Lemahhh!!!!!
Poster perbandingan harga yang tunjukkan zaman PN lebih mahal jadi bahan. Konon fakta tak tepat. Yang bertambah masalah, geng sendiri yang bahan.
Benda anggaran. Memang tak tepat. Yang penting ada beberapa barangan seperti minyak masak dan ayam menunjukkan penurunan. Itu kena highlight.
Tapi penyokong PH-BN sendiri yang bahan. Itulah masalah kita. Bukan masalah PN kuat. Tapi yang jadi masalah orang kita ni yang lemah. Manja.
Kena bahan sikit dengan penyokong PN, terus jadi menggelabah. Dah tu, dia pula yang serang kempen tu. Dia pula tolong besarkan isu fakta tak tepat tu.
Tengok cytro PN. Isu RM200 vs. RM500 tu jauh lari daripada fakta. Mana ada orang belanja sebulan RM200. Orang bujang pun belanja lebih. Tapi apa cytro PN buat?
Dorang share jugak. Orang bahan, pedulikan. Sebab dia cuma nak cipta persepsi je. Dan ia dapat capai golongan sasaran iaitu pengundi atas pagar.
Sementara kita, sibuk bahan J-Kom. Hasilnya apa? Pengundi atas pagar yang tak perasan pun fakta tu tak tepat, jadi nampak. Maka usaha nak betulkan persepsi pun jadi gagal.
Kempen media sosial ni, bukan untuk kita dapatkan undi walaun. Dorang tu tak boleh diselamatkan dah. Dorang tu dah gadai otak terus. Dah rosak.
Kita nak tarik sokongan pengundi atas pagar. Inilah golongan yang boleh tentukan kemenangan parti. Tapi nampaknya orang kita sendiri yang gagalkan usaha ini. Apa nak buat? Terima je la. Guane boh?
Raja Gelap
.