Parlimen Bukan Tempat Bertegang Urat, Maki Hamun – Agong

 


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah agar wakil rakyat menjadikan Parlimen membahaskan agenda kepentingan rakyat, bukan tempat menabur fitnah. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Ahli Parlimen menghentikan tindakan bermain politik atas setiap isu.

Baginda bertitah, Parlimen adalah dewan perhimpunan paling utama yang menjadi gelanggang pertemuan suara rakyat, tempat undang-undang digubal dan menjadi medan semak serta imbang atas pentadbiran negara.

“Parlimen bukan tempat untuk bertegang urat, memaki hamun atau menabur fitnah, tetapi adalah dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.

“Ahli Yang Berhormat hendaklah menjadi benteng perpaduan negara dan bukannya ejen perpecahan rakyat.

“Justeru, hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu dan jangan hanya mementingkan parti atau kelompok sendiri saja,” titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.



No comments: