan jawatan hany sekadar formaliti...🙈. Kononnya Tun meletakkan jawatan kerana gesaan PKR???
Teringat kata Sun Tzu di dlm buku Art Of War 2000 tahun dahulu... 'Strategi tanpa tektik adalah jalan yg lama menuju kemenangan. Taktik tanpa strategi hanyalah kebisingan menuju kekalahan.'