NAK BERTANDING CALON. PMX KENA BALUN KAW KAW, KAMU SEMBUNYI DALAM GUA. TU NAK BERTANDING? BAIK HENTIKAN.


 MSO


Minggu pencalonan.


UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI. 




Minggu ini merupakan minggu perncalonan untuk merebut jawatan dalam Keadilan terutamanya diperingkat cabang. Sementara mereka yang berhajat untuk merebut jawatan diperingkat pusat juga sudah mula membuat tawaran menjual diri.


Banyak di medsos kita lihat gambar-gambar atau poster calon dimuatkan untuk memaklumkan penglibatan mereka dalam pertandingan itu. Berbagai fesyen atau gaya dimuatkan untuk menarik perhatian, setengahnya ada macam stail penyanyi pop yeh yeh. Ada juga yang macam peraih garam.


Ini adalah trend baru membuat pengumuman dan berkempen dalam medsos. Tidak payah lagi bersusah payah turun ke ranting atau ke negeri untuk berkempen, khasnya yang tidak berduit, cukup dengan memaparkan rupa diri dan sebut nama jawatan dalam medsos.


Namun kalau setakat itu itu rasanya tidak cukup. Belum akurat untuk dipilih sebagai ketua, kalau setakat masukkan gambar segak dan handsome bersama pemimpin bertaraf menteri dan bagi tahu jawatan yang ditandingi. Seboleh dan eloknya setiap calon perlu sertakan sama latar belakang atau iktisad mereka untuk dikenali. Misalnya bagi sedikit pengalaman, pendidikan atau profesyen.


Yang terbaik juga bentangkan apakah rancangan dan wawasan anda untuk dipilih jadi ketua.  Kemukakan agenda dan framework anda hendak laksanakan nanti. Apakah bentuk perubahan yang akan dilakukan. Jelas dan huraikan secara ringkas macam mana kaedah untuk anda perhebatkan perjuangan parti kelak.


Dari situ ahli dapat membuat penilaian apakah anda mampu atau tidak, untuk memikul sesuatu jawatan. Apa lagi butiran atau subjek ini perlu sekiranya ditempat anda itu berlaku pertandingan lebih daripada tiga penjuru. Kalau diawal awal lagi anda merasakan tidak berkeupayaan, baik surrender sajalah.


Parti Keadilan kian menapak dewasa, sudah berumur 26 tahun, dan berhadapan dengan peredaran masa cukup mencabar. Apa yang signifikannya kini, ia merupakan back bone kerajaan. Lantaran itu memerlukan pemimpin yang berkualiti dan kompeten. Yang perlu disedari juga presiden anda seorang yang menekankan kepada kepelbagaian ilmu dan perlu ada ketrampilan diri. Aspirasi ini perlu difahami dan dihayati. 


Seseorang yang hendak menawarkan diri sebagai pemimpin mesti ada basis pengurusan dan pentadbiran serta luas pengetahuan. Lagi elok kalau menguasai ekonomi dan arif agama. Jangan asal borang pencalonan anda diterima untuk jadi calon kira dah ok. Jangan mangsakan demokrasi.


Apa lagi kalau anda bertanding kerana strategi untuk mengalahkan pihak lain, atau disuruh, bertujuan pecah undi itu sangat dangkal dan tidak professional. Kalau begitu caranya anda tidak lebih daripada dijadikan alat. Sebaik baik yang hendak tawarkan diri sebagai ketua ukurlah baju dibadan sendiri.


 Trims. Foto hiasan.




No comments: