MCA TERASA KINI.


 KUALA LUMPUR, FEB 3 - Presiden MCA, Wee Ka Siong mendedahkan bahawa “orang luar” tertentu telah mencadangkan agar UMNO menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN). Dia berkata MCA “menunggu” keputusan UMNO. 



Tanpa memetik nama, Wee menegaskan bahawa sesetengah orang yang tidak pernah menjadi sebahagian daripada BN kini menikmati hubungan rapat dengan UMNO.


Ironinya, dia berkata mereka adalah pihak yang sama sebelum ini menuduh MCA mengkhianati masyarakat Cina kerana hubungannya dengan UMNO.


Dalam video wawancara bersama dengan akhbar Cina, Wee menekankan bahawa “orang luar” itu kini memegang jawatan kerajaan bersama UMNO, yang menjelaskan keakraban baru mereka.


Meski tidak memetik mana-mana nama, Wee dipercayai merujuk kepada DAP yang merupakan seteru dan pesaing MCA, terutama dalam meraih sokongan pengundi dari kalangan masyarakat Cina.


#BeritaKS



No comments: