KEMBAR SIAM YANG TERPISAH DAN TERTINGGAL


 MSO


Nostalgia.


KEMBAR SIAM YANG TERPISAH DAN TERTINGGAL



Gambar ini saya rakam di atas Bukit Jiad berdekatan Masjidi Haram di Makkah pada tahun 2000. Ketika ini Azmin Ali, Ezam Mohd Noor sedang melarikan diri daripada buruan polis sambil mengerjakan umrah.


Berkebtulan saya juga berada di tanah haram ketika itu. Suatu malam kami ke majid di Bukit Jiad untuk beramah mesra dengan jemaah disitu kebanyakannya orang Petani dan Kelantan. 


Di masjid itu kami sempat mendirikan solat hajat untuk keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diringkukkan dalam penjara. 


Yang berada ditengah itu, imam masjid berkenaan (lupa nama khabarnya sudah meninggal). Beliau menjadikan imam solat hajat mendoakan kesejahtraan buat Anwar Ibrahim.


Azmin dan Ezam adalah pejuang reformasi paling utama dan mereka menjadi nadi dan penggeraknya. Melihat keulitan mereka inilah saya menyebut mereka sebagai Kembar Siam. 


Saya mengatakan kepada Azmin dan Ezam, perjuangan untuk membebaskan Anwar dan Reformasi tidak akan mudah dikalahkan selagi mereka utuh kekal dan setia kepada boss mereka, Anwar Ibrahim. 


"Min kamu terus berada di sebelah kanan Anwar, manakala Ezam kekal berdiri disebelah kirinnya. Kamu adalah kembar siam, pendamping Anwar" bilang saya.


Perjalanan hari yang disinarkan sang suria  dan diindahkan bulan dimalam hari tidak kekal. Panas tidak sampai ke petang, bulan tidak sepanjangnya purnama. Kembar siam ini akhirnya terpisah, lebih malang lagi berenggang dan bergaduh sesama sendiri. 


Keduanya telah berlalu dari Anwr yang kini sudah bersemayam di singgahsana pejuangan.


Justeru ada baik dan tidaknya kalau kembar siam dipisahkan. Pemisahan boleh menyebabkan kematian, sebaliknya juga boleh menyebabkan keduanya hidup dan selamat. 


Malangnya kembar siam ini tidak bernasib baik mereka terpisah dan ketinggalan jauh dari buana harapan dan perjuangan yang tertakhta sebelum ini.


Sambil mengeluas perasaan saya berharap agar tuanya kembali mempersatukan mereka ke alam hidup seperti sebelum ini. Semoga. Trims.



No comments: