WOIII AMBIK PAPER JURUSAN APA WOIII....
Berderet pula ulama Pas dapat PhD dari Indonesia, tetapi ini komen para netizen
Sekumpulan ulama Pas dikhabarkan sudah memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari universiti di Indonesia.
Hantaran di Facebook Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat, Mokhtar Senik hari ini memaklumkan beliau dan 11 lagi rakannya mendapat PhD dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.
Antaranya, ‘geng’ NGO Geng Ustaz (GU) iaitu Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Nik Bakri Nik Mat.
Mokhtar turut berkongsikan poster ucapan tahniah kesemua mereka didahului dirinya sendiri yang lengkap berpakaian istiadat konvokesyen.
Bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pahang itu memberitahu mereka mengambil tempoh hampir satu dekad untuk dianugerahkan PhD.
“Allah hadiahkan pemberian-Nya pada bulan Ramadhan 1446. Tidak sedikit kepayahan kami 12 orang lalui. Namun, semuanya sangat indah. Yang paling indah ialah ukhuwah,” katanya.
Berhubung soalan salah seorang warganet berkenaan ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana, Mokhtar menjawab kedua-dua ijazah itu diperolehnya dari universiti sama.
Rata-rata meluahkan rasa tidak percaya selain mempersoal penarafan universiti tersebut yang berada di kedudukan ke-66 terbaik di Indonesia, tangga ke-1,318 di Asia dan tempat ke-3,880 di dunia.
“Orang lain masuk universiti yang ada penarafan tinggi, diperaku pensijilan dan MQA, ada sistem merit yang jelas, terlibat dengan kerja kajian dan kupasan, terbit jurnal sana sini, bentang keras kerja dan masuk viva sebelum diperaku kajian dan dianugerahkan dengan sekeping keras bertaraf PhD. Ini apa?” bidas warganet.
No comments:
Post a Comment