Anwar beri komitmen penuh laksana cadangan 10 tahun khidmat PM



 


Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi komitmen penuh untuk melaksanakan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.


Setiausaha Akhbar Kanan PM, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata, agenda tersebut tidak wajar dijadikan bahan politik perkauman sempit dan dangkal.


Anwar mengeluarkan peringatan tersebut kepada segelintir pihak yang cuba berbuat demikian, khususnya pembangkang.


Beliau berkata, Perdana Menteri tegas berpandangan roh dan sifat jawatan itu sudah ‘terang lagikan bersuluh’, seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Menurutnya, langkah mengehadkan tempoh jawatan itu nyata tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas tersebut, malah ia dilihat satu langkah penting dalam menjamin kematangan demokrasi negara.


Dalam masa sama, Perdana Menteri turut menggesa mana-mana Ahli Parlimen yang mempersoal perkara ini supaya membaca sebelum mengkritik secara semberono.

“Baca dan hadam buku tulisan Anwar Ibrahim yakni ‘Membangun Negara Madani’.




“Sila rujuk muka surat 181, di bawah tajuk ‘Dasar Keutamaan Untuk Malaysia Yang Lebih Baik,” katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung hari ini.





No comments: