Sanusi ingat bina lapangan terbang macam buat padang bola?





 Pelbagai pihak kecewa dengan sikap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang terus menyerang Perdana Menteri berhubung 'penolakan' projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh Kerajaan Persekutuan.



Terbaharu, Sanusi menuduh PM mempunyai kepentingan peribadi kerana menahan projek pembinaan KXP tersebut.



Membidas hujah Sanusi, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata membina lapangan terbang yang melibatkan kos berbilion ringgit tidak semudah dibayangkan Sanusi.



Katanya, kos pembinaan, kesesuaian dan kebolehuntungan projek perlu diambil kira terlebih dahulu, apatah lagi projek berkenaan memerlukan Kerajaan Kedah mencari pelabur untuk pembiayaan.



"Bina lapangan terbang bukan macam bina padang bola sepak. Ia perlu kajian teliti, supaya tak jadi projek Gajah Putih.



"MB @SanusiMNor hanya jaga Kedah, PM@anwaribrahim kena jaga seluruh Malaysia.



"Amat keterlaluan MB tuduh PM ada kepentingan peribadi," ciap Tze Tzin di Twitter.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_653f0cb5cfe54c6391a680ae129df261~mv2.jpg/v1/fill/w_360,h_284,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_653f0cb5cfe54c6391a680ae129df261~mv2.jpg



Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kerajaan tidak menolak cadangan pembangunan Lapangan Terbang KXP namun kajian NASP berhubung projek itu masih belum dimuktamadkan.



Tuduhan Sanusi bahawa PM cenderung kepada projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Subang sebagaimana dalam kenyataan terbaharunya pula kurang berasas kerana kedua dua lapangan terbang tersebut telah pun diminta oleh Kerajaan Negeri untuk dinaiktaraf sejak sedekad lalu.



Manakala projek KXP hanya dirancang pada waktu 2018 sewaktu Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.

 

No comments: