JUMLAH PELABURAN NEGERI NEGERI .

 

4 HARI LEPAS PMX BERSAMA MB DAN KM NEGERI NEGERI.













Petang tadi saya telah mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang dihadiri oleh kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang berkaitan dan ahli-ahli daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan industri.


Mesyuarat telah membincangkan status pelaburan masuk dan pembangunan infrastruktur terkait dengan setiap koridor. Sejumlah RM185 bilion pelaburan kumulatif telah dicatatkan oleh koridor utara bagi tahun 2022 iaitu melebihi sasaran RM146.5 bilion bagi tahun 2021 hingga 2025. Iskandar Malaysia pula telah mencatatkan pelaburan komited berjumlah RM409.5 bilion berbanding sasaran RM383 bilion untuk dicapai sehingga tahun 2025. Wilayah Ekonomi Pantai Timur pula telah menerima pelaburan komited berjumlah RM164.7 bilion.


Selaras dengan agenda Ekonomi MADANI untuk menstrukturkan semula ekonomi negara, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan rasionalisasi agensi galakan pelaburan. Aktiviti promosi dan kelulusan insentif pelaburan akan dipusatkan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA). Pihak berkuasa koridor pula akan menumpukan peranan untuk menyokong pelaksanaan/merealisasikan pelaburan. 


Penting bagi dipercepatkan projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri. Ini termasuk mempermudahkan proses-proses yang terlibat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti pindah milik pemilikan tanah. Perancangan dan pembangunan koridor turut perlu mengambil kira perancangan dan potensi pembangunan dengan negara-negara jiran.


#MalaysiaMADANI



No comments: