Apabila agama dikuasai dengan emosi dan kejahilan.


MSO


Kita membaca berita seorang lelaki tua didakwa telah menampar berkali kali seseorang di sebuah pasar raya kerana ia makan di khalayak. Kejadian ini berlaku di Johor. 


Lelaki itu muslim konon hendak menegakkan kebenaran dengan bertindak demikian. Memanglah dilarang makan di bulan puasa, tetapi itu hanya bagi orang muslim dan tidak kepada bukan muslim.


Sebagai memghormati kepelbagai agama sesuai dengan undang undang negara, orang bukan Islam perlu mengelak daripada makan atau minum di khayalak saat orang muslim berpuasa, kerana perbuatan itu sebagai tidak baik dan menganggu nafsu makan orang berpuasa.


Namun bukan menjadi hak dan tanggungjawab diizinkan oleh Islam agar menampar mana mana bukan Islam yang tidak berpuasa. Mungkin setakat menegur dan mengarahkan dibenarkan, bukannya menampar, menyakiti dan mengaibkan.


Lelaki yang ditampar itu katanya enggan menyerahkan Kad Pengenalannya yang diminta lelaki itu untuk mengesahkan dia bukan Islam, gara gara itu ia ditampar. Memang bukan hak dia menyerahkan dokumen peribadinya kepda pihak tanpa kuasa. 


Apa bila lelaki musim itu tidak memahami situasi dan peraturan terjdilah perbuatan melampaui batas itu.  Niatnya untuk menjaga agamanya juga sudah tersasar. Perbuatannya itu bukan lagi mencegah atau seruan dakwah tetapi dicaj sebagai jenayah. Nawaitu baik hasilnya buruk.


Dalam kes ini, ia terjadi apabila lelaki Islam berkenaan telah menggunakan nafsu dan emosinya untuk mempertahankan agama. Al hasilnya ia memberi gambaran buruk, kejam dan melampau terhadap agamanya, ini merugikan. 


Salah satu asas penting dan syarat diletakkan Islam kepada penganutnya ialah mesti berakal. Islam itu hanya terpakai kepada yang berakal, tidak kepada yang gila.


Maka kalau kita ingin membela agama, atau melaksanakan suruhan Tuhan berbuatkah dengan menggunakan akal fikiran dan bukan dengan nafsu dan emosi. 


Sekarang banyak orang Islam menggunakan nafsu untuk mempertahankan agama, meninggalkan kehemahan dan budi pekerti dalam usaha menegakkan kebenaran, terutama yang menggunakan politik sebagai mekanismenya. Agama dijadikan kesen untuk mencerca pihak lain.


Lantaran kesilapan itu, menggunakan emosi untuk agama, natijahnya memberi imej buruk dan tempias kepada agama Islam yang suci itu. Berwaspada dan insaflah sebeljm berbuat sesuatu tindakan jangan sampai orang bukan Islam menganggap Islam itu kejam, tidak perikamanusiaan dan dan zalim. 


Elakkan dan berhemahlah kita dalam apa keadaan dan dimana sahaja. Famahilah hang agama itu al nasihah. Trims.



No comments: