KERJASAMA DENGAN ERICSSON

 


Pelaburan dan kerjasama berterusan dengan syarikat telekomunikasi Ericsson, mampu meletakkan Malaysia menjadi negara teknologi 5G terkemuka di persada dunia.






Hasrat itu dizahirkan sewaktu pertemuan dengan delegasi Ericsson yang diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Mr Börje Ekholm. 


Melalui pertemuan ini, kami berbicara seputar berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang sudah melebihi 80 peratus daripada Kawasan Berpenduduk yang Diliputi (CoPA-Coverage of Populated Area) dengan  mencatatkan prestasi dan pengalaman pengguna antara yang terbaik di dunia. 


Susulan kejayaan pelaksanaan 5G di Malaysia, saya mengalu-alukan pelaburan, kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran dalam meningkatkan keupayaan peluasan rangkaian 5G yang boleh dimanfaatkan oleh semua sektor. 


Saya berharap agar kerjasama erat ini dapat memacu penggunaan 5G secara meluas hatta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

 

==========


Continued investment and collaboration with telecommunication company, Ericsson can position Malaysia as a leading 5G technology country on the world stage.


I expressed that desire during a meeting with the Ericsson delegation led by the President and CEO of the group Mr. Börje Ekholm today.


#MalaysiaMADANI



No comments: