Percakaran
dengan Umno: Akibat langgar pesan Nik Aziz, kata bekas pemimpin Pas
Oleh BORHAN AHMAD / February
3, 2022
Percakaran antara Pas
dengan Umno sekarang berlaku selepas ia pernah diberikan amaran oleh pemimpin
besar Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat satu waktu dahulu bahawa
‘Orang Islam tidak patut dipatut ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali”.
Bahkan perpecahan yang
berlaku di dalam Pas sehingga melahirkan AMANAH pada 2015 juga berpunca
daripada penentangan sebahagian pimpinan Pas terhadap usaha pimpinan Pas ketika
itu mahu bekerjasama dengan Umno.
Kini, pemimpin yang
dihalau oleh pemimpin Pas berkenaan memulangkan paku buah keras terhadap
pemimpin Pas apabila mereka sekarang sedang bercakaran dengan Umno.
Bagi mereka, hala tuju yang
disarankan oleh Nik Aziz dahulu, tidak bekerjasama politik dengan Umno, sudah
dikhianati.
“Hala tuju yang wujud semasa pimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz
sudah dikhianati. Siapa yang tukar hala tuju itu?
“Pemimpin yang ada sekarang termasuk anak Almarhum sendiri,” kata
Dr Rosli Ibrahim, bekas Pesuruhajaya Pas Negeri Sembilan yang juga bekas AJK
Pas Pusat.
Menurut Dr Rosli, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz berpesan, “tiada
kerajaan perpaduan dengan Umno.”
“Ini telah dikhianati. Pas sudah ada hala tuju yang lain sekarang,
bertentangan dengan pesan Almarhum,” kata Dr Rosli dalam satu hantaran kepada
rakan-rakan beliau.
Katanya, Nik Aziz pernah berpesan agar Pas tidak dipatut oleh ular dari lubang
yang sama.
“Sudah dipatuk binatang berbisa di lubang
yang sama, baru nak patah balik. Kembali kepada kutuk dan cerca umno. Lawan
Umno semula,” kata beliau mengingatkan pimpinan Pas.
Dr Rosli, bekas Pengarah Urusan Harakah
antara pemimpin Pas yang meninggalkan parti itu dalam pertembungan idea dengan
pimpinan Pas yang ada sekarang.
Sementara itu, bekas Setiausaha Akhbar
kepada Nik Aziz, Dr Fauzi Zakaria berkata, Presiden Pas sekarang Datuk Seri
Abdul Hadi Awang yang mengkhianati prinsip dan halatuju perjuangan Pas selama
ini.
Sekarang, katanya, Pas menerima akibat
dari pengkhianatan yang dibuat itu.
“Haji Hadi lah pengkhianat terawal kepada
prinsip dan hala tuju perjuangan Pas, semenjak Pas dikembalikan semula kepada
konsep Kepimpinan Ulama.
“Haji Hadi yang mengambil alih teraju
kepimpinan organisasi Pas daripada Almarhum Datuk Fadhil dan Mursyidul Am Pas
daripada Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.
“Sekarang Haji Hadi dan geng pimpinan
tertinggi parti sekarang, telah menerima akibatnya,” kata Fauzi mengulas
pecakaran yang berlaku antara Pas dan Umno sekarang.
Bagi Fauzi, mereka sendiri yang membuka
pintu-pintu penghinaan massa menerjah muka-muka mereka sendiri.
“Tiada yang membela melainkan para walaun
tegar mereka yang telah tidak lagi mengguna-pakai nikmat aqal kurniaan Allah.
“Dulu-dulu Pas cuba di hina-hina juga oleh
Dr Mahathir, namun penghinaan oleh Dr Mahathir itu di bidas berapi oleh rakyat
di kedai-kedai kopi,” kata Fauzi.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Pas,
Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan asas yang menyebabkan Pas dengan Umno
bekerjasama dan kini berpisah.
“Ait, masa bersama Umno
tubuh Muafakat Nasional (MN) atas semangat selamatkan Melayu Islam dari ancaman
kapir DAP.
“Sekarang berpisah dan kuburkan MN atas
semangat apa pula Ayoh Cik (Tan Sri Abdul Hadi Awang).
“Oh! Semangat nak kerusi lebih… he… he…
dunia… dunia,” kata Mahfuz menyindir Hadi.