Salah satu ikhtiar Kerajaan untuk mendepani masalah kesenjangan digital dan pendapatan adalah dengan membina Pusat Ekonomi Digital (PEDi), yakni sebuah pusat sehenti penggunaan jalur lebar bagi kawasan-kawasan kurang mendapat perhatian.
Kerajaan MADANI akan menambah lebih 180 PEDi kepada 1,097 seluruh negara menjelang hujung tahun ini ketimbang 911 setakat ini.
Transformasi digital adalah agenda penting dalam usaha menterjemah wawasan kerangka Ekonomi MADANI. Tahap penguasaan ilmu dalam bidang baru mesti mesti cepat digarap dan dikuasai agar masyarakat tidak ketinggalan dalam arus deras perubahan.
Sewaktu merasmikan Majlis Perasmian Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang hari ini, saya telah umumkan Pulau Mutiara bakal mendapat 41 PEDi dengan peruntukan RM47 juta untuk tujuan pembinaan dan pengoperasian 38 PEDi baharu di Pulau Pinang.
Saya yakin rakyat terbanyak pasti mendapat manfaat dan memanfaatkannya agar masyarakat lebih kendiri dan maju.
#MalaysiaMADANI