Gino Marvela.
Masih awal lg nak tarik nafas lega dgn kekuatan ringgit RM4.52/ dollar. Memang jangkaan kami ringgit akan mengukuh ke RM4.20-4.28 dalam tempoh beberapa bulan. Jika US tidak buat apa2, InsyaAllah kita akan dapat capai sasaran.
Kekuatan kita apa...FDI semakin mencurah, inflasi terkawal dan pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang. Langkah pembaikan ini yg penting sebenarnya. Seterusnya menstabilkan harga kepetluan barangan & perbanyakkaan program rahmah.
Ini yg kita nak...pembetulan & pembaikan ekonomi. Tapi, kita masih ada halangan yg merencatkan pentadbiran.
Pertamanya dr segi "deep state" yg masih lg berjalan cuba gagalkan perjalanan pentadbiran. Keduanya kita berada dlm keadaan pilihanraya negeri. Ketiganya, permainan naratif negatif & fitnah utk laba politik.
Banyak yg bertanya tempoh hari kenapa matawang kita jatuh. Apakah ada permainan spekulatif atau ada agenda yg lain bg menghancurkan ekonomi.
Apa yg berlaku tempoh hari di Malaysia, ahli politik tebuk atap & warga emas cuba berseteru kembali. Selama ini mereka bukan gaduh apa pun, mmg itu permainannya sejak 2020. Pecah & memerintah! Bagi penyokong mereka, itulah saatnya berkobar2 tetapi yg sebenarnya itu hanyalah sambungan dari lakunan semata.
Ya mmg ada pengaliran wang asing keluar dalam skala besar. Taikun2 dlm Malaysia sendiri yg bawa keluar dan park kepada negara yg tawarkan lebihan apatah lg ketika waktu yg sama presiden Biden buat langkah menaikkan kadar faedah dan mengubah undang-undang dalam menaikkan siling hutang ke paras yg lebih tinggi.
Malaysia sbg negara yg bergantung kpd dollar menerima kesan negatif. Seterusnya, saat kita sdg berhempas pulas...pengeluaran ringgit oleh warga asing setiap bulan juga merencatkan kekuatan ringgit.
Isu politik, mainan naratif negatif itu GM biarkan saja. Sikit hari lg dah tiba musim kluster mahkamah termasuk kes2 yg baru muncul.
Seandainya ringgit akan menguat ke RM4.40 pd bulan ini, besar kemungkinan kita buleh capai RM4.20 dlm masa singkat. Sebelum semuanya berlaku, masih banyak lg kerja perlu di buat. Kita juga sdg alami musim pilihanraya. InsyaAllah jika indikator kami tidak berubah, tidak mustahil akan menguat bawah RM 4/dollar.
Ok, solat Jumaat sat...