Che Ibrahim
Semalam ambo dikunjungi oleh ibu mangsa yang mari ke rumah ambo bersama anak anak saudara ambo, terguris hati kecil ambo walaupun beliau secara berseloroh menyebut.... Andainya arwah ada, mungkin Kak Ani dah jodohkan dengan anak saudara ustaz ni.....
Bilakah nasib malang kematian anak yang tidak berdosa ini akan terbela?? Bilakah nasib keluarga mangsa yang kehilangan anak lelaki tunggalnya mendapat pembelaan sewajarnya??
Setahu ambo Polis Draja Malaysia antara yang tercekap di dunia, malangnya mengapa siasatan ke atas kematian ini tertangguh tangguh dan belum berkeputusan, apakah misteri dan ada kuasa ghaib yang cuba menutup kejadian hitam ini???.
Pilunya hati ambo apabila ibu mangsa memaklumkan sukarnya beliau sekeluarga untuk mengubah sebab kematian dalam Sijil Mati dari bunuh diri kepada mati dibunuh sehingga berkali kali ulang alik ke jabatan berkenaan.
Lebih aneh lagi apabila suara pejuang dan pemimpin Pas menjadi kelu dan bisu walaupun pembunuhan ini berlaku di Maahad Tahfiz yang menjadi kebanggaan Pas dan Kerajaan Kelantan, tidak seperti lazimnya apabila berlaku kes kes seumpama ini di tempat lain seperti kematian ahli bomba, Mohd Adib di Kuil Sri Maha Mariammam.
Hati ambo semakin menangis dan terkedu apabila berbagai misteri dan kisah pelik pelik diceritakan oleh ibu mangsa yang sudah hampir 10 tahun mencari keadilan atas kematian anaknya.