VIDEO INSIDE - SAMDOL NI BUKAN CERDIK PUN.

Che Ibrahim


Budak, tapi nak main dgn orang tua.... MP kamu tu atas tiket PN, mereka hanya digugur ahli parti Bersatu, bukan PN.... Itu pun tarak faham ke???



 Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul belum menerima sebarang bukti bertulis daripada Perikatan Nasional (PN) berhubung status Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.


Ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, Johari berkata berdasarkan rekod, bekas ahli Bersatu itu masih berada di bawah PN.


"Ada bukti hitam putih yang PN tulis untuk saya tarik dia keluar (daripada kedudukan dalam Dewan sekarang)?


"Kena tulis, saya tak tahu. Bersatu ada (hantar surat) tetapi PN belum, sebab rekod kita ikut PN, bukan Bersatu atau PAS. Sila buat demikian, Setiausaha Agung (PN) pun ada di sini," katanya.


Terdahulu, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) bangkit mempersoalkan kedudukan Syed Abu Hussin Hafiz ketika beliau mengemukakan soalan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada sesi itu.


Sumber video:https://www.youtube.com/live/gIIhleZbbEw



No comments: