TAHAP TAK SAMPAI 100 KEDUDUKAN LAGI

 


Pemergian mengejut ketua jurulatih skuad bola sepak negara, Kim Pan-gon, perlu ditangani dengan sebaiknya oleh pemangku, Pau Marti Vincente, dengan cabaran terbesar ialah mempersiapkan Harimau Malaya untuk menghadapi saingan dalam masa terdekat, iaitu Pestabola Merdeka.



Penganalisis sukan Astro ARENA, Zainal Abidin Rawop berpandangan, jika berpijak di bumi nyata, skuad negara masih berada di tahap yang sama, dan masih sukar menembusi kedudukan 100 terbaik dunia.


Tambahnya lagi, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus memberi kebebasan sepenuhnya untuk Pau Marti ‘berkarya’, dan biarkan beliau menjelajah ke seluruh negara untuk mencari barisan pemain yang baharu bagi mengimbangi skuad sedia ada.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews