SISI LIBATURUS BELANJAWAN 2024.














 Petang tadi Kementerian Kewangan telah menganjurkan Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Memperkasa Malaysia MADANI’. Satu libat urus yang besar dihadiri oleh 400 orang pelbagai pihak berkepentingan mewakili kementerian, persatuan, dewan perniagaan, pakar ekonomi dan ilmuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa.


Insya-Allah, saya akan membentangkan Belanjawan 2024 yang dijadualkan pada 13 Oktober 2023. Oleh itu, libat urus pada hari ini adalah permulaan kepada siri libat urus lebih komprehensif yang bakal diadakan di seluruh negara sebelum pembentangan belanjawan.


Semasa pertemuan tadi, saya telah berkongsi beberapa perkara penting antaranya Kerajaan akan mengambil pendekatan baharu untuk Memperkasa Ekonomi MADANI yang bakal diumumkan beberapa minggu lagi.


Ianya adalah dasar menyeluruh Kerajaan Perpaduan yang berhasrat untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara ini.


Saya juga telah membuat beberapa pengumuman penting seiring dengan prinsip Naratif Ekonomi MADANI untuk memupuk pertumbuhan ekonomi yang tuntas dan mampan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.


Antaranya, tumpuan kepada menyegerakan dan meningkatkan pelarasan projek cakna rakyat, meningkatkan peluang perkerjaan dan menjana pendapatan, memastikan Perlindungan Sosial diutamakan kepada yang memerlukan dan menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang berdaya saing di peringkat global.


Kerajaan Perpaduan beriltizam dan mahu mengangkat sebuah Malaysia MADANI yang punyai azam global, berteraskan nilai MADANI demi kesejahteraan rakyat.


#MalaysiaMADANI



No comments: