NAINUDDIN OMAR
MUDA akan letak Amir Hariri lawan kerusi yang sekarang disandang
oleh Dr Siti Mariah Mahmud dari AMANAH.
Perlu diingat, Kerusi Puteri Wangsa DUN Johor adalah hadiah
AMANAH pada Amira MUDA yang beliau menangi.
Tak boleh percaya betul budak-budak ini.
******************
Muda hari ini menamakan empat calon pertamanya yang akan
bertanding pada enam pilihan raya negeri akan datang.
Kumpulan pertama ini, diketuai oleh setiausaha agung parti Amir
Hariri Abd Hadi, yang akan diturunkan di DUN Sri Serdang.
Selain Amir, Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen di DUN Batu
Tiga, Thanusha Ramanieswaran (DUN Sentosa), dan Melanie Ting (DUN Bukit
Antarabangsa).
Selain DUN Sri Serdang yang dimenangi oleh Amanah, tiga lagi
kerusi itu dimenangi oleh PKR pada 2018.
Setiap kerusi berkenaan dimenangi dengan majoriti lima digit.
Amir, 32, merupakan aktivis belia dan hak asasi manusia sejak
sekian lama sebelum menyertai Muda.
Penyandang Seri Serdang ialah Dr Siti Mariah Mahmud - yang tidak
dijangka mempertahankan kerusinya.
Calon Batu Tiga Saiyidah Izzati, 35, merupakan seorang peguam
dan kini adalah timbalan ketua Muda Shah Alam.
Pada Jun lau, dia dilantik oleh kerajaan negeri sebagai Duta
Perpaduan Selangor untuk Batu Tiga.
Penyandang Batu Tiga ialah ahli exco negeri Rodziah Ismail.
Thanusha Ramanieswaran
Di DUN Sentosa, calon Muda Thanusha, 24, adalah ahli
jawatankuasa eksekutif pusat parti dan seorang guru yang kini berkhidmat kepada
komuniti pelarian.
Penyandang kerusi yang mahu ditandinginya ialah Gunarajah
George.
Sementara itu, calon Muda di Bukit Antarabangsa, Ting, 23,
adalah ketua penerangan parti itu, dan merupakan aktivis pemerkasaan wanita.
Penyandang Bukit Antarabangsa ialah bekas menteri besar Azmin
Ali.
Bagaimanapun, Azmin dijangka tidak akan mempertahankan kerusi
itu, dengan spekulasi berleluasa bahawa dia sebaliknya akan bertanding di Hulu
Kelang.
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sidang
akhbarnya berkata calon-calon itu melalui proses saringan menyeluruh bagi
memastikan mereka dapat memainkan peranan dalam semak dan imbang kepada
kerajaan negeri.
Tambahnya, semua calon yang dikemukakan adalah pro-rakyat dan
mampu berkhidmat kepada masyarakat di kawasan yang mereka tandingi.
“Calon kita muda dan segar, mempunyai idealisme tinggi dan kita
pasti jika diberi peluang, mereka boleh menjadi suara untuk rakyat.
“Ia benar-benar mencerminkan warna Malaysia dan ia akan menjadi
suara hati nurani kita,” kata Syed Saddiq pada sidang media di Petaling Jaya
hari ini.
Kumpulan calon seterusnya dijangka diumumkan Isnin depan.