LIHATLAH RAKYAT MALAYSIA – INILAH SKANDAL PALING TERKUTUK, DERMA UNTUK PALESTIN PUN TERGAMAK DISAKAU

 

APA PUNYA TAK MALU- DUIT MINTA DERMA ATAS NAMA KESUSAHAN PENDERITAAN RAKYAT PALESTINE- HANGPA BOLEH SAPU ?


Pendakwaan kes pecah amanah, tipu dan ubah wang haram berjumlah RM39.5 juta yang dikaitkan dengan Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mencuri tumpuan susulan keseluruhan 164 pertuduhan yang dihadapi tiga tertuduh.

Difahamkan, dua jam masa diambil untuk membaca semua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Selain Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58, dan CEO, Awang Suffian Awang Piut, 52, turut didakwa semalam adalah pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 49.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan.

BH memperincikan pertuduhan dihadapi ketiga-tiga tertuduh itu:

52 PERTUDUHAN PECAH AMANAH

Bagi kesalahan pecah amanah, Abdullah Zaik dan Awang Suffian masing-masing didakwa atas 52 pertuduhan sebagai Pengarah Samudra Champa Sdn Bhd (Samudra Champa) yang diamanahkan dengan harta milik Aman Palestin iaitu wang RM20,946,498.80.

Mereka masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Bandar Baru Bangi antara 12 Mac 2018 hingga 3 November 2023

Berikut Perinciannya:

– 12 Mac 2018 (RM1,000) 

– 31 Mei 2018 (RM500,000)

– 1 Jun 2018 (RM500,000) 

– 9 Ogos 2018 (RM500,000) 

– 28 Ogos 2018 (RM500,000) 

– 30 Ogos 018 (RM217,000)

– 25 September 2018 (RM500,000) 

– 26 Februari 2019 (RM88,498.80) 

– 19 Mac 2019 (RM100,000)

– 27 April 2019 (RM150,000) 

– 13 Mei 2019 (RM400,000) 

– 29 Mei 2019 (RM500,000) 

– 29 Mei 2019 (RM500,000) 

– 30 Mei 2019 (RM500,000) 

– 4 September 2019 (RM300,000) 

– 2 Oktober 2019 (RM300,000) 

– 16 Oktober 2019 (RM250,000) 

– 16 Oktober 2019 (RM250,000)

– 6 November 2019 (RM500,000) 

– 31 Disember 2019 (RM500,000) 

– 1 Januari 2020 (RM500,000)

– 26 April 2020 (RM200,000) 

– 4 Jun 2020 (RM300,000) 

– 14 Julai 2020 (RM300,0000) 

– 14 Ogos 2020 (RM300,000) 

– 9 September 2020 (RM250,000)

– 23 Oktober 2020 (RM200,000) 

– 26 Oktober 2020 (RM500,000) 

– 17 Disember 2020 (RM500,000) 

– 21 Disember 2020 (RM500,000) 

– 21 Disember 2020 (RM500,000) 

– 23 Disember 2020 (RM500,000) 

– 23 Disember 2020 (RM500,000) 

– 24 Disember 2020 (RM500,000) 

– 27 Disember 2020 (RM500,000) 

– 27 Disember 2020 (RM500,000) 

– 29 Disember 2020 (RM500,000) 

– 4 Oktober 2021 (RM500,000) 

– 4 Oktober 2021 (RM500,000) 

– 12 Mei 2022 (RM1 juta) 

– 40 Disember 2022 (RM340,000) 

– 9 Januari 2023 (RM200,000) 

– 27 Januari 2023 (RM300,000) 

– 3 April 2023 (RM200,000) 

– 10 Julai 2023 (RM500,000) 

– 8 Ogos 2023 (RM500,000) 

– 8 Ogos 2023 (RM500,000) 

– 1 September 2023 (RM500,000)

– 13 September 2023 (RM500,000) 

– 13 September 2023 (RM500,000) 

– 3 November 2023 (RM500,000) 

– 3 November 2023 (RM500,000) 

19 PERTUDUHAN: PENIPUAN RM39 JUTA, PEMBELIAN EMAS 131KG

Abdullah Zaik dan Awang Suffian didakwa secara bersama bagi 19 pertuduhan iaitu dengan curangnya memperdayakan Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin untuk menyerahkan wang RM39,150,000 kepada syarikat sama.

Ia bagi pembelian emas sedangkan harga pembeliannya lebih rendah iaitu RM33,399,970 yang mana Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin Berhad tidak akan menyerahkan wang jika tidak diperdayakan sedemikian oleh kedua-dua tertuduh.

Kedua-dua lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan berkenaan di pejabat Aman Palestin di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, antara 24 September 2021 hingga 14 Julai 2023, mengikut Seksyen 420 KK dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun, sebat dan denda.

Berikut perinciannya:

– 24 September 2021: RM500,000 bagi pembelian emas seberat 2,000 gram (harga sebenar RM474,067)

– 28 September 2021: RM1 juta bagi pembelian emas seberat 4,000 gram (harga sebenar RM947,851)

– 29 September 2021: RM1 juta bagi pembelian emas seberat 4,000 gram (harga RM940,356)

– 30 September 2021: RM1 juta bagi pembelian emas seberat 4,000 gram (harga sebenar RM938,680) 

– 4 Oktober 2021: RM1 juta bagi pembelian emas seberat 4,000 gram (harga sebenar RM950,682)

– 18 Oktober 2021: RM3 juta bagi pembelian emas seberat 9,000 gram (harga sebenar RM2.215 juta) 

– 30 Disember 2021: RM4 juta bagi pembelian emas seberat 12,000 gram (harga sebenar RM2.931 juta) 

– 12 Mei 2022: RM2 juta bagi pembelian emas seberat 7,000 gram (harga sebenar RM1.844 juta) 

– 23 Mei 2022: RM3 juta bagi pembelian emas seberat 10,000g (harga sebenar RM2.630 juta) 

– 14 Jun 2022: RM3 juta bagi pembelian emas seberat 10,000g (harga sebenar RM2.611 juta) 

– 27 Jun 2022: RM3 juta bagi pembelian emas seberat 10,000g (harga sebenar RM2.615 juta) 

– 23 September 2022: RM1.5 juta bagi pembelian emas seberat 5,000g (harga sebenar RM1.235 juta) 

– 4 Oktober 2022: RM1.5 juta bagi pembelian emas seberat 5,000g (harga sebenar RM1.251 juta) 

– 11 Oktober 2022: RM3 juta bagi pembelian emas seberat 10,000g (harga sebenar RM2.522 juta)

– 8 November 2022: RM3 juta bagi pembelian emas seberat 10,000g (harga sebenar RM2.562 juta)

– 25 November 2022: RM3 juta bagi pembelian emas seberat 10,000g (harga sebenar RM2.532 juta)

– 15 Februari 2023: RM1.5 juta bagi pembelian emas seberat 5,000g (harga sebenar RM1.301 juta) 

– 8 Jun 2023: RM1.5 juta bagi pembelian emas seberat 5,000g (harga sebenar RM1.453 juta) 

– 4 Julai 2023: RM1.5 juta bagi pembelian emas seberat 5,000g (harga sebenar RM1.439 juta) 

LEBIH RM12.8 JUTA WANG HARAM BELI KERETA, HARTANAH

Abdullah Zaik dan Awang Suffian juga masing-masing berdepan 19 pertuduhan lagi sebagai pengarah syarikat terbabit menggunakan hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM12,833,772.16.

Ia sebagai bayaran bagi pembelian sebuah rumah, rumah kedai, lot tanah, lot kedai, kilang pejabat berkembar dan sebuah kereta Toyata Vellfire bagi pihak Samudra Champa.

Berikut perinciannya:

– Antara 1 Jun dan 24 September 2018 di Maybank, Bandar Baru Bangi: RM1.162 juta bagi pembelian sebuah rumah Semi-D di Tropicana Height, Kajang 

– Antara 17 Januari 2019 dan 11 Februari 2019 di CIMB, Universiti Kebangsaan Malaysia: RM463,000 bayaran bagi pembelian sebuah Rumah Kedai 3 Tingkat di Jalan Gopeng, Ipoh

– Pada 12 November 2018, di RHB Islamic Bank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM300,000 bayaran bagi pembelian sebuah Rumah Kedai 3 Tingkat di Jalan Gopeng, Ipoh

– Pada 12 November 2018, di Bank Muamalat Malaysia Berhad, Kajang: RM317,000 bayaran bagi pembelian sebuah Rumah Kedai 3 Tingkat di Jalan Gopeng, Ipoh 

– Antara 26 Disember 2019 dan 29 Ogos 2020, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM95,000 bayaran bagi pembelian lot tanah PT2980 Mukim Rasa, Hulu Selangor 

– Antara 26 Disember 2019 dan 29 Ogos 2020, di Maybank, Bandar Baru Bangi: RM95,000 bayaran bagi pembelian lot tanah PT2981, Mukim Rasa, Hulu Selangor 

– Pada November 2018, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM135,000 bayaran bagi pembelian lot tanah PT561, Mukim Ulu Yam, Batang Kali, Hulu Selangor.

– Pada 22 November 2018, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM135,000 bayaran bagi pembelian lot tanah di Lot 2613, Mukim Ulu Yam, Hulu Selangor 

– Antara 21 Jun 2019 dan 20 April 2020, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM167,550 bayaran bagi pembelian lot tanah di Lot 2210, Mukim Ulu Yam, Hulu Selangor.

– Antara 21 Jun 2019 dan 20 April 2020, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM167,550 bayaran bagi pembelian lot tanah di Lot 2211, Mukim Ulu Yam, Batang Kali, Hulu Selangor.

– Antara 18 Februari 2020 dan 4 Jun 2020 di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM360,000 bayaran bagi pembelian lot tanah di Institut Tahfiz Saba, Lot 415, Mukim Kerling, Off Jalan Besar, Hulu Selangor. 

– Antara 18 Februari 2020 dan 4 Jun 2020 di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM280,000 bayaran bagi pembelian lot tanah di Lot 127, Batu 5, Mukim Kerling, Hulu Selangor. 

– Antara 28 Februari 2019 dan 12 Julai 2019, Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM809,210 bayaran bagi pembelian lot tanah di Lot 1442, Sungai Tenang, Mukim Batang Kali, Hulu Selangor.

– Pada 19 Ogos 2021, di Maybank Berhad,, Bandar Baru Bangi: RM1.099 juta bayaran bagi pembelian lot tanah di Lot 329, Sungei Jang, Mukim Kerling, Hulu Selangor 

– Antara 3 Jun 2022 dan 12 Ogos 2022, di Maybank Berhad Maybank, Bandar Baru Bangi: RM673,016.30 bayaran bagi pembelian lot kedai 2 tingkat di Jalan Universiti 2, Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. 

– Antara 23 September 2022 dan 3 Februari 2023, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM1.95 juta bayaran bagi pembelian sebuah rumah kedai 3 tingkat di Alamesra Plaza Permai, Kota Kinabalu, Sabah

– Antara 21 Disember 2022 dan 3 Mei 2023, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM3.415 juta bayaran bagi pembelian sebuah kilang pejabat berkembar di Jalan Perindustrian Suntrack, Hub Perindustrian Suntrack, Bandar Baru Bangi.

– Antara 6 Januari 2021 dan 7 Oktober 2021, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM708,000 bayaran bagi pembelian sebuah lot kedai 2 tingkat di Jalan Kangar Jaya, Kangar Jaya, Tunku Syed Putra, Perlis.

– Pada 29 Mac 2021, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM381,056.93 bayaran bagi pembelian sebuah kenderaan model Toyota Vellfire 2.5 AT.

Sementara itu, Khairudin sebagai pengarah syarikat sama didakwa atas tiga tuduhan menggunakan hasil aktiviti haram membabitkan wang RM6,038,016.60 sebagai bayaran bagi pembelian lot kedai, rumah kedai dan kilang pejabat berkembar.

– Antara 3Jun 2022 dan 12 Ogos 2022, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM673,016.30 bayaran bagi pembelian lot kedai 2 tingkat di Jalan Universiti 2, Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor, bagi pihak Samudra Champa Sdn Bhd.

– Antara 23 September 2022 dan 3 Februari 2023, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM1.95 Million Bayaran Bagi Pembelian Sebuah Rumah Kedai 3 Tingkat Di Alamesra Plaza Permai, Kota Kinabalu, Sabah.

– Antara 21 Disember 2022 dan 3 Mei 2023, di Maybank Berhad, Bandar Baru Bangi: RM3.415 juta bayaran bagi pembelian sebuah kilang pejabat berkembar di alamat Jalan Perindustrian Suntrack, Hub Perindustrian Suntrack, Bandar Baru Bangi.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1213161/kes-aman-palestin-tipu-dana-beli-131kg-emas-wang-haram-beli-hartanah

5

Article Rating