AKU NAK NASIHATKAN RAJA GELAP SUPAYA JANGAN LAYAN WALAUN. MEREKA TAK PERNAH NAK JADI CERDIK.

 





Bila aku post jumlah kerusi yang dimenangi oleh MCA + Gerakan tahun 2004 dulu lebih banyak daripada yang dimiliki oleh DAP sekarang ini, ada walaun balas, pada waktu itu kerusi UMNO banyak dan Melayu majoriti dalam kerajaan.

Walaun tak faham cara demokrasi berparlimen ni.

Nak ubah sesuatu peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang, bukan boleh buat sesuka hati macam lebai tukar dalil. Tak. Ia perlu melalui suatu proses. Perlunya buat usul di parlimen. Kemudian dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan.

Kalau kata DAP betul jahat nak ubah perlembagaan berkaitan Islam & Melayu pun, pertama sekali DAP kena usulkan. Halangan pertama, adakah usul itu akan dilayan? Dengan speaker yang ada sekarang, aku tak fikir itu akan berlaku.

Kalau pun lepas, ia perlu dibahaskan. Perbahasan pula ada beberapa peringkat iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan akhir sekali Bacaan Ketiga. Sekiranya dapat persetujuan dewan, usul itu perlu pula mendapat perkenan dari YDP Agong sebelum dikuatkuasakan.

Kelulusan dewan pun bukan semudah itu. Ada yang perlukan kelulusan ⅔ dewan. DAP pula cuma ada 40 kerusi. ⅔ daripada 222 jumlah kerusi dewan adalah 148. DAP masih perlu lagi 108 kerusi untuk untuk pinda perlembagaan. Mana dia nak dapat?

PAS ingat dia saja Melayu? Dia ingat dia saja yang muslim? Dia ingat Melayu lain dalam kerajaan akan sokong buta begitu saja? PAS ingat Melayu UMNO akan diamkan? Yang selalu jadi pasu ni PAS. Sebab tu cabutan khas judi naik jadi 22 masa PAS dalam kerajaan. Dia ingat orang lain pun macam dia.

Pun begitu, walaupun perlembagaan boleh dipinda, ada beberapa perkara yang tak boleh dipersoalkan seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah, kedudukan Bahasa Melayu serta soal berkaitan kerakyatan.

Rakyat yang faham perlembagaan, pasti nampak yang dakwaan bahawa DAP mahu menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan adalah penipuan yang jahat dan fitnah yang amat besar, dibuat oleh kelompok gila kuasa dan agen pemecahbelah.

Mereka mainkan isu itu kerana mereka tak mampu nak lahirkan idea untuk bantu rakyat. Mereka mahu cipta ketakutan dalam kalangan masyarakat Melayu dan kemudian manipulasi sifat naif mereka untuk dapatkan pengaruh. Sebagai rakyat yang bijak, kita perlu tolak manusia jijik begini. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: