LIDAH RASMI PARTI AGAMA BUAT PENIPUAN DAN FITNAH







 Bila lidah rasmi Parti Islam buat penipuan dan fitnah. 


Mereka nak cuba malukan Kerajaan negeri lain. Tapi terkantoi guna gambar paip dari Jepun, nak tunjukkan seolah2 paip negeri lawan. Dah kantoi dan2 tukar pula gambar lepas tu. Typical MO. 


Dalam banyak Parti di Malaysia, direkodkan parti Pas yang paling banyak kalah saman fitnah. Dari tahun 2016-2022, terdapat 16 kes pemimpin PAS terbukti buat fitnah dan terpaksa bayar denda hingga lebih RM2juta. Harakah juga merupakan Akhbar paling banyak buat permohonan maaf secara terbuka.


Tapi tak pernah serik. Perhaps flow kerja mereka: Fitnah, Padam, Repeat. 


Modal politik Parti ni senang, main sentimen kaum dan agama, most of the time guna dua senjata. Satu, fitnah dan retorik semata2. Dan dua, budaya takfiri atau menghukum orang lain: kafir, liberal, sekular. Macam dia terpaling suci dalam dunia. 


Tersasar jauh parti ni berbanding zaman Nik Aziz dan Fadhil Nor. 


Tapi malangnya, PRU15 mereka dapat paling banyak undi Melayu. Menunggang Naratif Melayu Islam perlu memerintah negara secara bersendirian, walhal ada 47% populasi negara bukan orang Melayu Islam. 


Mungkin dalam 10 tahun ni Malaysia akan jadi seperti Indonesia masa zaman Gus Dur. Bagi orang agama berkuasa hanya tahan 2 tahun. Lepas tu mereka tersedar, beliau tidak sekompeten mana. Boleh jahanamkan negara. 


Dalam sejarah politik dunia, telah lama terbukti, retorik politik agama selalunya hanya untuk berkuasa. 


Lepas dapat kuasa mereka lupa semuanya. Hudud pun mereka boleh buat lupa. Padahal dulu itulah pejuangan paling utama. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: