KENA 6 BULAN HANG KERIAU. ORANG YANG HANG TAWAR BUNUH TU.. 15 TAHUN DALAM JEL. KIRA HANG NI LEKEH LA NO.


Wajah walaun keriau bila kena jel 6 bulan. Aku nak kata padan muka hang ja. Selama dalam arus reformasi, kami tidak diajar sampai nak bunuh pun. Kalau ikut jahatnya mahazalim, ramai marah, tapi dalam politik tak macam ko yang memang bodoh. Menyusahkan diri dan keluarga. Otak tak da ka? 


Hisham Fauzi


 Kadang-kadang kami peguam ni rasa kesian kepada orang yg kalau dapat keyboard jer terus tak sedar dah apa yang ditulis. 



Ataupun yang jenis buat video tiktok konon kontroversi untuk jadi fyp sampai sanggup mengeluarkan ugutan jenayah secara terbuka.


Jangan main-main saudara....


Ugutan merupakan satu kesalahan jenayah dibawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN UGUTAN JENAYAH


Ugutan jenayah telah ditafsirkan di dalam seksyen 503 Kanun Keseksaan yang mana secara ringkasnya sebagai mengugut untuk mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan, nama baik, harta, dengan niat untuk mencetus kegentaran (ketakutan) kepada mangsa atau untuk memaksa mangsa tersebut melakukan atau tidak melakukan sesuatu.


Sebagai contoh “aku akan tumbuk muka engkau sampai tercabut gigi kalau kau tak mintak maaf sekarang!”


HUKUMAN


Terdapat 2 jenis hukuman yang terdapat didalam seksyen 506 Kanun Keseksaan bergantung kepada jenis atau tahap ugutan tersebut sepertimana berikut;


Sekiranya ugutan untuk menyebabkan kematian, cedera parah, kerosakan melalui kebakaran (seperti bakar rumah), mentohmahkan seorang perempuan sebagai jalang, atau hendak menyebabkan apa-apa perbuatan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara boleh sampai 7 tahun ; maka seseorang itu boleh dijatuhkan hukuman penjara boleh sampai 7 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali;


Sekiranya ugutan tersebut selain yang dinyatakan di atas – hukuman penjara boleh sampai 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.


Jadi, kalau pun anda rasa anda betul dan seseorang itu salah, gunakanlah saluran undang-undang yang betul dengan membuat laporan polis dan/atau melantik peguam bagi mengambil tindakan perundangan. Bukannya dengan cara mengugut dan memviral. Akibatnya silap-silap anda yang masuk "ke dalam" dulu...



No comments: