LAAAAA.... KENAPA TAK SAMAN... LEMBAB TUL LA KORANG NIH...

 



Pemimpin Bersatu Badrul Hisham Saharin atau lebih dikenali Chegubard memohon maaf kepada Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan berunsur fitnah terhadap anak syarikat Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) itu berhubung projek Selangor Maritime Gateway.



LLSB memaklumkan Badrul membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu lalu sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian saman sivil syarikat itu terhadap ketua bahagian Bersatu Port Dickson itu.


"Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa berdasarkan cadangan daripada Chegubard untuk penyelesaian di luar mahkamah, pihak-pihak yang terlibat dalam saman ini telah mencapai penyelesaian secara baik.


"Sebagai sebahagian daripada penyelesaian ini, Chegubard telah membuat permohonan maaf secara terbuka di mahkamah di hadapan hakim yang mengendalikan kes ini."


Berita penuh: https://mk.my/F0xpKX3



No comments: