KENAPA 6 MP KEKAL.

 

Zainuddin Omar


Korang ramai-ramai MP yang luluskan pindaan perlembagaan ini dan sekarang ada MP yang mahu bawa ia ke mahkamah sebab parti mereka hilang kerusi. 



Seorang ahli parlimen tidak boleh terhenti menjadi anggota dewan semata-mata kerana DIPECAT daripada parti politiknya.


Hanya ahli parlimen SUKARELA meninggalkan parti akan menyebabkan dia kehilangan kerusi itu.


Faham tak?


Kerusi ahli parlimen terbabit tetap KEKAL jika tindakan tersebut menyebabkan keahliannya dipecat.


********************

Percanggahan dalam perlembagaan membolehkan enam bekas ahli parlimen Bersatu terus mengekalkan kerusi masing-masing di Dewan Rakyat, kata seorang peguam.


Pada masa sama, Mohamed Haniff Khatri Abdulla turut mempersoalkan mengapa semua 222 ahli Dewan Rakyat tidak melihat percanggahan itu sebelum meluluskan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dua tahun lalu.


Peguam itu menegaskan kewaspadaan di pihak ahli parlimen terbabit sepatutnya boleh memastikan pindaan perlembagaan berkenaan dapat menangani isu enam ahli parlimen Bersatu yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim

Kata peguam kanan itu, ada satu subklausa dalam perkara 49A itu menyatakan seseorang ahli parlimen akan berhenti menjadi ahli parlimen jika dia meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli bagi parti politik yang menjadi tiket dia bertanding - dan menang - dalam sesebuah pilihan raya.


Bagaimanapun, menurut Haniff Khatri, subklausa itu menyatakan seorang ahli parlimen tidak boleh terhenti menjadi anggota dewan semata-mata kerana dipecat daripada parti politiknya.


Peguam itu berkata peruntukan perlembagaan semasa menyatakan tindakan ahli parlimen sukarela meninggalkan parti akan menyebabkan dia kehilangan kerusi itu.


Bagaimanapun kerusi ahli parlimen terbabit tetap kekal jika tindakan tersebut menyebabkan keahliannya dipecat.


"Mengapa 222 ahli parlimen tidak melihat perkara ini (semasa menggubal akta tersebut dulu)?


"Adakah mereka buta semasa membentangkan rang undang-undang itu?


"Mereka tidak nampak percanggahan itu? Mengapa mereka tidak membetulkannya ketika itu?" kata Haniff kepada KiniTV dalam temu bual eksklusif.


Bersatu sebelum ini menghantar pemakluman bertulis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, bahawa enam ahli parlimennya yang menyatakan sokongan kepada Anwar tidak lagi menjadi ahli parti terbabit.


Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Zulkafperi Hanapi ( Tanjong Karang).


Bagaimanapun Johari membuat ketetapan semua enam ahli parlimen berkenaan kekal dengan kedudukan sedia ada kerana pindaan perlembagaan dilakukan Bersatu baru-baru ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.



No comments: