RELUCTANT POLITICIAN






Saya selalu percaya, ahli politik terbaik terdiri daripada reluctant politician. Mereka yang tiada cita2 politik dari mula tetapi dipaksa dan terpaksa “take the leap”. 


Selalu kita jumpa, set2 sebegini ada profesion sendiri. Bila mereka terjun ke dalam dunia politik, kuasa dan duit jatuh nombor dua. Mereka hanya nak buat kerja. Gandhi, Mandela dan Jokowi termasuk dalam set2 ni. 


Semalam, saya discover seorang lagi reluctant politician yang sedang meningkat naik. 


Ingat dulu saya promosikan calon SAFT di Pulang Pinang ketika PRN6? Dr Mohamad Abdul Hamid, ADUN Batu Maung sekarang sudah jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Alhamdullilah… kita tumpang bangga. 


Little bird bagitau saya. Dia calon bidan terjun, bukan orang parti dari mula. Kena talent scout sebelum PRN kerana profesion dia. Pensyarah di Pulau Pinang dan nampak wibawa. Mula2 tak berapa nak bertanding dan tak nak masuk politik. Puas depa pujuk. Rezeki dia terus naik jadi TKM pula.


Kalau PAS boleh berbangga dengan Dr Sam. Saya percaya PKR sudah mula berbangga dengan Dr Mohamad. Saya tengok video dia berucap ketika acara Solidariti bersama Palestin di Pulau Pinang. Solid dan penuh substance. Dengan ramai sekali NGO bersama beliau, buat saya buka mata. Ini future leader untuk negara. 


Watch his space tuan puan. Ini rising star kita jumpa. Harap dia istiqamah dan tak terbuai dengan kuasa. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki