FORUM WAKAF TINGKAT EKONOMI UMMAT

 


Forum Bicara al-Din Wakaf Tingkatkan Sosio Ekonomi Negara, sempena Majlis Menandatangi Perjanjian Perlantikan Mutawalli di Antara IKIM dan MAiWP bersama Ybhg Dr Razali Othman (AJK Wakaf Maiwp) dan saudara Mohammad Syafiq (moderator). Saya on behalf sebagai ahli IKIM di samping ACIS, UiTM menyertai wacana tersebut. Baru sedar rupanya saya telah lama berfriend dengan Datuk Syed Kamarulzaman, Pengerusi MAIWP. Semalam dapat bersua secara tatap muka. Masya Allah, hebat orangnya. 





Saya turut memperkenalkan peranan Sheikh Junid Thala dalam bukunya Mengadakan Kaifiyat Waqaf Muslimin yang ditulis pada tahun 1348 Hijriah (+-1929 Masehi). Dalam risalah setebal 29 muka surat, Sheikh Junid memperkenal 100 kaifiyat membuat wakaf kepada segenap lapisan masyarakat Melayu yang mempunyai pendapatan daripada 6 sumber iaitu tanah darat, zakat, wang ripi, tanah pertanian, perniagaan dan pertukangan.


Antara cadangan bernas beliau yang melangkaui zamannya adalah seperti membangunkan pusat jana elektrik, jambatan bertol, rumah asap getah, jeti, gudang simpan barang di pelabuhan, pusat kesihatan-terapi di tepi pantai, muzium, pusat rekreasi perkelahan tepi sungai dan sebagainya yang boleh dijadikan aset wakaf. Hasil daripada pendapatan aset tersebut digunakan untuk kegunaan umat Islam (halaman 11-17).


Sheikh Junid beraliran tajdid yang terpengaruh dengan pembaharuan di al-Azhar, Mesir waktu itu. Dia bukan Salafi yang menghabiskan masa mengkritik dan membid'ahkan amalan masyarakat setempat. Sebaliknya tajdid beliau terfokus pada peningkatan ekonomi umat Islam yang diaplikasi dengan jayanya di sekitar Padang Rengas, Perak.


Beliau layak diangkat sebagai 'Bapa Pembangunan Wakaf di Nusantara'.


Soalan saya, adakah saya yang bertubuh besar atau fizikal orang lain yang sederhana?.. Musykil..


Dr HK

16.7.2024




No comments: