[berita buruk] HABIS LA BERSATU ABACHOW & HAMZAH ZAINUDDIN MP SOKONG PMX!



Seorang lagi ahli parlimen Perikatan Nasional telah mengumumkan keputusan untuk menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) telah mengumumkan keputusannya adalah kerana isu kos sara hidup tinggi dan masalah bekalan air dan elektrik.
“Maka mengambil kira ke atas semua permasalahan rakyat Labuan yang saya nyatakan di atas, saya sebagai Ahli Parlimen Labuan dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 bermula daripada tarikh kenyataan media ini dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan media.
“Sukacita juga saya umumkan bahawa saya turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah yang mana banyak membantu rakyat Labuan melalui anak syarikat GLC Sabah dari segi memberi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan secara kecil-kecilan sejak beliau mula mengambil pucuk kepimpinan di Sabah.”
Suhaili ialah MP pembangkang kedua yang telah mengumumkan untuk menyokong Anwar. Beliau juga MP kedua daripada Bersatu untuk berbuat demikian. Sebelum ini, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) telah mengumumkan keputusan untuk menyokong Anwar.
Beliau berbuat demikian pada 12 Oktober.






No comments: