
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama sempena Rumah Terbuka Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Kuala Lumpur pada Isnin.
KUALA LUMPUR, 3 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kabinet mengambil pendekatan terbuka dalam usaha mengadakan perbincangan membabitkan isu berkaitan digital.
Menurut Perdana Menteri, mereka juga perlu keluar daripada kepompong pemikiran lama, biarpun belum ada sebarang keputusan berkaitan pendigitalan dimuktamadkan setakat ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet antara lain perlu mencari jalan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dengan mengambil kira apa-apa faktor tanpa bersyarat.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Rumah Terbuka Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.
Difahamkan kerajaan sedang giat berusaha menambah baik ekosistem digital agar lebih mesra rakyat selain memastikan pendigitalan menjadi agenda penting nasional.
No comments:
Post a Comment