MSO
PAS DAN AMANAH DUA KALI LIMA
Malam tadi MB Kedah Sanusi Md Noor meneruskan semula misi jual temberang selepas banjir surut di Kedah menerusi suatu majlis ceramah dinamakan himpunan ummah.
Malam tadi dia kata parti Amanah sebagai parti cakui yang ditubuhkan oleh Dap. Dia cuba membina naratif Amanah wujud kerana usaha Dap. Begitu lebongnya MB Kedah itu menjual kelentong tak berbungkus kepada pendengar.
Tiada bukti secara saintifik dan berfakta terhadap apa yang dituduh Sanusi itu melainkan untuk fitnah, tidak pelek kerana itu budayanya.
Sebenarnya kalau hendak dikira dari tafsiran politik, Pas juga dahulu wujud hasil pecah dan perintah penjajah British. Britislah yang menghasut para ulama agar berpisah daripada Umno dan tubuh Pas. British yang membidani kelahiran Pas yang diazankan oleh Umno. Tak usah agahlah Nusi.
Niat penjajah jelas mereka mahu pecahkan perpaduan Melayu ketika itu untuk senang mereka memerintah. Dasar pecah dan perintah itu melahirkan Pas. Hakikat ini menjadikan Pas dua kali lima dengan Amanah. Bapak borek anak rintik.
Dan kerja Pas kini mewarisi kerja buruk penjajah memecah belah ummah dengan doktrin keagamaan. Trims.
No comments:
Post a Comment